December 18, 2002

+ Cuti lelama memang best tapi akan jadi tak best kalau masa tu gak laa ko jatuh sakit. Semua plan pun tak jadi. Sebenarnya aku dah balik awal err hari Khamis minggu lepas lagi dan memang dah plan nak cat rumah sikit kasi nampak lagi cun. Dah nak kena, besoknya aku anak beranak semua kena demam+batuk+selsema. So cuti lima hari tu habis dengan mengangkang 'melepet' kat rumah je hampehh! Yang paling teruk sekali si Asyraf, sampai laa ni tak okay lagi. Jangan kena demam denggi sudah laa..

+ Demam2 duduk rumah memang boring. Aku lantak tengok dvd je, mostly filem perang cam Windtalkers, We were soldiers & The thin red line sampai tepu otak aku. Pendapat aku, semua cerita ni sama je, mesti nak tunjuk yg America tu macam bagus. Cuma jalan cerita We were Soldier je aku rasa mungkin paling menarik sebab err Mel Gibson berlakon, sebab aku peminat mati keras dia hehehe!

+ Pergi beraya? Sejak balik dr Senawang/A.Gajah hari tu belum ada lagi rumah yg aku pergi. Yea laa dah demam takkan nak pergi merayap rumah orang, kang tak pasal2 lak berjangkit. Orang datang rumah aku ada laa, siap serbu ramai2 paksa masak makan malam lagi hampehh! Anyway tetamu nak datang kena laa layan....err ada ubi ada batas, nanti korang! Open house? Belum decide lagi hehehe!

+ Ada tengok tak citer asian hit drama Stormrider pukul 7mlm kat TV3 tu? Kalau ko peminat mati keras komik Pedang Setiawan cam aku ngan tOKSIK, mesti ko perasan yg jalan cerita drama ni lagi panjang dari jln cerita komik tu, betul tak? Pendapat aku, walaupun pelakon2 utama dia suma muka pecah rumah tapi kira okay jugak laa drama ni. Mungkin lagi best dari jln cerita Filem Stormrider yg lagi laa lari giler dari komik tu. At least ada kelainan sikit. Anyway, nasib baik laa citer ni start pukul 7pm, sempat gak laa nak tengok sampai maghrib aku pun hujung2 hiks!

No comments: