January 10, 2003

Blogspot aku dah gone haywire, entry kat bawah ni sepatutnya dipost kan semalam tapi tah hape kena blogspot tetiba je hang, hampehhh!.
________________________________________________________________

January 9, 2003

Engkorang mesti dah tahu pasal VSS kat company aku. Kalau ko tak tahu takpe, spyz ngan nectar tahu. Well, hari ni adalah hari terakhir untuk submit permohonan dan aku dah pun decided utk tolak, sebabnya:

1. Terlampau sudden sampai tak sempat aku nak pikir panjang dan buat perancangan. Company bagi cuma seminggu utk decide pastu the next 3 days kalau permohonan ko diterima, thats it, you're out of here. Macam segala jasa2 ko kat company tak pernah ada [alamak, apasal lak aku emo ni?]. Kalau diorang bagi masa sebulan utk pikir aku rasa mungkin sempat jugaklah pi cari kerja tempat lain pastu opt.

2. Offer tak attractive & pampasan pun tak banyak, setakat RM30K plus2 je almaklumlah kerja kat sini pun bukan lama sangat. Nak bayar hutang pun tak cukup [hutang rumah laa]. Nak tahu macam mana diorang kira?
Basic pay x year of service x 1.5 [je?] + 3 months salary + contractual bonus[pro-rate] + RM1000[gula2]
Aku dah kaji2 dalam masa setahun lebih sikit pun gaji aku dah dapat banyak tu, why take the risk? Kalau aku stay dah tentu tak payah nak pening kepala carik kerja lain, rambut pun tak makin botak. Orang yang dah kerja lama sampai dapat lebih RM100K pun ada yang tak sanggup ambik, ni kan plak aku. Korang ingat formula kat atas tu yea! Mana tahu lepas ni company korang lak buat, boleh lah ko tahu betapa kedekut nya company aku ni, tak macam telekom, bagi sampai 48x gaji.

3. Aku bukannya 'desperado', gelap mata tengok duit banyak. Kalau aku ada duit bebanyak, aku pun belum ada plan nak guna untuk apa, aku takut jadi Pak Pandir moden atau macam peneroka felda LBJ yang jadi sudden jutawan pastu jatuh papa kedana sebab terlebih joli katak.

4. Aku selesa dengan kerja yang aku buat sekarang walaupun macam insult aku punya intelligent. Bukan salah aku pun buat kerja bodoh2 sebab every year pun aku dah mintak diorang bagi aku buat kerja lain especially yang ACCA related tapi habuk pun takde. Kengkadang aku rasa macam gaji yang diorang bagi cam tak setimpal dengan kerja aku, terlampau banyak dan takkan cukup hehehe! Jangan silap, aku bukannya tak mahu take up a challenge carik kerja tempat lain, try a new things, enhance my skill blablabla. Just belum masanya. Aku perlu pass ACCA dulu pastu baru boleh buat perubahan.

5. Banyak expenses yang aku boleh jimat kalau aku stay sebab isteri aku pun kerja kat sini especially transportation cost. Pergi kerja senang, balik kerja pun senang. Pendek kata senang, panjang kata senang..senang..senang. Kalau carik kerja tempat lain, puas lak nak terkejar sana sini. By the way, kerja satu office ni pun susah jugak, ko takleh nak MENGGATAL hehehehe!

6. Kerja kat sini best! Ko boleh balik hari2 on time. Sapah pun tak larang kalau ko sign out tepat pukul 6ptg. Pernah jiran aku tanya "Ehh amd, ko ni betul ke kerja Finance dept, aku tengok pukul 7 je ko dah ada kat rumah. Tak macam finance kat company aku, selagi tak pukul 7/8 jangan harap buleh balik". Aku cuma jawab dengan senyum meleret sampat telinga. Aku tak banyak kerja? Banyakkkkk! Tapi biasa laa, kalau ko dah lama buat yg sama je mesti ko dah efficient, tahu camana nak managed kerja ko. Lagi satu, ada ke company yang tak kisah kalau ko turun minum sampai sepuluh kali sehari? Dan yang paling aku suka, kat sini aku senang pergi surau dan ada ceramah tengahari dua kali seminggu. Ada peluang nak dengar ceramah dr Ustaz2 yg berkaliber [yang tak berkaliber pun okay jugak, cuma tak berpeluang je utk dikaliberkan], makan minum sekali ngan diorang. Aku tahu kat luar sana sana memang laa ada company pun buat camtuh tapi ko buleh sure ke dapat kerja kat sana?

7. [Ini bukannya jawapan, ini aku balas dengan satu pertanyaan...Rahim Razali Amd] Ekonomi dah okay ke? Ada ke peluang pekerjaan kat luar sana? Berapa ramai fresh grad kat luar sana yang takde kerja? Berapa ramai lagi yang akan grad dan bakal bersaing dengan ko utk dapat kerja? Hmm..aku tak sanggup nak tanam anggur je kat rumah, boleh mati akal dibuatnya

8. Yang no.8 ni nanti kalau aku rajin aku tambah yea!

Okay, now aku tanya korang "Kalau ko jadi aku, sanggup ke nak take the risk?"

No comments: