Sedikit perbualan antara amd anak beranak malam tadi…..oppss selepas selesai menonton buat kali ke..err..ntah berapa ntah, dvd cerita Lord Of The Rings I :
Amd : "okey abang long, abang ngah, dah pukul 10.30 nih, pergi naik tidur. Esok nak sekolah"
asyraf : "Alaaa…taknak la pergi sekolah"
amd : "Kenapa tak nak pergi sekolah?"
Asyraf : "letih laa pergi sekolah"
Amd : "Errkkk…letih yea? Ooo…Mama, anak awak kata dia letih pergi sekolah"
[ mrs.amd senyum jer kat aku ]
Aku kata, budak ni baru 6 bulan pergi sekolah tadika dah rasa letih inikan pulak aku yang dah tua2 tak habis2 belajar lagi....letihh wooo!
Tak dinafikan sekolah memang meletihkan. Dulu aku masa zaman sekolah rendah dulu lagi teruk. Dah lah kena bangun 6.00pagi pergi sekolah pastu balik sekolah pulak petang lepas makan kena pergi sekolah agama. Lepas maghrib pulak nak pergi mengaji. Balik mengaji makan2 relaks2 tengok TV kejap pastu dah nak kena baca buku pulak…bluehhh! Pikir2 balik time tu punyalah banyak masa aku dah habiskan untuk belajar tapi result peksa takdelah excellent kehapa….menghabihkan boreh jer! Mungkin pasal terlebih main2 kut almaklumlah budak kampung.
Cuma aku agak terkilan sikit sebab masa ambik peksa sekolah ugama dulu result aku bagus, dapat offer untuk masuk Sekolah Men. Agama Sultan Muhamad kat batu berendam tuh tapi entahlah, atuk tak kisah pun nak registerkan aku kat sekolah tu. Mungkin pasal takde budget kut. Bukan apa, budak kampung yang dapat masuk asrama penuh bukannya ramai, dua tiga kerat jer dan nak dapat peluang cenggitu bukannya senang, ini dah dapat offer pun tak bagi masuk. Mungkin kalau aku masuk sekolah tu aku dah jadi ustaz sekarang ni, kalau aku belajar rajin2 lah. Anyway mungkin ada hikmah juga aku tak masuk sekolah tuh, entah2 lagi tak jadi apa!
[Dengan berlagaknya] Kenangan manis masa sekolah ugama dulu, aku pernah jadi johan tahfiz surah lazim peringkat Alor Gajah…yay…tepuk…tepuk..tepuk! Masuk peringkat daerah [Alor Gajah & Masjid Tanah] aku dapat no.3 itupun sebab kesilapan teknikal. Ustazah sekolah aku cuba buat bantahan tapi keputusan muktamad, takbleh ubah2. Kalau aku menang pertandingan tu mungkin aku boleh pergi lagi jauh. Mungkin sampai peringkat kebangsaan……yea, aku memang perasannnn kehkehkeh! Anyway nama jer pernah jadi johan tapi bila dah tua bebalik surah 4 Qul tu jer yang aku baca…harks! [Dah tak berlagak lagi dah]
Meh aku cerita serba sedikit tentang kampung aku. Seingat aku dulu tahun 70anorang kampung aku ada tubuhkan koperasi dan salah satu investment koperasi ni ialah sebijik bas sekolah yang semua orang panggil "bas syarikat". Bas ni bukan jer bawak budak sekolah utk anak2 kampung malah anak2 pekerja estet sebelah kampung aku pun dia sapu sekali. Kira kalau pagi2 nak pergi sekolah tu dah wangi2 bila tiba jer kat sekolah ada laa bau2 tambahan i.e bau sekerap ngan bau asap bas..ihiks! Aku sempat naik bas ni pun sekejap jer coz tak lama kemudian perkhidmatan bas terpaksa ditamatkan sebab driver bas yang aku panggil tok aluih meninggal dunia [dia ni atuk al*na Hassan yg menang Sinaran Paspot Kegemilangan (perghh…punya laa lengkap) dulu tu], orang lain takde yang reti nak bawak bas. Lama gak bas tu terperap dalam garaj sebelum kena jual. Aku pun taktahu apa dah jadi ngan koperasi tu sebab orang2 tua2 kg aku ramai yg sensitip tak mahu bagitahu, benda2 yang berbau hanky panky camni kalau ko tanya silap2 mau makan penampar.
Jahat adalah sifat Umno
1 week ago


No comments:
Post a Comment