Aku belum habis bercerita lagi. Karangan aku terganggu oleh email kat bawah ni :
Internet Service Disruption Notice
Dear All,
We have just been informed by our Internet Service Provider (MYKRIS), that the NTT Internet Gateway is experiencing technical difficulties. This service disruption affects all internet access and email services. However, email communication within XXX is still on-line. The Internet service provider has assured us that normal service will resume as soonest as possible.
aku sangkakan tok rimau jer yang pandai hantar notice macam ni cuma aku rasa tok lagi handal sebab network down pun boleh hantar email.....kuat betul kuasa dalaman kau tok hahaha!
Okay berbalik kepada cerita semalam, aku mungkin faham yang bos aku cuba memuji aku. Sememangnya aku suka dipuji, pujian boleh buat aku terangkat hehehe! Dan pujian juga boleh buat aku perasan macam bagus sangat. Tapi aku masih kurang pasti apa tujuan dia memuji aku. Dia mungkin ikhlas dan mungkin juga dia sebaliknya. Sebab aku tahu pujian juga ada banyak maksud.
Ada orang memuji sebab nakkan sesuatu. Aku tak mahu cerita yang negatif, aku berikan contoh masa kita mula berdoa minta sesuatu pada Allah swt , kenalah mulakan dengan puji2an pada Nya dulu baru betul caranya. Begitu juga pada manusia, nak minta tolong kenalah puji2 dulu baru cerah peluang nak dapat. Jangan silap maksud aku bukanlah manusia tu yang beri apa yang kita minta, itu semua datang dari DIA jua. Sebab Allah juga yang berhak akan segala puji2an. Sebab itu kalau orang puji aku jawap saja "Alhamdulillah". Mmmm...cuma aku musykil betul, tak tahu pula apa yang bos aku mahu dari aku, apa yang aku ada?
Ada juga yang memuji sebab nak melembutkan hati seseorang. Contohnya, anak2 aku jarang nak dengar cakap aku kalau aku marah2 mereka. Kalau aku nakkan mereka buatkan sesuatu aku akan gula2kan mereka dengan puji2an dulu. Selalunya berhasil, sebab mereka pun seperti bapak mereka yang pantang dipuji. Bagi aku puji2 ini pun satu doa buat mereka, kalau aku puji mereka bijak bermakna aku mendoakan mereka supaya jadi bijak. Ahhh..mungkin bos aku tu puji aku supaya dia nak aku jadi lagi bagus..ahhh kena kerja kuat lagilah nampaknya!
Korang pernah dengar tak pepatah2 ni :
"Orang akan berubah sebab kritikan dan jarang2 orang akan berubah disebabkan pujian".
"Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya dan sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru saya ". [pujangga cina ]
Aku kata, terpulang juga pada individu itu sendiri. Memang ada orang yang mudah leka dengan pujian tapi orang yang pandai dan berfikiran positif akan menganggap pujian itu sebagai batu loncatan untuk berusaha lebih dari sebelumnya. Sebenarnya apa saja kerja yang kita buat memang kita hendakkan pengiktirafan, takyah nak tipu laa. Hatta orang kerja kuli batak sekalipun mahukan pengiktirafan. Bagi aku pujian juga adalah suatu bentuk pengiktiran. Dan pengiktiran juga adalah salah satu cabang motivasi diri. Pujian dan motivasi sememangnya sinonim. Jadi apa salahnya memuji seseorang kalau ianya boleh tingkatkan daya motivasi diri dia. Tapi pujian pun itu mestilah kena pada tempatnya, kalau kerja tak bagus tapi kau puji kata bagus bermakna kau mengiyakan ketidakbagusannya. Umpama orang yang salah tapi kau puji kata betul mana mungkin dia akan jadi betul.
Dan pendapat aku juga berkata kritikan pun tak semestinya membawa kebaikan. Orang yang bersemangat boleh luntur semangatnya jika terlalu kerap di kritik. Benda yang elok kalau terlalu banyak kritikan yang remeh temeh juga boleh jadi cacat dimata orang2 yang mendengar. Dan orang mengkritik pun belum tentu keihklasannya, mungkin ada hidden agenda, sebab itu kena dengar tengok apa yang dikritik dan tengok juga siapa yang mengkritik. Tapi kalau bos aku yang mengkritik mungkin dia tu ikhlas...pun aku agak laa. Alah aku pun bukan baik sangat, ada kalanya dia pun kena juga dengan aku. Sebenarnya apa2 yang kita buat kalau kita yakin ianya betul tak payah lah risau dengan kritikan. Kaji dan ambil saja yang mana boleh bawa kebaikan, kalau nak layan semuanya gerenti tak jadi apa, benda nak buat pun silap2 tak jalan. Aku rasa inventor2 macam Alexander G.Bell dan adik beradik Wright [sekadar menyebut beberapa nama...hahaha] dulu berjaya sebab mereka pekakkan diri mereka dari kritikan. Kalau mereka tak buat begitu mungkin sampai sekarang kita tak dapat guna telepon atau naik kapal terbang.....pun aku agak laahh!
Kesimpulannya nilai pujian dan kritikan sebenarnya terletak dimata orang yang menerimanya, bukannya pada orang yang memberinya. Hati2 lah dalam menilai. Think positive!
Bersatu jadi penentu kalah menang BN - PH
15 hours ago


No comments:
Post a Comment