January 02, 2003

+ "Bila dah cuti lelama mula laa malas nak update", entah berapa kali aku asyik nak sebut ayat yg sama je.

+ "Selamat Tahun Baru" untuk semua. Aku tak pergi memana pun malam tu, just duduk kat rumah mengangkang je. Dulu masa zaman bujang2 dulu ada gak melepak kat Dataran Merdeka [kawan2 yang racun, so I blamed it on them..eheh!] tuh tapi bukan nya pasal nak sambut tahun baru pun tapi lebih pada nak tengok awek2 cun orang je. Aku kesian tengok those pakcik makcik yang sanggup mengheret anak2 kecik [sepatutnya dah tidur] ketempat2 macam tuh semata mata nak sambut tahun baru, mungkin diorang ni 'Young at heart" kut. Lebih kesian bila aku tengok bebudak kecik tu terpaksa berhimpit2 dalam lautan orang ramai yang sesak sampai nak bernafas pun susah. Kan bagus kalau tahun baru Islam [awal muharam] kita boleh sambut ramai2 kat Dataran Merdeka macam tu. Pastu semua orang bertakbir "Allahuakbar"...yeah! Mungkin bila bulan dah mengambang penuh nanti baru boleh buat hehehehe!!

+ Azam tahun Baru? Hmm...tak payah! Seingat aku, tak pernah buat azam pun. Aku tahu kalau buat azam pun bukannya aku serius nak capai. Lagipun kalau ber'azam' bermakna aku terpaksa letak komitmen on it, I hate commitment [except yang aku dah ada sekarang ni laa]. Sebab aku suka buat azam yang tak realistik hehehe! Dulu aku ada kawan nama Azam tapi aku lupa tanya dia ada azam ke tak..hah aku dah merapik meraban. Engkorang nak dengar aku nyanyi "Que sera sera"?

+ So far aku dah puasa 4 hari, hari sabtu ni last day puasa so tinggal dua hari je. Tapi hari sabtu tu aku tak boleh puasa sebab orang jemput open house, jemputan khusus so terpaksa hadir dan terpaksa tak puasa. Esok [jumaat] kalau aku puasa pun bukannya cukup 6 hari lagi dah. Lagipun satu hari je err takkan nak ngengada puasa hari jumaat, lain laa kalau berturut, maksud aku hari sabtu pun puasa. So tak boleh laa aku habiskan puasa 6 aku...ampehh! Aku laa yang ampehh tu. Time senang taknak puasa, dah ujung2 baru nak terhegeh2. Lagi sekali ...ampeh!

No comments: