1. Amd balik Seremban
ehmm....ehmm..versi negori lak yo! Hari Buruh den sambut kek Somban yo, pagi2 lopeh jogging den dah kayuh keto pasa nak elak jalan jem. Cam biaso laa awal bulan banyak barang ghumah yang dah abih, malam tu poi laa singgah Giant Senawang [tompek cik kieli bertondang..hahaha!] kojap boli apo2 yang patut dan yang tak patut. Humang aih..oghang punyo laa ghamai tah mano datang gak eh, ntah2 warih2 cik kieli pun ado. Sampai nak bayar pun kono beratur panjang...ampeh boto.
Esok eh tu hari jemaat den basuh keto sambil berborak ngan wan [nenek] mrs.amd. Dio tu suko bercerito dan memandangkan den ni peramah suko layan, tu sobab dio suko hiks! Sambil den basuh tu dio pun bukak cerito pasa arwah atuk mrs.amd dulu pun rajin jago keto, pantang laa berhabuk sikit mesti di basuh eh. Kato eh layi, lopeh yo sembahyang suboh mosti arwah eh belek keto. Pastu dengan selambo eh wan tu kato "keto punyo lah jago, mandikan dio mengalah mandi anak sendiri"....uikss! wan ni perli den ko? Sompek yo dio tu mengonokan den..cehh!
Potang lopeh semayang jemaat den dari Senawang toruih turun KL.
2. Amd daftar kelas revision
Sebenarnya bulan March lepas aku dah register nak ambik ACCA exam lagi sekali bulan June ni dan kali ni aku rasa memang nak kena masuk kelas revision jugak sebab belajar pakai buku je memang tak jalan, buktinya memang nyata sebab dah berapa kali ambik pun fail jugak. So petang jumaat lepas aku ambik cuti nak pergi register utk revision class utk the last 3 subjects tu kat satu kolej swasta tepi Lebuh Ampang. Alhamdulillah nasib baik boleh register lagi sebab the class akan start 9 May ni which is BESOK...arghhh!
Kelas kali ni semuanya hari Jumaat Sabtu & Ahad, tiga minggu berturut2. So aku terpaksa ambil cuti tiap hari Jumaat. Kelas mula dari pukul 9 pagi sampai 5 petang, untuk
3. Tolong kakak amd yg nak pindah ke kota Kinabalu, Sabah
Orang yang pindah aku lak yang sibuk..haks! Abang ipar aku kerja dengan agensi pelancongan semi kerajaan kat Malaysia ni dan memandangkan jawatan dia tu 'panas' so selalu la kena transfer sini sana. Paling last dia kena posting ialah kat Sweden, empat tahun. Baru je balik M'sia 3 tahun dah nak kena pergi Sabah pulak, mungkin empat tahun jugak lagi. Masalahnya pertukaran tu terlampau sudden dan dia tu sibuk sangat sampai terpaksa pergi Sabah dulu. Kesian kat kakak aku laa terpaksa nak uruskan macam2 including tiga orang anak buah amd yang semuanya laki2 tu. Ada kereta pulak dah kena masuk kontena so lagi laa susah nak kemana2. Sebenarnya aku pun bukan tolong apa benda pun, angkat barang sikit2 jer. Kakak aku tu bila abang ipar aku takde mula lah kelangkabut. Hmm...lepas ni tentu senang kalau nak pergi sabah coz hotel dah ada yay!
4. Amd kena hantar atuk, incik dan ibu dia balik melaka
Tengahari sabtu lepas kakak aku berlepas ke Sabah dan turut sama masa hantar ke KLIA tu ialah atuk, incik dan ibu yang baru je sampai dari Kelantan [rumah pak ngah aku yang baru jer melangsungkan perkahwinan sepupu perempuan aku, nasib baik jauh so ada excuse tak pergi hehehe!]. Lepas tu diorang nak balik Melaka pulak so mintak tolong aku tolong hantar. Padat jugaklah kereta aku sampai kanak2 tu terpaksa tidur atas pangku jer [selalunya diorang 'bergelimpangan' jer dua orang kat seat belakang].
Ingatkan nak jimat tol boleh ikut jalan shortcut dr KLIA tu terus keluar Seremban 2 tapi tersesat pulak, terpaksa keluar kat Nilai lalu jalan lama. Pastu cari2 plaza tol rupanya dah tukar tempat lain pulak, lagi jauh dan berpusing2 dibuatnya...hampeh! Selalunya macam tu lah, bila nak cepat atau cuba nak jimat duit mesti ended up lagi worst dari cara biasa. Sampai je Alor Gajah dah petang. Nak tengok cerita CSI yang rerun pun terlepas...uhuk!
Pagi Ahad ingatkan nak mesin rumput depan rumah tapi mesin pulak buat hal, takleh start. Memandangkan aku rajin, aku basuh mini kolam ikan atuk dengan akuarium ikan flowerhorn dia dan basuh kereta lagi hahaha! Petang balik Puchong.
5. Amd kena jadi salesman jual buku
Aku dah kerja kat opis ni hampir 8 tahun dan antara yang buat aku seronok kerja kat sini ialah aktiviti keagamaan kat surau especially ceramah. Dulu seminggu sekali je tapi sekarang ni dah tambah dua kali pulak. Walaupun dah dua kali VSS tapi alhamdulillah jemaah surau tak pernah kurang dan aku rasa lately ni silaturrahim antara jemaah pun makin erat. Untuk memakmurkan lagi surau, ustaz aku nak adakan pula kelas mengaji kitab aka kuliah supaya ilmu yang disampaikan tu lebih masuk ke otak dari dengar jer pastu balik rumah lupa. Antara kitab yang akan diajar dan penceramah tetapnya ialah:
a. Tarbiyatul Aula [Pendidikan Anak2] oleh Ustaz Zawawi Yusoh
b. Matan Arbain [hadis 40] oleh Ustaz Abdul Halim Din
c. Matlaul Badrin [Fekah] oleh Ustaz Muhyuddin Abdul Aziz
d. Tasawwuf {Penawar Hati] oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Ghani
e. Permasalahan Akidah & Tauhid oleh Ustaz Ishak Din
Memandangkan ada lima kitab yang perlu dibeli oleh jemaah maka surau dengan berbesar hati beri subsidi 50% dari harga asal, cuma kena bayar RM40.50. Dan memandangkan aku ni ajk cabuk surau tukang jaga duit maka terpaksa laa aku tak menang tangan mengira duit dan buku [sampai tak sempat nak update blog hehehe!]. Memula minggu lepas kami order 40 set je takut kurang sambutan tapi sebaliknya laris macam pisang panas, yang datang beli pulak macam serbu ramai2 lagaknya. Second time tambah lagi 30 set Isnin lepas pun habis jugak. Ramai yang komplen tak dapat benda murah so the third time kami tambah lagi 25 set, itu pun habis jugak. Altogether 95 set yang diorder habis licin, alhamdulillah. Penat jugak laa aku melayan orang yang asik tanya ada lagi ke tak. Yang aku rasa sedikit terkilan tu bila ada yang beli tu terang2 kata yang kitab tu dia nak kumpul buat perpustakaan kat rumah, bukan untuk datang kuliah. Yang buat aku pening kepala tu bila ada yang beli sikit2, nakkan kitab yang best2 jer pastu yang lebih taknak beli. Imagine jadi satu kerja pulak nak carikan orang yang nak beli yang tak laku tu. Ustaz aku sampai tepuk dahi laa kejap nak layan orang2 macam ni. Anyway utk yang tak dapat tu harap2 jangan ada pulak yang merajuk sampai tak mahu jejak ke surau lagi pasal tak dapat beli benda subsidi sudah laa. Kalau beli yang kat kedai harga asal pun apa salahnya, bayar mahal dan guna duit sendiri tentu lebih berkat. Dan untuk orang yang dah beli tu pulak harap2 lepas ni rajin2 laa datang kuliah, jangan beli untuk buat perhiasan kat rumah jer.
Untuk memudahkan kuliah/ceramah guna kitab ni ustaz aku cadangkan surau beli rehal. Jumpa pulak supplier bumiputera rehalDHO, lepas negotiate kami dapat pulak harga subsidi/diskaun untuk jenis yang dalam gambar tu, so surau order 50 unit. Purposely taknak order banyak2 sebab takut memula kuliah je rehal tak cukup tapi lelama nanti bila tak ramai, berlebih2 pulak. Personally aku rasa okay jugak idea ni sebab kalau nak tulis tak perlulah bongkok2 sampai sakit pinggang. Lagipun bila ada rehal ni jemaah takdelaa nak duduk belakang2 atau cari dinding utuk bersandar je.
Firstday kuliah rabu lepas memang mengkagumkan. Janagan kata jemaah, Ustaz Zawawi pun impressed sebab dah lah luarbiasa ramai orang pastu semua pulak duduk depan2 dengan kitab dan rehal sorang satu. Mesti dia boleh buat bahan utk ceramah kat tempat lain pulak. yang kesian tu those yang takde kitab laa, terpaksa duduk belakang2 sambil tupang dagu.
6. Amd kena siapkan monthly report...macam biasa laa
Tetiap awal bulan pun memang aku sibuk sebab report kena siap before 7th dan alhamdulillah walaupun sibuk dapat jugak aku siapkan. Rasa macam senang je kali ni walaupun aku sibuk buat kerja surau. Bukan maksud aku nak riak bangga diri kehapa atau tapi betul, selalu buat memang banyak problem sebab orang lain tak bagi info tapi kali ni memang smooth jer. Boss pun macam tak kisah bila aku selalu hilang2 tak lekat kat tempat duduk, mungkin yang penting bagi dia kerja tu siap. Anyway aku memang selalu percaya yang kita kalau rajin buat kerja2 agama ni nescaya Allah permudahkan urusan dunia kita. Wallahualam


No comments:
Post a Comment