November 21, 2002

"Mak kata hidup ni macam "MAKAN KUACI", sekejap je dah habis". Korang mesti dah dengar iklan ni kat radio. Hmm…aku masih lagi berfikir nak percaya ke tak pepatah ni. Dalam kamus hidup aku ni, banyak benda yg aku buat yg tak habis2 sampai aku dah boring like hell, lama giler err contoh nya ACCA exam aku, bayar hutang kereta, hutang rumah blablabla, ntah sampai bila nak habis aku pun tak tahu. Actually macam takkan habis je esp. loan keta, bila je habis bayar gatal je nak tukar kereta baru, hampehh sungguh aku ni. By the way, aku memang tak suka sangat makan kuaci err buat lenguh mulut je hiks!

Hari ni gak bos aku mintak semua orang isi appraisal form, malas betul. Aku sebenarnya tak reti nak appraise diri sendiri. Pening gak nak bagi marks utk semua criterias yg diorang specify dlm form tu. So aku main hentam je and bila kira balik berapa average marks aku, dapat laa 75%. Err yea ke aku ni dah performed 75%? Betul ke aku deserved banyak tuh? Err bukan ke 80 atau 90? Bagus sangat ke aku? Tu yang buat aku jadi serbasalah. Yealah kengkadang kita ni jujur tulis apa yang kita rasa kita patut dapat tapi orang lain main belasah letak tinggi2, perasan macam bagus. Mana adil macam ni? Aku pun tak tahu apa basis yang diorang guna utk buat appraisal ni. Macam tahun2 lepas, yg tak perform pun dapat markah lebih kurang ngan orang lain, macam something wrong je. Pening kepala aku nak pikir benda2 ni, ahh pergi mampuss laa malas nak pikir. Lantak laa berapa korang nak bagi, prinsip hidup aku mudah je, rezeki tu ditangan tuhan, berapa yg aku dapat kena bersyukur banyak2, Alhamdulillah.

Ohh ya! Nak bagitahu korang yang aku dah decide not to sit for this coming ACCA exam. Aku dah checked yg timing untuk December sitting ni tak berapa bagus coz right after Hari Raya. Apart from masa yg terlampau singkat, maybe aku takkan dapat focus utk exam ni macam yg lepas2, mungkin aku akan fail lagi, sebab mood hari raya akan menyebabkan aku jadi malas utk study eheh!. Somemore, I think I deserve a break, dah bosan tahap nirvana dah nih sebab asik mengadap notes yg sama. Utk exam bulan June 03 nanti baru aku kena pulun cukup2 biar lulus, maybe masuk kelas balik ke, aku harap laa.

Okay, nak cerita, besok kan Hari Nuzul AlQuran so sempena sambutan ni kat tempat kerja aku banyak laa aktiviti hari ni. Tengahari tadi lepas zohor surau buat Tadarrus Al Quran, semua participants baca satu juzuk ramai2 dan memana yang terrer tu baca sampai dua. Hmm..susah gak nak menghabiskan satu juzuk dlm masa satu jam, tergeliat gak laa lidah aku ni hehehe! Alhamdulillah kami dapat habiskan jugak 90 juzuk, bermakna bersamaan tiga kali khatam. Petang lepas asar pulak ada aktiviti lagi. Kali ni majlis meraikan anak yatim dari Rumah Anak2 Yatim Pinggiran Taman Tun Dr Ismail plak. Kumpulan Raihan pun ada buat persembahan. Lepas berbuka sambung plak dengan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abd Ghani sampai laa lepas sembahyang terawih. Aku? Macam biasalah terpaksa standby utk make sure semua aktiviti surau berjalan lancar. Tapi takpe, bukan senang dapat peluang buat kerja2 amal cam hari ni, betul tak? Anyway, Selamat Menyambut Nuzul Quran utk korang semua moga hari yang baik ni kita dapat sama penuhkan dengan amal ibadat utk pertingkatkan ketakwaan pada Allah swt, aminnn!

Nak dengar kuda nyanyi, click here

No comments: