Doktor kata aku ni memang sensitif dengan habuk2, tu yang tak baik2. Mesti kena ambik supplement utk kuatkan antibodi.
Dia bekalkan aku 10 biji pil pharmaton yang ada extract ginseng
Selalu jadi kuda jinak pun boring jugak.
*********************************
Selsema burung apa kena mengena dengan manusia?
Lately ni banyak betul penyakit binatang kena kat manusia. Mungkin sebab hari ini dah ramai manusia yang perangai tak ubah macam binatang, penyakit pun terkenan sama. Cuma yang aku rasa pelik sikit tu, kenapa penyakit2 ni asyik mula dr tempat puak2 sana tu jer. Apa lah yg mereka melampau sangat sampai Allah turunkan macam2 penyakit kat diorang ni agaknya?
Lepas ni entah apa pulak penyakit yg keluar. Jangan keluar selsema gajah sudah!
*************************
"po po, sai fan".................aku suka iklan satu ni.
Seronok pulak tengok iklan2 begini everytime ada festival celebration. Masing2 ada mesej serta keunikan tersendiri. Berbalik pada iklan kat atas tu, aku setuju dengan mesej yg cuba disampaikan. Generasi kini masyarakat cina [sepertimana masyarakat melayu kita juga] memang sudah kurang berminat utk mengekalkan tradisi mereka.
Aku tak mahu pergi jauh, jiran rumah aku contohnya, dah tak masa nak menghias rumah atau bakar mercun kehapa. Auntie sebelah rumah aku pun macam tak raya jer, senyap jer duduk dlm rumah. Menantu dia balik beraya kat kampung dia di Kedah pun aku tengok hari sabtu raya ketiga dah ada balik kat rumah. Ntah2 mak bapak dia yang halau dia balik KL. Yang sebelah lagi satu pulak asal dari Seremban lagi best, balik hari jer jumpa parents dia. Malam dah ada rumah balik. Lampu tanglung kelip2 dia pun dah berlapuk coz dari raya tahun lepas tak bukak2...jimat kos agaknya. Aku bet bila mak bapak diorang kat kampung sana dah takda memang tak raya lah diorang ni.
Teringat dulu kat kampung bila raya macam ni, cina kedai runcit tu buat kenduri sakan dengan makan besar siap babi panggang terbongkang atas meja, meriah betul diorang. Dua tiga hari jugak kedai diorang tak bukak. Yang susah nya orang melayu lah sebab nak beli barang susah, kena masuk lalu pintu belakang kalau terpaksa. Lagi satu, diorang ni pun bukannya kedekut, sapa pelanggan tetap dia mesti dapat kek [yg banyak icing kat atas] dalam kotak kaler merah, siap ikat dengan riben lagi. Dulu masa bebudak [infact orang tua pun sama] mana kira halal haram, dapat benda free macam tu balun aje ler. Limau pun dapat jugak lah. Kalau sekarang ni cina bagi aku kek macam tu, masuk tong sampah lah jawapnya..loya tekak.
Anyway itu cerita lama, dua puluh tahun dulu...mmm zaman cina beranak ramai. Sekarang ni cina berapa kerat jer yang ada anak lebih dari tiga. Jiran aku yang dua tu tadi nama jer dah kahwin tapi semua takde anak lagi. Infact couple yg duduk depan rumah and also yang selang tiga biji rumah pun takde anak jugak. Tak tahulah diorang tu semua mandul ker atau memang sengaja merancang. Aku kata, sebenarnya raya2 ni semua yang buat meriah tu sebab ada budak2 lah. Kalau takde anak mana ler nak rasa meriahnya.


No comments:
Post a Comment