Betul laa apa yang tOKSIK cakap, aku memang tengah kaya. Gaji masuk ahad lepas sekali dengan 2 bulan bonus, yippee!! Berapa aku dapat! Alaa…sikit je tapi cukup laa kalau
Tapi cam cam biasalah, banyak mana dapat, banyak tu laa yg akan habis. Maksud aku habis sebab banyak sangat allocation utk komitmen tahun depan. Err ni cerita ekonomi rumah tangga yea, kalau tak berminat nak dengar, sila tutup mata. Sebenarnya tetiap tahun pun sama, 1/2 dari gaji/bonus kami allocate dalam satu fund utk savings, kurangkan bayar intalment kereta & rumah, err utk baby yg nak keluar bulan June tahun depan…ooppss aku tercakap plak! Yang selebihnya tu sendiri mahu ingat laa, memasing kena buat budget sendiri. Dalam kes aku, yang tinggal tu memang tak cukup. Kena lak nak raya nih, baju baru utk anak & isteri nak kena beli, duit raya utk nak bagi anak buah nak kena spare err kengkurang RM200, kuih raya/daging nak kena beli, kereta lagi nak kena servis, kredit card nak kena bayar, allocation utk fee & exam ACCA lagi …aduiii! pening kepala jap. Planning aku nak beli TV baru 29" terpaksa laa kena postponed tahun depan..hampeh. Sesilap baju raya aku pun tak beli. Pakcik dah tak kayo lagi dahh!!!
Cerita Pakcik rayo!
Cerita bab raya ni, dua hari lepas aku telepon mak aku, err dia tak berapa sihat coz kena selsema & batuk. Cam biasa laa bila aku suruh pergi klinik mesti dia jawap tak payah, nanti elok sendiri, hmm kengkadang degil jugak mak aku ni…mungkin degil aku sebab aku inherit dari perangai dia hehehe!. Anyway dia bagitahu yang tahun ni dia tak larat nak buat kuih raya so kenalah aku, kakak dan abang aku beli utk dia, siap pesan sorang dua jenis kuih. Takpe lah ek! Bila lagi dia nak menyusahkan anak2, betul tak kekekeke! Bersusah utk mak bapak sekali sekala apa salah nya. Dulu aku kecik2 lagi banyak menyusahkan dia, dia tak pernah komplen pun. By the way, tahun ni aku raya kat Senawang, maybe raya kedua baru balik Alor Gajah. Camni lah bila dah berumah tangga, kena laa take turn bila part balik raya ni, tak boleh nak pentingkan diri je!
Lagi cerita bab raya, sejak dua tahun lepas, atuk aku dah tukar style utk buat dodol [org kampung aku panggil ‘penganan’]. Dulu dia selalu buat seminggu sebelum raya tapi bila memanjang je pekerja2 kerahan tenaga mengular, maksud aku tak balik dengan excuse merapu, [aku balik ek! tak tipu ni] terpaksalah atuk tukar strategi, mengacau hari kedua atau ketiga lepas raya. Aku berpendapat yg idea atuk aku ni cukup bernas sebab selain dari masa ni most of us balik , abang ngan pakcik2 aku tak boleh lah nak ‘tak puasa’ macam dulu. Bila semua orang tak puasa mesti kerja yg lambat jadi cepat..hishh, betul ke apa aku cakap ni? Kalau nak cepat masak je sesilap dodol tak jadi atau cepat berkulat, dah kena dah sebelum ni. Apa apa pun tahun ni aku nak bawak balik topeng gas err untuk mengelakkan asap hehehe! Err engkorang pernah pikir tak kenapa orang kampung buat dodol tak pakai dapur gas je, kan lagi senang [ ni idea orang pemalas].
Ehh! Apasal lak aku asik cerita pasal raya je ni! Puasa dah laa short 8 hari, kena ganti dulu baru boleh raya laa…
Cerito selain rayo
Okey aku bukak cerita lain plak, semalam aku busy sebab ada sessi interview utk performance appraisal. Lepas kena bersoal bersoal jawap dengan bos pastu kena lak interview staff aku yg sorang tu plak, letih betul. Result? Hampehh! Bukan dapat point lagi, kena potong ada laa err tinggal 71.68%. Kalau ikut kata cik kieli, 50% baca diary, 20% tulis entry bermakna aku cuma kerja 1.68% je! Betul ke ni cik kieli? Sebenarnya aku argue gak memana yg bos aku tu potong tapi memandangkan menyerlah ke’hampeh’an dia, tak dapek laa nak tinggi lagi. Anyway dapat above 70% tu jatuh dlm kategori ‘Bagus’, makna nya aku ni memang pekerja yang BAGUS! Jangan jeles! Tahun depan aku nak strive jadi pekerja ‘cemerlang’ [above 80%] plak, aminnnn!!
Cerito kelakar bangang
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".
Aku tambah : tabur baja lagi cepat tumbuh rumpat, tak pun beli je yg segera punya, Kat Sg Buloh melambak...muahahaha! Ishh sapa yg gatal nak kahwin ni?


No comments:
Post a Comment