January 19, 2004

Aku rasa cina nak raya pun tak sibuk macam aku seminggu dua ni. Bukan nya sibuk dengan kerja pun.

Si Ammar asyik batuk2 dua minggu lepas. Dah tiga kali aku bawak dia pergi klinik tapi still tak elok2. Malam Isnin lepas aku bawak dia pergi lagi sekali. This time doktor tu kata dlm paru2 dia dah banyak lendir so dia keluarkan referral letter utk jumpa specialist.

Next day pagi2 aku terus bawak ammar pergi SJMC. Doktor situ kata terpaksa bagi nebulizer every 3 jam plus suction 2 kali sehari utk keluarkan lendir dr paru2. So terpaksa warded. Wife aku ambik leave 4 hari jaga dia kat sana. Kesian betul aku tengok ammar masa nurse tu buat suction, dia sampai dah tak boleh nak melalak coz everytime dia melalak nurse tu jolok tekak dia dengan tiub nak bagi dia muntah. Kalau aku yang kena macam tu mahu nurse tu kena terajang.

Aku yang kat rumah pun macam tak cukup tangan nak meng'sure heboh'kan budak dua orang tu. Nak siapkan makan minum diorang, baju sekolah blablabla. Petang pulak kena ambik diorang pastu terus pergi hospital. Nasib baik hari Sabtu dapat discharged....alhamdulillah! Doktor pesan seminggu dua ni jangan bawak ammar keluar jalan2 kat tempat ramai org. Duduk rumah jer.

Aku rasa poket aku pun kempis semacam jer lately ni......yep! betul tu doktor, duduk rumah lagi bagus!

No comments: