December 26, 2002

Senarai Makanan yang aku lantak masa aku pergi krismasHari Raya open house semalam (mengikut turutan sebab aku terlebih makan gaji buta rajin hari ni)

Roti jala kuah kari jawa
ketupat
lemang segera
rojak buah
sirap limau
kerepek pisang
mee goreng
Nugget yg bukan McNugget
sirap lagi
Mee kari
kacang goreng
Agar2 jepun
kuih tart
sirap lagi
Roti jala kuah kari bukan jawa
laksa
Ayam panggang tandoori
sirap lagi
Ayam panggang
Agar2 buah
Sup ayam
Sirap lagi

Banyak kan yg masuk perut aku? Macam nak meletup. Laa ni dah dua kali perut aku terkejut beruk memulas. Ni lah akibatnya kalau makan tak ingat dunia. Actually bukannya aku sengaja nak makan banyak tapi yea laa, orang dah jemput terpaksa laa makan err apa pulak nanti kata tuan rumah, dah masak banyak2 orang tak makan hiks!

Sirap mungkin perasa pilihan ramai orang musim2 raya. Banyak betul air sirap yang aku gogok minum semalam, tapi takde laa sampai bertong2. Yang pelik tu takde satu rumah pun yang keluarkan air gas…hmmm! Mungkin tahun ni banyak air gas yang tak laku kat kedai hehehe!

Altogether ada lima open house yg aku pergi semalam. The first three suma opismate2 aku kat rawang, ramai2 konvoi pergi buat sepah serbu rumah diorang and then time balik memasing jual mahal, bawak haluan sendiri. Aku plak singgah open house rumah sepupu aku kat Subang Jaya. Dekat nak maghrib baru sampai rumah. Lepas maghrib pergi lak open house rumah jiran, perghh!! Padat betul aktiviti semalam, lepas tengok senario suma orang lelap.

Jutaan terima kasih pada:
Zaimas & Zul, Bandar Tasik Puteri tempat jin bertendang
Shidah, Rawang Perdana 2
Along, Subang Jaya
Abg Yaakob, Puchong Utama
p/s-tahun depan buat Hari Raya open house jangan lupa jemput aku sekeluarga lagi okay!

Lawak Orang Pekak versi whitehouse...panjang giler tapi kelakar

Playwright Jim Sherman wrote this after Hu Jintao was named chief of the Communist Party in China.(We take you now to the Oval Office.)

George: Condi! Nice to see you. What's happening?
Condi: Sir, I have the report here about the new leader of China.
George: Great. Lay it on me.
Condi: Hu is the new leader of China.
George: That's what I want to know.
Condi: That's what I'm telling you.
George: That's what I'm asking you. Who is the new leader of China?
Condi: Yes.
George: I mean the fellow's name.
Condi: Hu.
George: The guy in China.
Condi: Hu.
George: The new leader of China.
Condi: Hu.
George: The Chinaman!
Condi: Hu is leading China.
George: Now whaddya' asking me for?
Condi: I'm telling you Hu is leading China.
George: Well, I'm asking you. Who is leading China?
Condi: That's the man's name.
George: That's who's name?
Condi: Yes.
George: Will you or will you not tell me the name of the new leader of China?
Condi: Yes, sir.
George: Yassir? Yassir Arafat is in China? I thought he was in the Middle East.
Condi: That's correct.
George: Then who is in China?
Condi: Yes, sir.
George: Yassir is in China?
Condi: No, sir.
George: Then who is?
Condi: Yes, sir.
George: Yassir?
Condi: No, sir.
George: Look, Condi. I need to know the name of the new leader of China. Get me the Secretary General of the U.N. on the phone.
Condi: Kofi?
George: No, thanks.
Condi: You want Kofi?
George: No.
Condi: You don't want Kofi.
George: No. But now that you mention it, I could use a glass of milk. And then get me the U.N.
Condi: Yes, sir.
George: Not Yassir! The guy at the U.N.
Condi: Kofi?
George: Milk! Will you please make the call?
Condi: And call who?
George: Who is the guy at the U.N?
Condi: Hu is the guy in China.
George: Will you stay out of China!
Condi: Yes, sir.
George: And stay out of the Middle East! Just get me the guy at the U.N.
Condi: Kofi.
George: All right! With cream and two sugars. Now get on the phone.
(Condi picks up the phone.)
Condi: Rice, here.
George: Rice? Good idea. And a couple of egg rolls, too. Maybe we should send some to the guy in China. And the Middle East. Can you get Chinese food in the Middle East?

Source : forwarded email

p/s - when fools run a country, this is the result hehehe!

December 23, 2002

+ Hari ni baru aku start puasa. Memang challeging sungguh nak puasa bulan yg tak puasa untuk orang yg tak kuat iman cam aku ni. Pagi tadi lagi aku dah rasa cam temptation giler nak turun pergi kantin beli air+makanan tapi Alhamdulillah, dapat bertahan lagi. Patutnya time lepas raya je hari tu aku dah start puasa tapi cam biasalah err asik tangguh2 sampai dah hujung2 baru nak buat. Teruk kan aku ni? Plan nak puasa straight esok mungkin tak menjadi kenyataan coz tadi Ustaz aku bagitahu ada meeting surau err sekali ngan makan2, aku tengah pikir lagi ni, hopefully aku dapat teruskan puasa sampai habis aminn.

+ Err karang nak buka apa ek? Kat mana aku boleh carik lemang, mengidam plak. Bila puasa2 camni mulalah nafsu jadi besar hiks!

+ Korang notice tak lately ni banyak betul promo untuk Christmas programme. Yang aku terperasan ialah ada artis melayu beragama Islam ramai2 nyanyi lagu krismas err termasuk si Anuar Zain dan yg paling baru Spanar Jaya. Aku cuma tak bersetuju bila ramai artis melayu kita yang turut sama mempromote perayaan, macam laa dah takde artis beragama kristian kat Malaysia ni. Mungkin korang kata aku ni kolot kehapa, tak open minded tapi aku rasa cara ni tak betul. Dah laa programme berunsur maksiat pastu tolong promote plak hari perayaan agama lain. Aku kata krismas ni perayaan agama sebab memang orang beragama kristian je yg sambut, bukan semua orang. Ke diorang ni ingat kalau tolong promote tu tak bermakna turut sama sambut. Mungkin diorang ingat perkara ni kecik tapi aku percaya kalau tak dibendung, ia boleh menyelewengkan persepsi orang kita especially golongan muda terhadap agama ini. Sekarang ni pun dah banyak kita dengar ramai orang melayu yang murtad sebab kurang pegangan agama. Jangan pulak nanti anak muda kita lagi kenal kristian dari agama sendiri, tak mustahil. Aku tak terkejut kalau nanti orang melayu kita jadi macam yg kat indonesia sana err dah tak kenal yg mana satu Islam sebab yg muka melayu tapi agama kristian pun berlambak.

December 18, 2002

+ Cuti lelama memang best tapi akan jadi tak best kalau masa tu gak laa ko jatuh sakit. Semua plan pun tak jadi. Sebenarnya aku dah balik awal err hari Khamis minggu lepas lagi dan memang dah plan nak cat rumah sikit kasi nampak lagi cun. Dah nak kena, besoknya aku anak beranak semua kena demam+batuk+selsema. So cuti lima hari tu habis dengan mengangkang 'melepet' kat rumah je hampehh! Yang paling teruk sekali si Asyraf, sampai laa ni tak okay lagi. Jangan kena demam denggi sudah laa..

+ Demam2 duduk rumah memang boring. Aku lantak tengok dvd je, mostly filem perang cam Windtalkers, We were soldiers & The thin red line sampai tepu otak aku. Pendapat aku, semua cerita ni sama je, mesti nak tunjuk yg America tu macam bagus. Cuma jalan cerita We were Soldier je aku rasa mungkin paling menarik sebab err Mel Gibson berlakon, sebab aku peminat mati keras dia hehehe!

+ Pergi beraya? Sejak balik dr Senawang/A.Gajah hari tu belum ada lagi rumah yg aku pergi. Yea laa dah demam takkan nak pergi merayap rumah orang, kang tak pasal2 lak berjangkit. Orang datang rumah aku ada laa, siap serbu ramai2 paksa masak makan malam lagi hampehh! Anyway tetamu nak datang kena laa layan....err ada ubi ada batas, nanti korang! Open house? Belum decide lagi hehehe!

+ Ada tengok tak citer asian hit drama Stormrider pukul 7mlm kat TV3 tu? Kalau ko peminat mati keras komik Pedang Setiawan cam aku ngan tOKSIK, mesti ko perasan yg jalan cerita drama ni lagi panjang dari jln cerita komik tu, betul tak? Pendapat aku, walaupun pelakon2 utama dia suma muka pecah rumah tapi kira okay jugak laa drama ni. Mungkin lagi best dari jln cerita Filem Stormrider yg lagi laa lari giler dari komik tu. At least ada kelainan sikit. Anyway, nasib baik laa citer ni start pukul 7pm, sempat gak laa nak tengok sampai maghrib aku pun hujung2 hiks!

December 17, 2002

Aku dahhh balikkkk!!!!

Hmm...orang kata puasa sebulan so raya pun kena sebulan gak. Korang raya lagi kan? Jom kita baca pantun Hari Raya Satu Malaysia...ewahhhh

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri


Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya toksah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Ni satu last punya!
aku pegang kau punya...kau pegang aku punya
aku ramas kau punya...kau ramas aku punya
kemudian kita goyang bersama...
tandanya kita bersalam mesra...selamat hari raya!


Source : forwarded email

November 26, 2002

Cerito Pakcik kayo!

Betul laa apa yang tOKSIK cakap, aku memang tengah kaya. Gaji masuk ahad lepas sekali dengan 2 bulan bonus, yippee!! Berapa aku dapat! Alaa…sikit je tapi cukup laa kalau aku tOKSIK nak buat wang hantaran, hiks! Tu tak campur lagi ngan gaji/bonus isteri aku lagi, double wa cakap lu. Cukup? Hisshhh mana pernah cukup, kengkurang bonus triple, quadruple blablabla, tamak betul aku ni.

Tapi cam cam biasalah, banyak mana dapat, banyak tu laa yg akan habis. Maksud aku habis sebab banyak sangat allocation utk komitmen tahun depan. Err ni cerita ekonomi rumah tangga yea, kalau tak berminat nak dengar, sila tutup mata. Sebenarnya tetiap tahun pun sama, 1/2 dari gaji/bonus kami allocate dalam satu fund utk savings, kurangkan bayar intalment kereta & rumah, err utk baby yg nak keluar bulan June tahun depan…ooppss aku tercakap plak! Yang selebihnya tu sendiri mahu ingat laa, memasing kena buat budget sendiri. Dalam kes aku, yang tinggal tu memang tak cukup. Kena lak nak raya nih, baju baru utk anak & isteri nak kena beli, duit raya utk nak bagi anak buah nak kena spare err kengkurang RM200, kuih raya/daging nak kena beli, kereta lagi nak kena servis, kredit card nak kena bayar, allocation utk fee & exam ACCA lagi …aduiii! pening kepala jap. Planning aku nak beli TV baru 29" terpaksa laa kena postponed tahun depan..hampeh. Sesilap baju raya aku pun tak beli. Pakcik dah tak kayo lagi dahh!!!

Cerita Pakcik rayo!

Cerita bab raya ni, dua hari lepas aku telepon mak aku, err dia tak berapa sihat coz kena selsema & batuk. Cam biasa laa bila aku suruh pergi klinik mesti dia jawap tak payah, nanti elok sendiri, hmm kengkadang degil jugak mak aku ni…mungkin degil aku sebab aku inherit dari perangai dia hehehe!. Anyway dia bagitahu yang tahun ni dia tak larat nak buat kuih raya so kenalah aku, kakak dan abang aku beli utk dia, siap pesan sorang dua jenis kuih. Takpe lah ek! Bila lagi dia nak menyusahkan anak2, betul tak kekekeke! Bersusah utk mak bapak sekali sekala apa salah nya. Dulu aku kecik2 lagi banyak menyusahkan dia, dia tak pernah komplen pun. By the way, tahun ni aku raya kat Senawang, maybe raya kedua baru balik Alor Gajah. Camni lah bila dah berumah tangga, kena laa take turn bila part balik raya ni, tak boleh nak pentingkan diri je!

Lagi cerita bab raya, sejak dua tahun lepas, atuk aku dah tukar style utk buat dodol [org kampung aku panggil ‘penganan’]. Dulu dia selalu buat seminggu sebelum raya tapi bila memanjang je pekerja2 kerahan tenaga mengular, maksud aku tak balik dengan excuse merapu, [aku balik ek! tak tipu ni] terpaksalah atuk tukar strategi, mengacau hari kedua atau ketiga lepas raya. Aku berpendapat yg idea atuk aku ni cukup bernas sebab selain dari masa ni most of us balik , abang ngan pakcik2 aku tak boleh lah nak ‘tak puasa’ macam dulu. Bila semua orang tak puasa mesti kerja yg lambat jadi cepat..hishh, betul ke apa aku cakap ni? Kalau nak cepat masak je sesilap dodol tak jadi atau cepat berkulat, dah kena dah sebelum ni. Apa apa pun tahun ni aku nak bawak balik topeng gas err untuk mengelakkan asap hehehe! Err engkorang pernah pikir tak kenapa orang kampung buat dodol tak pakai dapur gas je, kan lagi senang [ ni idea orang pemalas].

Ehh! Apasal lak aku asik cerita pasal raya je ni! Puasa dah laa short 8 hari, kena ganti dulu baru boleh raya laa…

Cerito selain rayo

Okey aku bukak cerita lain plak, semalam aku busy sebab ada sessi interview utk performance appraisal. Lepas kena bersoal bersoal jawap dengan bos pastu kena lak interview staff aku yg sorang tu plak, letih betul. Result? Hampehh! Bukan dapat point lagi, kena potong ada laa err tinggal 71.68%. Kalau ikut kata cik kieli, 50% baca diary, 20% tulis entry bermakna aku cuma kerja 1.68% je! Betul ke ni cik kieli? Sebenarnya aku argue gak memana yg bos aku tu potong tapi memandangkan menyerlah ke’hampeh’an dia, tak dapek laa nak tinggi lagi. Anyway dapat above 70% tu jatuh dlm kategori ‘Bagus’, makna nya aku ni memang pekerja yang BAGUS! Jangan jeles! Tahun depan aku nak strive jadi pekerja ‘cemerlang’ [above 80%] plak, aminnnn!!

Cerito kelakar bangang

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".

Aku tambah : tabur baja lagi cepat tumbuh rumpat, tak pun beli je yg segera punya, Kat Sg Buloh melambak...muahahaha! Ishh sapa yg gatal nak kahwin ni?

November 21, 2002

"Mak kata hidup ni macam "MAKAN KUACI", sekejap je dah habis". Korang mesti dah dengar iklan ni kat radio. Hmm…aku masih lagi berfikir nak percaya ke tak pepatah ni. Dalam kamus hidup aku ni, banyak benda yg aku buat yg tak habis2 sampai aku dah boring like hell, lama giler err contoh nya ACCA exam aku, bayar hutang kereta, hutang rumah blablabla, ntah sampai bila nak habis aku pun tak tahu. Actually macam takkan habis je esp. loan keta, bila je habis bayar gatal je nak tukar kereta baru, hampehh sungguh aku ni. By the way, aku memang tak suka sangat makan kuaci err buat lenguh mulut je hiks!

Hari ni gak bos aku mintak semua orang isi appraisal form, malas betul. Aku sebenarnya tak reti nak appraise diri sendiri. Pening gak nak bagi marks utk semua criterias yg diorang specify dlm form tu. So aku main hentam je and bila kira balik berapa average marks aku, dapat laa 75%. Err yea ke aku ni dah performed 75%? Betul ke aku deserved banyak tuh? Err bukan ke 80 atau 90? Bagus sangat ke aku? Tu yang buat aku jadi serbasalah. Yealah kengkadang kita ni jujur tulis apa yang kita rasa kita patut dapat tapi orang lain main belasah letak tinggi2, perasan macam bagus. Mana adil macam ni? Aku pun tak tahu apa basis yang diorang guna utk buat appraisal ni. Macam tahun2 lepas, yg tak perform pun dapat markah lebih kurang ngan orang lain, macam something wrong je. Pening kepala aku nak pikir benda2 ni, ahh pergi mampuss laa malas nak pikir. Lantak laa berapa korang nak bagi, prinsip hidup aku mudah je, rezeki tu ditangan tuhan, berapa yg aku dapat kena bersyukur banyak2, Alhamdulillah.

Ohh ya! Nak bagitahu korang yang aku dah decide not to sit for this coming ACCA exam. Aku dah checked yg timing untuk December sitting ni tak berapa bagus coz right after Hari Raya. Apart from masa yg terlampau singkat, maybe aku takkan dapat focus utk exam ni macam yg lepas2, mungkin aku akan fail lagi, sebab mood hari raya akan menyebabkan aku jadi malas utk study eheh!. Somemore, I think I deserve a break, dah bosan tahap nirvana dah nih sebab asik mengadap notes yg sama. Utk exam bulan June 03 nanti baru aku kena pulun cukup2 biar lulus, maybe masuk kelas balik ke, aku harap laa.

Okay, nak cerita, besok kan Hari Nuzul AlQuran so sempena sambutan ni kat tempat kerja aku banyak laa aktiviti hari ni. Tengahari tadi lepas zohor surau buat Tadarrus Al Quran, semua participants baca satu juzuk ramai2 dan memana yang terrer tu baca sampai dua. Hmm..susah gak nak menghabiskan satu juzuk dlm masa satu jam, tergeliat gak laa lidah aku ni hehehe! Alhamdulillah kami dapat habiskan jugak 90 juzuk, bermakna bersamaan tiga kali khatam. Petang lepas asar pulak ada aktiviti lagi. Kali ni majlis meraikan anak yatim dari Rumah Anak2 Yatim Pinggiran Taman Tun Dr Ismail plak. Kumpulan Raihan pun ada buat persembahan. Lepas berbuka sambung plak dengan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abd Ghani sampai laa lepas sembahyang terawih. Aku? Macam biasalah terpaksa standby utk make sure semua aktiviti surau berjalan lancar. Tapi takpe, bukan senang dapat peluang buat kerja2 amal cam hari ni, betul tak? Anyway, Selamat Menyambut Nuzul Quran utk korang semua moga hari yang baik ni kita dapat sama penuhkan dengan amal ibadat utk pertingkatkan ketakwaan pada Allah swt, aminnn!

Nak dengar kuda nyanyi, click here

November 19, 2002

Hati Berlagu

Moga dibukakan jalan tenang di depanmu
Moga kau temui segala yang kau cari.
Aku iringi doa untuk kebahagianmu
Aku menanti sehingga detik bertemu lagi

Kau tak pernah jauh
Kau selalu dihatiku
Rinduku terhadapmu tak mengenal waktu
Manis ingatan bagai wangian kembang ditaman
Kasih padamu setenang air yang mengalir

Bagai tiada jemu
Dalam kesepianku
Hatiku berlagu merindui mu


Arghhh!! Amy mastura again....best nyer. Amy, you really drives me crazy muahahaha!

Amy mastura

November 18, 2002

Honey I'm home....

Perghhh!! Lama giler aku tak update ek! Cam dah malas je hiks!

+Demam denggi nak kena cerita ke?
Aduiii lenguh satu badan. Masa first day admitted kat Damansara Specialist Centre, aku rasa macam nak pitam sampai tak larat nak berjalan. Baru aku tahu yg demam denggi ni bukannya ada spesifik ubat, kena rehat & minum air bebanyak je supaya darah jadi cair. Nasib baik platelet darah aku tak jatuh sampai bawah 30 untuk kena masuk air/darah. Lepas duduk wad 3 hari baru platelet darah aku naik balik, so takdelah sampai berdarah kehapa. Sebut bab darah hmm tu yg tak larat, macam nak kering darah aku dibuatnya, tetiap pagi kena ambik. Pastu 4 jam sekali kena check BP & body temperatures, nasib baik laa nurse cun2 muahahaha! Lagi satu, wad aku tu nama je 4 bedded tapi yg duduk 2 org je err aku ngan sorang uncle ni yg kena denggi gak, unlike the other rooms which were fully occupied. Rasa cam kena kuarantin je. 2 days before I was discharged, uncle tu keluar so tinggal aku sorang macam org giler, boring, nasib baik ada tv yg aku bukak kuat2. Last day masa doktor kata boleh keluar aku rasa cam nak peluk semua nurse yg cun melecun, kekeke! Anyway yg penting dah okay, alhamdulillah.

+Puasa?
Hiks..8 hari aku ter 'tak puasa'. Bukan aku sengaja, nak buat camana doktor tak kasi. Nak puasa pun bukannya sah pun coz asik2 muntah2 je. Apa apa pun nak kena concentrate with the remaining ramadhan, right? Kena dapatkan keberkatan yg ada dan pastikan puasa ni bukan sekadar lapar dan dahaga, Aminn.

+Lawak of the day
Seorang tok batin mau ke pekan buat pertama kali.. setibanya diperhentian, tunggulah dia bersama2 penumpang yang lain...bila bas sampai..dibenarkan dulu orang2 lain naik..dan dia yang terakhir. Maka bas pun sampai ke pekan. Konduktor pun jerit "OK...sudah sampai pekan. Suma turunnnnnn" Tok batin excited. Dari tadi dah perasan ada poster wayang. Cerita Sangam. Dia meluru ke pintu. Tapi tiba-tiba berhenti dan terpaku seraya termanggu-manggu. Orang lain yang ikut belakang terpaksa stop. Nampak Tok Batin tertinjau-tinjau. Sekejap tergaru-garu. Konduktor jerkah dari belakang "Kenapa tak turun lagi?" Tok Batin jerkah balik "MASHAM MANA NAK TURUNNNN WOOOIIII? SELIPAR AKU ORANG KEBAS. TADI NAK NAIK AKU TARUK KAT DEPAN PINTU NIIIII SHAJAAAA"

November 01, 2002

Erkk gambar takleh kuar rupanya..hampehhh! Maybe webshot does not permit any link with picture inside it.

Anyway, wanna hear me sing a song?
Just click here

Cam..best tak? hehehe! Love buggin you.

Let me tell about my plans this weekend alright.
+ Firstly, I’ll be going back to Senawang tomorrow err biasalah sort of like compulsory untuk org dah kahwin, kena adil, takboleh tak.
+ Early Sunday, need to go back to my hometown Alor Gajah plak coz mak aku dah planned for kenduri arwah untuk abah at night. You know what, It has been almost 3 years since he passed away and I’m hardly pay him a visit except for every hari raya, apa punya anak laa aku ni. Balik ni aku mesti kena jenguk kejap, I promise.
+ Monday? Happy Deepavali muahahaha! Apart from going back to KL, I haven’t got any plan yet . GJ Gathering? Don’t think I can make it, err maybe next time. Hope you all enjoy yourselves okay! Chow!

Tazkirah for your soul

Kecantikan Lelaki
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
=======================================================
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

source: forwared email



October 31, 2002

The truth is...

Let me tell about this blog okay. Remember or not somewhere in June this year, danchan was down badly several times, actually it was not a problem pun but merely an upgraded of server. As there was no warning was given to all user earlier (unlike this time around), I was kinda panic and decided to open another weblog which is here in blogspot. The name 'amdworld' I was just like 'main taruk' je coz I was so blur at that time (I wish I had used other name instead, macam bagus je ek!). I managed to post only one entry here which is down there err dated 27/6/2002 coz a day, or maybe two three days after that danchan was back. So I was sort of like abandoned this blog, just like that. Macam habis madu sepah dibuang lak hehehe!

Therefore I must say that this blog actually is not a new home to me, maybe I can call it a hotel instead :). I mean my hotel err only for me, orang lain takleh nak tumpang muahaha!


October 29, 2002

Jokes of The Day

A UKM graduate found himself difficult to get a job here. He finally accepted the offer to work with Taiping Zoo. "What to do? It's better to work like this than earning nothing". So since that day, the IT grad started work acting as a monkey. He has to wear monkey suit and mask, chew nuts and eat bananas. He has to climb trees too and jump from one to another to attract visitors. The zoo has since then enjoyed tremendous business due to the increase in visitors. Even Mahathir wanted to see the super 'smart' monkey in the world. Unfortunately, one day when he was jumping from the trees, he fell down into a crocodile pool! "Oh my God...I'm dying...now" he thought, as a hungry looking crocodile swam steadily towards his direction. In the middle of his struggle, suddenly he heard a soft voice, "Don't be afraid my friend...I'm from UUM".

June 27, 2002

Hah! Hopefully this blog gives me what I really wants.