May 27, 2003

Update seminggu sekali jer?

Mmm...bukan pasal malas dan memang takde kena dengan melayu mudah lupa. For your info aku dah mula buat 'kerahan' otak study utk this coming exam. Dan kalau study aku prefer environment yg tak banyak bunyi cam tengah malam atau awal pagi, masa semua orang dah/tengah tidur. Dan study buat aku cepat letih otak a.k.a tepu sampai takde masa nak menggoreng entry dan menguap selalu...huahhhhh!

Revision class

Letih lagi meletihkan [reminds me of definisi air mutlak...bersih lagi membersihkan]. Kelas dari pagi sampai petang, Jumaat sabtu dan ahad, tiga minggu berturut2 buat aku 'flat' giler, takde masa nak berehat. Rasa macam jadi gerabak LRT yang tak berhenti2 berjalan atas landasan yang sama tujuh hari seminggu..kerja..belajar..kerja..belajar..bluehh! Tambahan pulak yang crash course, semua nak cepat dan cover pulak macam2. Kalau tak buat revision dulu sebelum datang kelas mesti terhangak2 macam orang bodoh. Utk orang yang dah lama tak masuk kelas memang kena struggle sikit, banyak dah lupa dan terpaksa compete dengan orang yang belajar fulltime. Bila lecturer tu tanya mesti diorang ni yang memula2 jawab, macam laa orang lain pun pandai macam dia...hampeh!

Satu kelas almost 100 students dan tempat duduk memang vital utk pastikan aku boleh concentrate dengan apa yang lecturer ajar. Aku ni memang jenis orang yang tak boleh duduk belakang2 sebab mata aku ni macam ketam, nanti aku akan scan semua orang yang duduk kat depan2, especially amoi2 yang kiut miut pakai seksi2 tu...harks! One thing belajar kat kolej swasta ni dia tak kisah sangat dengan dress code. Asal jangan telanjang sudah, pusat tersembul tu kira biasa laa. Kadang2 serbasalah dibuatnya, kalau terpandang salah dan tak pandang pun salah sebab memang terpandang punyalah.

Utk dapat duduk kat depan2 tu terpaksa laa aku datang awal2. Walaupun kelas mula pukul 10pagi tapi aku pukul 8.45 je dah sampai, itupun dah separuh penuh. Nasib baik dapat duorang member 'melayu' yang sekepala dengan aku. Sapa datang paling awal akan reserve tempat orang yang dtg lewat. Masa memula kelas dulu staff security kolej ni punya laa garang giler pasal tak nak orang tak register pun masuk. Nak book tempat utk member2 pun tak kasi. Keluar masuk sekejap pun nak kena tunjuk resit enrolment. Bila towards the end dah mula relaks sikit, mungkin dah boleh cam muka2 yang datang belajar. Anyway yang penting kelas dah habis, laa ni kena start buat revision on revision an kena tukar gear laju sikit utk speed up preparation, tak boleh main2 lagi dah. Mesti kena lulus kali ni..serius!

LRT

Untuk mengelak dari jam dan untuk sampai lebih cepat [apart from aku malas nak pening kepala dan tak mahu sakit kaki] aku pilih naik keretapi karan ni everytime pergi kelas. Parked kat LRT station Kelana Jaya pastu travel for about half an hour sampai masjid jamek, seronok! Terasa macam living in the fast track, really! Dan yang bestnya terkenang pulak kenangan naik tube hari2 masa kat duduk kota London dulu, refreshed back all the memories...chewah! Dulu aku selalu menipu bila naik tube...pengakuan ikhlas dan sumpah tak buat lagi hehehe! Rumah aku kat East Ham tu zone 3 dan EW College pulak kat Caledonian Road tu located in Zone 2. Walau pun zone 2 ngan 3 tu bunyi cam sebelah2 jer tapi kalau nak kesitu kena naik central line lalu zone 1 dulu. Aku punya pandai, beli travelcard utk zone 2 & 3 pastu masuk zone 1 dengan 'percuma' huahahaha *evil grins*. Kalau nampak ticket inspector datang aku cecepat turun train pastu catch the next yg takde inspector, advanterous giler. Kalau kena tangkap memang tak berbaloi sungguh, mau malu satu malaya. Ni semua kengkawan lah ajar..ampeh! Anyway pikir2 balik sebenarnya malu jugak laa pi buat benda2 bodoh tu.

Nak cerita masa naik tube tu laa aku dapat tengok betapa buruk nya perangai mat saleh2 tu semua. Kena pulak jenis yang suka 'tonggang', bau dia jer dah pening kepala. Masa kerja kedai kak Kas lagi haru, Kedai tutup pukul 10 malam, cuci2 & kemas2 dah dekat pukul 11malam. Naik tube jer penuh dengan mat salleh mabuk yang cakap merapu2. Bila tengok orang asia mula lah diorang ni pandang lain macam. Sebab tu aku kalau naik tube mesti bawak benda nak baca, salah satu sebab kenapa aku terjebak baca Novel2 John Grisham.

Enough cerita pasal tube, aku nak cerita pasal LRT pulak. Tak kurang jugak ragam2 manusia yang naik kenderaan banyak roda yang boleh tercabut dengan sendiri ni, amazing! Aku nak gelak bila tengok dua budak lelaki India nak mengurat dua budak perempuan India yang keletah semacam, bagai minta diurat. Macam dalam filem bollywood. Yang tak paham apa itu reserve seats utk orang kurang upaya pun ramai jugak. Yang pukul anak tengah orang ramai pun ada. Yang lagi seronok tu, bila ada awek2 cun jeling2 kat aku...cair laa sekejap ahaks! Ehmm...mata je tengok yang lain, hati masih kat mrs. amd jugak...hehe!

Pesta Buku

Last kelas hari ahad hari tu aku lari kejap pergi pesta buku kat PWTC tu. Okay jugak laa. Aku beli poster ABC untuk asyraf, 4 buku kindergarten utk haziq dan satu dictionary McMillan utk diri sendiri [RM36 engkau..tobal ya amat!]...utk mrs.amd tak ada, kesian dia. Ada la sorang kakak promoter utk product disney ni approach aku suruh aku beli pakej yang mahal tu. Dia serbasalah nak panggil aku ni adik ke abang so dia tanya laa berapa umur aku. Aku suruh dia teka. Dia kata "Err..mesti 22 atau 24, betul kan?". No comment...oxygen please!

Melampau

Memandangkan syati suka yang panas lagi melampau aku selit jugak satu isu kat sini. Bukan nak cerita pasal artis atau pramugara yang terlampau tu tapi pasal satu programme kat TV pulak. Korang dah tengok programme Jam@McD kat TV* tu? Melampau lagi memalukan sungguh. Setakat hari ni aku dah baca 8 komplen keluar kat suratkhabar pasal program ni. Yang aku rasa paling tak sesuai bila dua orang minah pakai tudung terkinja2 kat bawah stage tu, melampau betul. Mungkin mak bapak dia tepuk tangan bila kelaku anak dia satu melaya boleh tengok kat TV. Tu laa masalahnya bila keuntungan lebih utama dari sosial resposibilities, yang buruk pun nampak cantik. Aku cuma takut dengan perbuatan melampau2 dalam masyarakat kita hari ni Allah turunkan satu bala yang kena bukan saja diorang tapi semua sekali termasuk kita yang tak suka tapi tak buat apa2...nauzubillah!

Whats next?

First, besok aku akan start cuti utk exam preparation. Exam day will be on 9th, 10th & 11th June. On the 12th baru aku balik. Lama? actually tu pun tak cukup. Last2 minit camni lagi gelabah sebab banyak nakcover. Mungkin aku tak on-line langsung sampai habis exam. Wish me luck!

Second, Mrs amd is expected to deliver baby sometime next week. Aku akan jadi bapak buat kali ketiga...tak sabarnya! Doctor kata the expected date is either on the 3rd or 7th of June. Harap2 jangan lah dia extend sampai clash ngan exam days itself pulak sudah laa, mau kelangkabut aku dibuatnya nanti. Dan harap2 everything turns out fine, tak ada apa2 masalah. Tengah fikir lagi apa nama yang sesuai nak bagi. Masuk labour room? Insyaallah dulu boleh bertahan, kali ni mesti boleh jugak. Hey, wish me luck again laa...will you!

Third and final, sebenarnya pc aku ada masalah lagi dua hari ni, mungkin ken mengena dengan internet connection. Cuma boleh bukak danchan dengan blogger/blogspot jer, itu pun certain blog jer yang aku boleh bukak including mine, luckily. Dan kalau ada komen dari korang sememang aku tak boleh nak baca, sorry tak boleh nak reply! Mungkin bila balik cuti exam nanti diorang bagi aku pc baru....aminnnn!

Chow!


May 20, 2003

Kat bawah ni aku petik dari kolumn Komentar Hujung Minggu dlm suratkhabar berita minggu ahad lepas, tajuk artikel ni ialah "Beza pemikiran negara maju dengan dunia ketiga"

Mengikut seorang ahli pendidikan, banyak tandas sekolah yang baru sekarang tidak lagi mempunyai tempat “kencing berdiri” untuk budak lelaki yang lazimnya ada di tandas awam dan tandas sekolah.

Di sebuah sekolah di Selangor baru-baru ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu telah mencadangkan untuk dibina tempat “kencing berdiri” di dalam tandas bagi budak lelaki kerana tanpa tandas jenis ‘kencing berdiri’ itu ramai murid lelaki mengotorkan tandas yang sedia ada. Tetapi cadangan ini telah dibatalkan oleh seorang yang bergelar ustaz yang berkata bahawa tandas jenis “kencing berdiri” itu melanggar kehendak agama.

Kesudahannya, sekolah itu masih mengalami masalah tandas kotor. Pemikiran seperti ini juga termasuk dalam pemikiran Dunia Ketiga kerana tandas moden sekarang mempunyai reka bentuk, bekas khas dan pancutan air yang bersih dan selesa untuk penggunanya.

Yang lebih merunsingkan kita ialah bahawa pemikiran seluruh ahli PIBG itu, termasuk golongan profesional dan pegawai tinggi, boleh dipesongkan oleh seorang yang hanya di gelar ustaz. Ini menjadi satu lagi contoh pemikiran Dunia Ketiga di mana seseorang itu di beri penghormatan luar biasa atas sebab agama


Aku kata, ni lah susahnya bila orang tak paham agama cuba nak inteprate agama guna logik akal. Any comment?

tambahan...21.5.2003

Aku rasa mungkin sipenulis tu TERLUPA yang duduk ketika kencing itu sebenarnya sunnah nabi. Aku kata sunnah nabi berdasarkan petikan dari kitab Fiqh Dan Perundangan Islam jilid 1, mukasurat 184 kat bawah ni :

Menurut Aishah "Sesiapa yang menceritakan kepada kamu rasulullah saw kencing sambil berdiri maka janganlah kamu percayanya. Sebenarnya baginda tidak pernah kencing kecuali duduk".

Diriwayatkan daripada sekumpulan para sahabat 'umar, Ali dan lain2 tentang hukum rukhsah terkencing sambil berdiri. Sunat juga seseorang itu kencing ditempat yang tanahnya lembut agar percikan air kencing tidak mengenai badannya. Diriwayatkan Abu Musa oleh Ahmad dan Abu Daud "Apabila seseorang itu kencing hendaklah ia berlindung (menjaga) dari air kencingnya"


Aku sebenarnya tak tahu apa tujuan sipenulis tu gembar gemburkan isu "kencing berdiri". Yang pasti beliau memang cuba nak mengaitkan agama dengan kemunduran dan pendapat ahli2 agama sudah tidak relevan bila ianya bertentangan dengan arus modenisasi. Aku cuma takut dalam seronok dia mengutuk ustaz tu dia tak sedar apa yang dikutuknya itu adalah sunnah nabi. Ingat lagi tak tentang sorang hamba ALLAHyang buat statement tentang janggut nabi, mungkin dia ni pun sekapal. Ataupun mungkin juga dia terlupa yang kita baru je lepas sambut maulidur rasul agaknya. Itulah masalahnya kita hari ni, nama je ummat nabi Muhammad saw tapi keperibadian dan sunnah dia pun kita tak tahu..sighhh!

Bercakap tentang Maulidur rasul baru2 ni, aku tabik spring kat NTV7 hari tu sebab berani siarkan programme soaljawab tentang maulidur Rasul bersama panel tak asing lagi dan cukup kontroversial Prof. Harun Din dan Ust. Ridzuan Tee. Buat aku terpaku depan TV dekat satu jam, rugi tak record coz rasa macam tak puas tengok. Cuma yang tak best tu, dalam stesen TV lain [termasuk TV3 yea..*wink*wink*] sebok cover pasal sambutan ni ada ke pagi tu diorang pi siar dulu MTV Asia Award..macam tak respek je. Apa lah salahnya kalau diorang siarkan waktu malam. [puji2 dulu baru kutuk...hahahha!]

Tentang tandas kotor aku rasa takde kena mengena dengan kencing duduk atau berdiri....lagi sekali. ada komen?

p/s - amd tengah pikir macammana agaknya design mangkuk tandas yang sesuai utk orang Islam kecing duduk dan tak mengotorkan.

May 12, 2003

Perghh...3hari lepas memang betul2 meletihkan. Bukan letih badan tapi letih otak. Mungkin sebab dah lama tak masuk kelas ni aku rasa letih dia lain macam, otak aku cepat tepu. Ataupun aku yang dah makin tua...nahhh. Aku tak rasa aku yang paling tua sebab ada orang lain yang lagi tua, lagipun aku kan awet muda...hahaha!

May 08, 2003

6 Perkara2 yang mem'busy'kan amd sepanjang dua minggu ni:

1. Amd balik Seremban
ehmm....ehmm..versi negori lak yo! Hari Buruh den sambut kek Somban yo, pagi2 lopeh jogging den dah kayuh keto pasa nak elak jalan jem. Cam biaso laa awal bulan banyak barang ghumah yang dah abih, malam tu poi laa singgah Giant Senawang [tompek cik kieli bertondang..hahaha!] kojap boli apo2 yang patut dan yang tak patut. Humang aih..oghang punyo laa ghamai tah mano datang gak eh, ntah2 warih2 cik kieli pun ado. Sampai nak bayar pun kono beratur panjang...ampeh boto.

Esok eh tu hari jemaat den basuh keto sambil berborak ngan wan [nenek] mrs.amd. Dio tu suko bercerito dan memandangkan den ni peramah suko layan, tu sobab dio suko hiks! Sambil den basuh tu dio pun bukak cerito pasa arwah atuk mrs.amd dulu pun rajin jago keto, pantang laa berhabuk sikit mesti di basuh eh. Kato eh layi, lopeh yo sembahyang suboh mosti arwah eh belek keto. Pastu dengan selambo eh wan tu kato "keto punyo lah jago, mandikan dio mengalah mandi anak sendiri"....uikss! wan ni perli den ko? Sompek yo dio tu mengonokan den..cehh!

Potang lopeh semayang jemaat den dari Senawang toruih turun KL.

2. Amd daftar kelas revision
Sebenarnya bulan March lepas aku dah register nak ambik ACCA exam lagi sekali bulan June ni dan kali ni aku rasa memang nak kena masuk kelas revision jugak sebab belajar pakai buku je memang tak jalan, buktinya memang nyata sebab dah berapa kali ambik pun fail jugak. So petang jumaat lepas aku ambik cuti nak pergi register utk revision class utk the last 3 subjects tu kat satu kolej swasta tepi Lebuh Ampang. Alhamdulillah nasib baik boleh register lagi sebab the class akan start 9 May ni which is BESOK...arghhh!

Kelas kali ni semuanya hari Jumaat Sabtu & Ahad, tiga minggu berturut2. So aku terpaksa ambil cuti tiap hari Jumaat. Kelas mula dari pukul 9 pagi sampai 5 petang, untuk student tua orang yang dah lama tak masuk kelas cam aku ni mesti letih giler. Itu masalah kecik sebenarnya, yang memeningkan kepala aku tu ialah nak pergi kelas tak tahu camana lagi. Kalau boleh malas nak drive masuk KL, sesak lagi menyesakkan. So aku ingat nak parking kat stesen LRT Kelana Jaya pastu naik train jer sampai stesen masjid India.

3. Tolong kakak amd yg nak pindah ke kota Kinabalu, Sabah
Orang yang pindah aku lak yang sibuk..haks! Abang ipar aku kerja dengan agensi pelancongan semi kerajaan kat Malaysia ni dan memandangkan jawatan dia tu 'panas' so selalu la kena transfer sini sana. Paling last dia kena posting ialah kat Sweden, empat tahun. Baru je balik M'sia 3 tahun dah nak kena pergi Sabah pulak, mungkin empat tahun jugak lagi. Masalahnya pertukaran tu terlampau sudden dan dia tu sibuk sangat sampai terpaksa pergi Sabah dulu. Kesian kat kakak aku laa terpaksa nak uruskan macam2 including tiga orang anak buah amd yang semuanya laki2 tu. Ada kereta pulak dah kena masuk kontena so lagi laa susah nak kemana2. Sebenarnya aku pun bukan tolong apa benda pun, angkat barang sikit2 jer. Kakak aku tu bila abang ipar aku takde mula lah kelangkabut. Hmm...lepas ni tentu senang kalau nak pergi sabah coz hotel dah ada yay!

4. Amd kena hantar atuk, incik dan ibu dia balik melaka
Tengahari sabtu lepas kakak aku berlepas ke Sabah dan turut sama masa hantar ke KLIA tu ialah atuk, incik dan ibu yang baru je sampai dari Kelantan [rumah pak ngah aku yang baru jer melangsungkan perkahwinan sepupu perempuan aku, nasib baik jauh so ada excuse tak pergi hehehe!]. Lepas tu diorang nak balik Melaka pulak so mintak tolong aku tolong hantar. Padat jugaklah kereta aku sampai kanak2 tu terpaksa tidur atas pangku jer [selalunya diorang 'bergelimpangan' jer dua orang kat seat belakang].

Ingatkan nak jimat tol boleh ikut jalan shortcut dr KLIA tu terus keluar Seremban 2 tapi tersesat pulak, terpaksa keluar kat Nilai lalu jalan lama. Pastu cari2 plaza tol rupanya dah tukar tempat lain pulak, lagi jauh dan berpusing2 dibuatnya...hampeh! Selalunya macam tu lah, bila nak cepat atau cuba nak jimat duit mesti ended up lagi worst dari cara biasa. Sampai je Alor Gajah dah petang. Nak tengok cerita CSI yang rerun pun terlepas...uhuk!

Pagi Ahad ingatkan nak mesin rumput depan rumah tapi mesin pulak buat hal, takleh start. Memandangkan aku rajin, aku basuh mini kolam ikan atuk dengan akuarium ikan flowerhorn dia dan basuh kereta lagi hahaha! Petang balik Puchong.

5. Amd kena jadi salesman jual buku
Aku dah kerja kat opis ni hampir 8 tahun dan antara yang buat aku seronok kerja kat sini ialah aktiviti keagamaan kat surau especially ceramah. Dulu seminggu sekali je tapi sekarang ni dah tambah dua kali pulak. Walaupun dah dua kali VSS tapi alhamdulillah jemaah surau tak pernah kurang dan aku rasa lately ni silaturrahim antara jemaah pun makin erat. Untuk memakmurkan lagi surau, ustaz aku nak adakan pula kelas mengaji kitab aka kuliah supaya ilmu yang disampaikan tu lebih masuk ke otak dari dengar jer pastu balik rumah lupa. Antara kitab yang akan diajar dan penceramah tetapnya ialah:

a. Tarbiyatul Aula [Pendidikan Anak2] oleh Ustaz Zawawi Yusoh
b. Matan Arbain [hadis 40] oleh Ustaz Abdul Halim Din
c. Matlaul Badrin [Fekah] oleh Ustaz Muhyuddin Abdul Aziz
d. Tasawwuf {Penawar Hati] oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Ghani
e. Permasalahan Akidah & Tauhid oleh Ustaz Ishak Din

Memandangkan ada lima kitab yang perlu dibeli oleh jemaah maka surau dengan berbesar hati beri subsidi 50% dari harga asal, cuma kena bayar RM40.50. Dan memandangkan aku ni ajk cabuk surau tukang jaga duit maka terpaksa laa aku tak menang tangan mengira duit dan buku [sampai tak sempat nak update blog hehehe!]. Memula minggu lepas kami order 40 set je takut kurang sambutan tapi sebaliknya laris macam pisang panas, yang datang beli pulak macam serbu ramai2 lagaknya. Second time tambah lagi 30 set Isnin lepas pun habis jugak. Ramai yang komplen tak dapat benda murah so the third time kami tambah lagi 25 set, itu pun habis jugak. Altogether 95 set yang diorder habis licin, alhamdulillah. Penat jugak laa aku melayan orang yang asik tanya ada lagi ke tak. Yang aku rasa sedikit terkilan tu bila ada yang beli tu terang2 kata yang kitab tu dia nak kumpul buat perpustakaan kat rumah, bukan untuk datang kuliah. Yang buat aku pening kepala tu bila ada yang beli sikit2, nakkan kitab yang best2 jer pastu yang lebih taknak beli. Imagine jadi satu kerja pulak nak carikan orang yang nak beli yang tak laku tu. Ustaz aku sampai tepuk dahi laa kejap nak layan orang2 macam ni. Anyway utk yang tak dapat tu harap2 jangan ada pulak yang merajuk sampai tak mahu jejak ke surau lagi pasal tak dapat beli benda subsidi sudah laa. Kalau beli yang kat kedai harga asal pun apa salahnya, bayar mahal dan guna duit sendiri tentu lebih berkat. Dan untuk orang yang dah beli tu pulak harap2 lepas ni rajin2 laa datang kuliah, jangan beli untuk buat perhiasan kat rumah jer.

Rehal DHO

Untuk memudahkan kuliah/ceramah guna kitab ni ustaz aku cadangkan surau beli rehal. Jumpa pulak supplier bumiputera rehalDHO, lepas negotiate kami dapat pulak harga subsidi/diskaun untuk jenis yang dalam gambar tu, so surau order 50 unit. Purposely taknak order banyak2 sebab takut memula kuliah je rehal tak cukup tapi lelama nanti bila tak ramai, berlebih2 pulak. Personally aku rasa okay jugak idea ni sebab kalau nak tulis tak perlulah bongkok2 sampai sakit pinggang. Lagipun bila ada rehal ni jemaah takdelaa nak duduk belakang2 atau cari dinding utuk bersandar je.

Firstday kuliah rabu lepas memang mengkagumkan. Janagan kata jemaah, Ustaz Zawawi pun impressed sebab dah lah luarbiasa ramai orang pastu semua pulak duduk depan2 dengan kitab dan rehal sorang satu. Mesti dia boleh buat bahan utk ceramah kat tempat lain pulak. yang kesian tu those yang takde kitab laa, terpaksa duduk belakang2 sambil tupang dagu.

6. Amd kena siapkan monthly report...macam biasa laa
Tetiap awal bulan pun memang aku sibuk sebab report kena siap before 7th dan alhamdulillah walaupun sibuk dapat jugak aku siapkan. Rasa macam senang je kali ni walaupun aku sibuk buat kerja surau. Bukan maksud aku nak riak bangga diri kehapa atau tapi betul, selalu buat memang banyak problem sebab orang lain tak bagi info tapi kali ni memang smooth jer. Boss pun macam tak kisah bila aku selalu hilang2 tak lekat kat tempat duduk, mungkin yang penting bagi dia kerja tu siap. Anyway aku memang selalu percaya yang kita kalau rajin buat kerja2 agama ni nescaya Allah permudahkan urusan dunia kita. Wallahualam

May 06, 2003

Seminggu dua ini saya memang takde masa untuk update sebab saya superduper giler babi busy, itu saja yang boleh saya kata untuk anda semua. Nanti saya akan nyatakan benda2 yang telah mem'busy'kan saya...err bila saya dah tak busy atau boleh ingat lagi laa...hahaha!