July 30, 2003

Aku belum habis bercerita lagi. Karangan aku terganggu oleh email kat bawah ni :

Internet Service Disruption Notice

Dear All,

We have just been informed by our Internet Service Provider (MYKRIS), that the NTT Internet Gateway is experiencing technical difficulties. This service disruption affects all internet access and email services. However, email communication within XXX is still on-line. The Internet service provider has assured us that normal service will resume as soonest as possible.


aku sangkakan tok rimau jer yang pandai hantar notice macam ni cuma aku rasa tok lagi handal sebab network down pun boleh hantar email.....kuat betul kuasa dalaman kau tok hahaha!

Okay berbalik kepada cerita semalam, aku mungkin faham yang bos aku cuba memuji aku. Sememangnya aku suka dipuji, pujian boleh buat aku terangkat hehehe! Dan pujian juga boleh buat aku perasan macam bagus sangat. Tapi aku masih kurang pasti apa tujuan dia memuji aku. Dia mungkin ikhlas dan mungkin juga dia sebaliknya. Sebab aku tahu pujian juga ada banyak maksud.

Ada orang memuji sebab nakkan sesuatu. Aku tak mahu cerita yang negatif, aku berikan contoh masa kita mula berdoa minta sesuatu pada Allah swt , kenalah mulakan dengan puji2an pada Nya dulu baru betul caranya. Begitu juga pada manusia, nak minta tolong kenalah puji2 dulu baru cerah peluang nak dapat. Jangan silap maksud aku bukanlah manusia tu yang beri apa yang kita minta, itu semua datang dari DIA jua. Sebab Allah juga yang berhak akan segala puji2an. Sebab itu kalau orang puji aku jawap saja "Alhamdulillah". Mmmm...cuma aku musykil betul, tak tahu pula apa yang bos aku mahu dari aku, apa yang aku ada?

Ada juga yang memuji sebab nak melembutkan hati seseorang. Contohnya, anak2 aku jarang nak dengar cakap aku kalau aku marah2 mereka. Kalau aku nakkan mereka buatkan sesuatu aku akan gula2kan mereka dengan puji2an dulu. Selalunya berhasil, sebab mereka pun seperti bapak mereka yang pantang dipuji. Bagi aku puji2 ini pun satu doa buat mereka, kalau aku puji mereka bijak bermakna aku mendoakan mereka supaya jadi bijak. Ahhh..mungkin bos aku tu puji aku supaya dia nak aku jadi lagi bagus..ahhh kena kerja kuat lagilah nampaknya!

Korang pernah dengar tak pepatah2 ni :

"Orang akan berubah sebab kritikan dan jarang2 orang akan berubah disebabkan pujian".

"Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya dan sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru saya ". [pujangga cina ]

Aku kata, terpulang juga pada individu itu sendiri. Memang ada orang yang mudah leka dengan pujian tapi orang yang pandai dan berfikiran positif akan menganggap pujian itu sebagai batu loncatan untuk berusaha lebih dari sebelumnya. Sebenarnya apa saja kerja yang kita buat memang kita hendakkan pengiktirafan, takyah nak tipu laa. Hatta orang kerja kuli batak sekalipun mahukan pengiktirafan. Bagi aku pujian juga adalah suatu bentuk pengiktiran. Dan pengiktiran juga adalah salah satu cabang motivasi diri. Pujian dan motivasi sememangnya sinonim. Jadi apa salahnya memuji seseorang kalau ianya boleh tingkatkan daya motivasi diri dia. Tapi pujian pun itu mestilah kena pada tempatnya, kalau kerja tak bagus tapi kau puji kata bagus bermakna kau mengiyakan ketidakbagusannya. Umpama orang yang salah tapi kau puji kata betul mana mungkin dia akan jadi betul.

Dan pendapat aku juga berkata kritikan pun tak semestinya membawa kebaikan. Orang yang bersemangat boleh luntur semangatnya jika terlalu kerap di kritik. Benda yang elok kalau terlalu banyak kritikan yang remeh temeh juga boleh jadi cacat dimata orang2 yang mendengar. Dan orang mengkritik pun belum tentu keihklasannya, mungkin ada hidden agenda, sebab itu kena dengar tengok apa yang dikritik dan tengok juga siapa yang mengkritik. Tapi kalau bos aku yang mengkritik mungkin dia tu ikhlas...pun aku agak laa. Alah aku pun bukan baik sangat, ada kalanya dia pun kena juga dengan aku. Sebenarnya apa2 yang kita buat kalau kita yakin ianya betul tak payah lah risau dengan kritikan. Kaji dan ambil saja yang mana boleh bawa kebaikan, kalau nak layan semuanya gerenti tak jadi apa, benda nak buat pun silap2 tak jalan. Aku rasa inventor2 macam Alexander G.Bell dan adik beradik Wright [sekadar menyebut beberapa nama...hahaha] dulu berjaya sebab mereka pekakkan diri mereka dari kritikan. Kalau mereka tak buat begitu mungkin sampai sekarang kita tak dapat guna telepon atau naik kapal terbang.....pun aku agak laahh!

Kesimpulannya nilai pujian dan kritikan sebenarnya terletak dimata orang yang menerimanya, bukannya pada orang yang memberinya. Hati2 lah dalam menilai. Think positive!

July 29, 2003

bluehhh......I need a vacation!

Boss aku hairan. Dia kata dia hairan sebab budget comparison & analysis yang aku submit minggu lepas takde amendment langsung, tak macam orang lain punya....aku pun tumpang hairan jugak. Aku cuma peringatkan dia supaya dalam appraisal nanti bagi aku markah tinggi2 hehehe!

July 24, 2003

Sedikit perbualan antara amd anak beranak malam tadi…..oppss selepas selesai menonton buat kali ke..err..ntah berapa ntah, dvd cerita Lord Of The Rings I :

Amd : "okey abang long, abang ngah, dah pukul 10.30 nih, pergi naik tidur. Esok nak sekolah"
asyraf : "Alaaa…taknak la pergi sekolah"
amd : "Kenapa tak nak pergi sekolah?"
Asyraf : "letih laa pergi sekolah"
Amd : "Errkkk…letih yea? Ooo…Mama, anak awak kata dia letih pergi sekolah"
[ mrs.amd senyum jer kat aku ]

Aku kata, budak ni baru 6 bulan pergi sekolah tadika dah rasa letih inikan pulak aku yang dah tua2 tak habis2 belajar lagi....letihh wooo!

Tak dinafikan sekolah memang meletihkan. Dulu aku masa zaman sekolah rendah dulu lagi teruk. Dah lah kena bangun 6.00pagi pergi sekolah pastu balik sekolah pulak petang lepas makan kena pergi sekolah agama. Lepas maghrib pulak nak pergi mengaji. Balik mengaji makan2 relaks2 tengok TV kejap pastu dah nak kena baca buku pulak…bluehhh! Pikir2 balik time tu punyalah banyak masa aku dah habiskan untuk belajar tapi result peksa takdelah excellent kehapa….menghabihkan boreh jer! Mungkin pasal terlebih main2 kut almaklumlah budak kampung.

Cuma aku agak terkilan sikit sebab masa ambik peksa sekolah ugama dulu result aku bagus, dapat offer untuk masuk Sekolah Men. Agama Sultan Muhamad kat batu berendam tuh tapi entahlah, atuk tak kisah pun nak registerkan aku kat sekolah tu. Mungkin pasal takde budget kut. Bukan apa, budak kampung yang dapat masuk asrama penuh bukannya ramai, dua tiga kerat jer dan nak dapat peluang cenggitu bukannya senang, ini dah dapat offer pun tak bagi masuk. Mungkin kalau aku masuk sekolah tu aku dah jadi ustaz sekarang ni, kalau aku belajar rajin2 lah. Anyway mungkin ada hikmah juga aku tak masuk sekolah tuh, entah2 lagi tak jadi apa!

[Dengan berlagaknya] Kenangan manis masa sekolah ugama dulu, aku pernah jadi johan tahfiz surah lazim peringkat Alor Gajah…yay…tepuk…tepuk..tepuk! Masuk peringkat daerah [Alor Gajah & Masjid Tanah] aku dapat no.3 itupun sebab kesilapan teknikal. Ustazah sekolah aku cuba buat bantahan tapi keputusan muktamad, takbleh ubah2. Kalau aku menang pertandingan tu mungkin aku boleh pergi lagi jauh. Mungkin sampai peringkat kebangsaan……yea, aku memang perasannnn kehkehkeh! Anyway nama jer pernah jadi johan tapi bila dah tua bebalik surah 4 Qul tu jer yang aku baca…harks! [Dah tak berlagak lagi dah]

Meh aku cerita serba sedikit tentang kampung aku. Seingat aku dulu tahun 70anorang kampung aku ada tubuhkan koperasi dan salah satu investment koperasi ni ialah sebijik bas sekolah yang semua orang panggil "bas syarikat". Bas ni bukan jer bawak budak sekolah utk anak2 kampung malah anak2 pekerja estet sebelah kampung aku pun dia sapu sekali. Kira kalau pagi2 nak pergi sekolah tu dah wangi2 bila tiba jer kat sekolah ada laa bau2 tambahan i.e bau sekerap ngan bau asap bas..ihiks! Aku sempat naik bas ni pun sekejap jer coz tak lama kemudian perkhidmatan bas terpaksa ditamatkan sebab driver bas yang aku panggil tok aluih meninggal dunia [dia ni atuk al*na Hassan yg menang Sinaran Paspot Kegemilangan (perghh…punya laa lengkap) dulu tu], orang lain takde yang reti nak bawak bas. Lama gak bas tu terperap dalam garaj sebelum kena jual. Aku pun taktahu apa dah jadi ngan koperasi tu sebab orang2 tua2 kg aku ramai yg sensitip tak mahu bagitahu, benda2 yang berbau hanky panky camni kalau ko tanya silap2 mau makan penampar.

July 21, 2003

Ni bukan cerita KeluangMan

Mrs.amd heran dengan aku. Dia kata kalau hari biasa pukul 10-11mlm jer aku dah terbongkang tidur tapi bila kawan2 ajak keluar boleh lak bersengkang mata sampai pukul 3-4pagi. Aku cuma diam jer, yang penting dia percaya kat aku dan lesen yg dia bagi tu tak kena tarik balik. Bulan ni jer dah dua kali aku keluar melepak sampai pagi...hiks!

First lepak

Dua minggu lepas [5.5.2003] first time aku melepak ngan tOKSIK, jigo, spyz dan cikeasy [baca lebih lanjut entry tOKSIK bertarikh 7 July 2003]. Aku cuma jadi tukang melopong jer dengar diorang beborak almaklumlah lah aku memang selalu blur...hiks!

Second lepak

Sabtu lepas [19.7.2003] lagi sekali diorang ajak aku join except this time kebetulan tokrimau turun puchong dan poad pun ada sekali. Mulanya malas nak pergi pasal dah pukul 12mlm baru informed and some more kat luar angin kuat cam nak hujan tapi memandangkan bukan selalu dapat jumpa tok aku gagahkan jugak kayuh keta walaupun dah pukul 12.30mlm. Masa sampai tu sempat jugak lah jumpa kak tin yg masa tuh tengah berkira2 nak balik. Suruh dia kim salam banyak2 kat che pipah yg dah lama tak blog.

Spyz cuma dapat join sampai pukul 2 pagi sebab wife ngan anak2 tercinta dia dah lama tunggu dlm kereta. Tu laa lengkali ikutlah style tok, hantar org rumah balik dulu pastu baru laa join...ko ni spyz!

Banyak jugak benda yg diborakkan dan kali ni aku dilopongkan oleh cikeasy dan poad yang bukak cerita bab engineering blablabla......koma tahap nirvana kejap! Lagi koma bila cikeasy bukak cerita pasal cakra kehapa, camana nak tarik nafas, nak keluar aura err tenaga dalam...perghhh! Banyak betul idea cik easy yea!

Oppss sebelum lupa, timakasih poad belanja air malam tu okay. Dan terimakasih jugak korang semua pasal ajak aku join lepak2.

p/s- korang perasan tak dua gambar kat atas tu almost identical err maksud aku bukan orang dlm gambar tu tapi meja yg diorang pilih tuh, exactly the same...what a coincidence! Aku rasa pekerja2 restoran tu pun perasan bebalik org yg sama jer dudk meja tuh. Lepas ni kalau pilih lagi meja tu mesti kena halau hehehe!

nak tengok lagi gambar click katsini

Matrix Ping Pong

July 11, 2003

Hari ni langkah aku lagi panjang dari biasa, terlebih panjang sampai lepas ke Kg Sg Terap, Kuala Selangor. Dapat berita kurang baik sebab ibu kepada seorang jemaah surau [muazzin] meninggal pukul 10.30 malam tadi kerana sakit tua. Memandangkan Ustaz aku banyak urusan dia wakilkan aku utk sampaikan wang tabung khairat. Alhamdulillah dapat sampai cepat, pukul 12tgh bertolak sampai sana pukul 1, satu jam perjalan jer [credit goes tu driver van yg beraksi macam F1 driver]. Tak sempat nak lawat jenazah sebab dah dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat. Jumpa sahabat ni pun lepas sembahyang Jumaat kat masjid Kampung tu. Muka dia berseri2 bila nampak ada sahabat2 yg sudi dtg dr jauh utk melawat dia. Mungkin ini lah kemanisan nya jika kita melawat sahabat kita yang ditimpa musibah, sekurang2 nya terubat juga hati dia. Dari masjid terus kerumah dia. Ingatkan nak lawat jer tapi dapat pula makan tengahari free lagi walaupun cuma lauk sambal sadin dengan telur dadar. Mmmm...bila lapar semuanya sedap, makan pun bertambah sampai tak larat bangun bila habis makan. Cuma aku rasa cam terbalik jer sebab patutnya tetamu lah kena bantu tuan rumah ringankan beban, ini poket tetamu pula yang selamat. Lepas makan aku serahkan wang tabung khairat [RM1,000], mintak dia acknowledge receipt dan dapatkan salinan permit menguburkan jenazah sebagai bukti kematian. Cuma dapat ucapkan takziah pada dia dan suruh bersabar dgn pemergian arwah. Pukul 3 baru bertolak balik ke ofis.

Alfatihah buat ibu kepada Muhamad Noor Halip, moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh para solihin dan solehah....amin.

p/s- jalan nak ke Kuala Selangor dgn nak ke Tanjung Karang tu teruk betul, repair sini sana. Bumpy pulak tu, bahaya sungguh utk kaum ibu yang mengandung. Sapa laa wakil rakyat sana tu. Mungkin Pak khir boleh jawap....jangan makan gaji buta jer dah laa. Ke pasal dah nak dekat reelection ni diorang busy sikit utk beli jiwa rakyat marhain kut....hiks!


July 10, 2003

+ Training dah habis, aku pun tak sure benda yg diajar tuh boleh buat dgn betul ke tak sebab operate system guna dummies data dengan live data is different. Dummies ko boleh main belasah jer. Hentam saja lah apa2 fictitious entities/transaction yang kau suka. Kalau salah pun tak kena public canning marah. Kalau tersilap kat live system mahu panas buntut punggung jawapnya, bukan boleh gostan2.

+ Yang aku notice one of the new features dlm system ni ialah dia punya ability utk capture tax [in my case..utk oversea transaction]. However benda baru ni still debatable sebab system ni UK based so mungkin tak compatible sangat dengan our system]. Lagi satu feature dia ialah discount module, kalau ko buat payment ke supplier kau or vice versa lagi awal dari due date ko akan entitle for certain discount. Aku kata kalau kat UK tu mungkin laa sebab mentality diorang lain, very committed dgn terms & conditions dlm invoice. Same goes to late payment, ko lambat jer mesti kena...guaranteed. Tapi kat malaysia jangan harap laa boleh dapat diskaun2 ni kalau bayar awal. Anyway fakta ni cuma berdasarkan pemerhatian aku jer, bukannya based on mana2 research pun.

+ Hari ni pukul 11.30 pg baru aku masuk kerja. Bawak ammar pergi kelinik utk second injection. Unlike abang2 dia, masa kena inject jer melalak pastu terus lepas tu diam. Alhamdulillah budak sorang ni well behaved betul. Jarang betul nangis sampai nyonya sebelah rumah aku puji, tak macam anjing ketot dia sekor tu. Berbalik pd cerita ammar tadi, aku terlupa nak cerita kat korang yang dia dah sunat. Sebenarnya sebelum lahir lagi aku dah bagi tahu doktor bidan tu yang aku nak sunat kan ammar bila lahir tapi dia plak yg lupa nak buat arrangement. Hari keempat lepas lahir baru buat. Macam aku kata tadi, alhamdulillah tak meragam pun. Cuma masa nak bukak balutan jer dia melalak, kesian aku tengok sebab dahi dia berkerut2. Hari ni masa doktor check balik anu siammar dia siap puji lagi...cantik hehehe! Aku tak tahu laa dia puji ammar ke dia puji diri sendiri.

+ Ko pernah tak rasa yang ko kerja macam kuli batak? Aku selalu...cuma cerita yg aku nak tulis ni buat aku terpikir patut ke tak aku rasa macam tu. Lepas beli teh bungkus dikantin tadi aku terserempak dgn manager sorang ni [sama department except aku tak report kat dia, for your info dept aku ada 3 org manager]. Aku tanya dia dari mana, dia kata dia sepatutnya ada meeting tapi last minute cancelled. Aku cuma angguk jer sambil dengar dia mengomel, komplen pasal banyak sangat meeting. Aku tanya lagi "Our GM tak pergi sekali ke?". Dia jawap " Ohh dia tu level lain, I ni level balachi jer. Aku gelak ajer. Dlm hati "kalau dia balachi, aku ni apa agaknya? Lagi worst dari kuli batak kut! Imagine kalau GM tu pun rasa dia tu pun balachi that means dari atas sampai bawah semua nya macam dia. Rasa macam tak patut atau tak bersyukur pulak cakap macam tu. Mungkin kita patut treat kerja kita with respect....betul tak?
* balachi = pelacur khadam paling chokia

July 09, 2003

+ Dah 3 hari aku kena attend training, naik tepu otak kuning aku. Nasib baik pc rentung diorang bagi ni boleh access internet...nasib baik! Cuma sekali sekala aku di'surprised'kan oleh tutor course ni yang macam ada hikmat burung jenjang meringankan badan boleh tetiba jer ada kat belakang aku. Sekali masa aku tengah sedap menaip suma orang pandang aku coz bunyi keyboard aku sama kuat dengan suara dia...kantoi! Pastu time rehat suma orang tanya aku apa aku buat hehehe! Mungkin next time aku nak request diorang bagi aku keyboard yg tak keluar bunyi...ada tak?

July 07, 2003

Aku tengah busy ni, kena attend training utk system update [2 days]. Aku terlampau busy sampai ada masa nak bagitahu engkorang hahaha!

latest news : Tan Sri Mohtar Abdullah meninggal dunia....alfatihah!

Bila dengar bab2 mati aku selalu teringat buah kelapa, yang tua gugur yang muda pun gugur juga. Begitu juga manusia. Yang tua mati orang muda pun mati. Org yang baik mati orang yang kurang baik pun mati juga. Orang yang melampau mati, orang yang 'terlampau' pun mati juga.....ehmmm!

Orang yang buat kebaikan semasa hidupnya nescaya kebaikannya akan dikenang, begitu juga sebaliknya.