January 30, 2004

Selamat Menyambut Hari Raya Korban kawan-kawan!

p/s-ada org kata raya haji tu kurang tepat sebab kita kat sini buat korban...so kena lah raya korban!

January 27, 2004

Aku rasa nama aku senang kena jual lah. Bila bos aku cuti jer, nama aku jer yang kena sebut. Yang takde kena mengena dengan aku pun aku jugak yang kena...ampeh!

January 26, 2004

Hari ini, buat kali ke tiga ratus ribu kali aku pergi klinik dengan hidung penuh selsema tak elok2 [please...bukan selsema burung yea].

Doktor kata aku ni memang sensitif dengan habuk2, tu yang tak baik2. Mesti kena ambik supplement utk kuatkan antibodi.

Dia bekalkan aku 10 biji pil pharmaton yang ada extract ginseng plus tongkat ali power root utk dimakan sebiji sehari. Dia kata jangan nak memandai2 makan lebih, takut malam2 aku jadi macam kuda liar...yeeehahhh!

Selalu jadi kuda jinak pun boring jugak.

*********************************

Selsema burung apa kena mengena dengan manusia?

Lately ni banyak betul penyakit binatang kena kat manusia. Mungkin sebab hari ini dah ramai manusia yang perangai tak ubah macam binatang, penyakit pun terkenan sama. Cuma yang aku rasa pelik sikit tu, kenapa penyakit2 ni asyik mula dr tempat puak2 sana tu jer. Apa lah yg mereka melampau sangat sampai Allah turunkan macam2 penyakit kat diorang ni agaknya?

Lepas ni entah apa pulak penyakit yg keluar. Jangan keluar selsema gajah sudah!

*************************

"po po, sai fan".................aku suka iklan satu ni.

Seronok pulak tengok iklan2 begini everytime ada festival celebration. Masing2 ada mesej serta keunikan tersendiri. Berbalik pada iklan kat atas tu, aku setuju dengan mesej yg cuba disampaikan. Generasi kini masyarakat cina [sepertimana masyarakat melayu kita juga] memang sudah kurang berminat utk mengekalkan tradisi mereka.

Aku tak mahu pergi jauh, jiran rumah aku contohnya, dah tak masa nak menghias rumah atau bakar mercun kehapa. Auntie sebelah rumah aku pun macam tak raya jer, senyap jer duduk dlm rumah. Menantu dia balik beraya kat kampung dia di Kedah pun aku tengok hari sabtu raya ketiga dah ada balik kat rumah. Ntah2 mak bapak dia yang halau dia balik KL. Yang sebelah lagi satu pulak asal dari Seremban lagi best, balik hari jer jumpa parents dia. Malam dah ada rumah balik. Lampu tanglung kelip2 dia pun dah berlapuk coz dari raya tahun lepas tak bukak2...jimat kos agaknya. Aku bet bila mak bapak diorang kat kampung sana dah takda memang tak raya lah diorang ni.

Teringat dulu kat kampung bila raya macam ni, cina kedai runcit tu buat kenduri sakan dengan makan besar siap babi panggang terbongkang atas meja, meriah betul diorang. Dua tiga hari jugak kedai diorang tak bukak. Yang susah nya orang melayu lah sebab nak beli barang susah, kena masuk lalu pintu belakang kalau terpaksa. Lagi satu, diorang ni pun bukannya kedekut, sapa pelanggan tetap dia mesti dapat kek [yg banyak icing kat atas] dalam kotak kaler merah, siap ikat dengan riben lagi. Dulu masa bebudak [infact orang tua pun sama] mana kira halal haram, dapat benda free macam tu balun aje ler. Limau pun dapat jugak lah. Kalau sekarang ni cina bagi aku kek macam tu, masuk tong sampah lah jawapnya..loya tekak.

Anyway itu cerita lama, dua puluh tahun dulu...mmm zaman cina beranak ramai. Sekarang ni cina berapa kerat jer yang ada anak lebih dari tiga. Jiran aku yang dua tu tadi nama jer dah kahwin tapi semua takde anak lagi. Infact couple yg duduk depan rumah and also yang selang tiga biji rumah pun takde anak jugak. Tak tahulah diorang tu semua mandul ker atau memang sengaja merancang. Aku kata, sebenarnya raya2 ni semua yang buat meriah tu sebab ada budak2 lah. Kalau takde anak mana ler nak rasa meriahnya.

January 19, 2004

Aku rasa cina nak raya pun tak sibuk macam aku seminggu dua ni. Bukan nya sibuk dengan kerja pun.

Si Ammar asyik batuk2 dua minggu lepas. Dah tiga kali aku bawak dia pergi klinik tapi still tak elok2. Malam Isnin lepas aku bawak dia pergi lagi sekali. This time doktor tu kata dlm paru2 dia dah banyak lendir so dia keluarkan referral letter utk jumpa specialist.

Next day pagi2 aku terus bawak ammar pergi SJMC. Doktor situ kata terpaksa bagi nebulizer every 3 jam plus suction 2 kali sehari utk keluarkan lendir dr paru2. So terpaksa warded. Wife aku ambik leave 4 hari jaga dia kat sana. Kesian betul aku tengok ammar masa nurse tu buat suction, dia sampai dah tak boleh nak melalak coz everytime dia melalak nurse tu jolok tekak dia dengan tiub nak bagi dia muntah. Kalau aku yang kena macam tu mahu nurse tu kena terajang.

Aku yang kat rumah pun macam tak cukup tangan nak meng'sure heboh'kan budak dua orang tu. Nak siapkan makan minum diorang, baju sekolah blablabla. Petang pulak kena ambik diorang pastu terus pergi hospital. Nasib baik hari Sabtu dapat discharged....alhamdulillah! Doktor pesan seminggu dua ni jangan bawak ammar keluar jalan2 kat tempat ramai org. Duduk rumah jer.

Aku rasa poket aku pun kempis semacam jer lately ni......yep! betul tu doktor, duduk rumah lagi bagus!

January 06, 2004

Saya sedang sibuk buat report!

...ni kira update jugak laa hahaha!