June 30, 2003

+ Hari ni ada news dr HRD, new list of panel clinic. Guess what? nama panel clinic [yg aman damai sebab selalu tak ramai orang] yg selalu aku pergi tu dah kena write off..hampeh!. And now the only panel clinic yang ada kat Puchong ialah di Kinrara which is jauh sesangat dr rumah aku. Kalau nak kesitu terpaksa kena merangkak2 lalu LDP's mega traffic jam kat simpang empat bodoh tu, mau satu jam baru sampai. Aku kata, kalau emergency case nak pergi kat panel yang satu ni harus laa aku mati tengah jalan.

+ Sejak 'partner in crime' aku ambik vss bulan january lepas aku memang patah kaki utk berpeleseran ke *Utama. Tengahari tadi baru aku mencemar duli turun ke sana utk cuci mata. Jangan silap aku cuma cuci mata dengan buku2 dan majalah2 yang hauskan pembaca percuma macam aku kat MPH tu.

+ Sebelum tu aku masuk ke JJ utk survey baby bath tub utk ammar kat JJ. Sekali dalam mata aku dok terhangak2 celah rack cari baby section aku tersepak sampah yg cleaner tengah kumpul. Aku tunduk bawah pastu aku tengok pulak muka cleaner tu, dia sergah aku dengan mata bulat besar macam nak makan aku. Aku cuma angkat tangan mintak maaf pastu belah cecepat. Mesti berbakul2 sumpah dia lempar kat aku. Aku kata, kalau kau dah tahu orang [macam aku] tengah ramai buat apa kau pi kumpul sampah tu, sapu je laa terus masuk penyodok sampah. Lagipun dia kena paham yang aku ni customer...cewah! Aku report kat supervisor kau kang baru tahu. Kau ingat kau tu sapa...opsss!

+ Aku memang tak paham dengan mereka2 kat atas2 tu, dahlah ko buat aktiviti2 lara penuh kemaksiatan konsert nam jahanam pastu bangga pulak, canang satu mesia. Bila dah habis ada hati pulak nak buat majlis doa kesyukuran...mmm pelik tapi benar! Kau pernah dengar tak orang nak mengumpat baca bismillah dulu pastu bila dah habis mengumpat angkat tangan baca doa kesyukuran pada Allah swt sebab dah dapat mengumpat dengan jayanya?

+ inaz, since ko private kan komen ko kat gesbuk tu terpaksa laa aku balas kat sini. Thanks....4 boys actually, campur aku sekali harks!

June 24, 2003

Aku memang dari dulu [kecik2 lagi] minat cerita superman. Aku rasa superhero ni lah yang paling popular dan paling aku minat sekali, compare to the others. Smallville yang sekarang ni TV3 tayang pun aku jarang missed. Tapi aku baru tahu yang sebenarnya disebalik komik ni rupanya ada propaganda yahudi, macam tak percaya. Cuma kebetulan jer masa selak2 sokkabar berita minggu ahad lepas aku nampak satu artikel yg intro nya banyak sekali mentioned perkataan 'superman' ni , cuma tajuk artikel jer yang nampak seakan2 tak relevan. Aku nyaris2 tak terperasan artikel ni sebab letaknya pun agak tersorok, kat bawah sekali mukasurat dan bersambung pula kemukasurat yang lain, kurang strategik utk attract reader. Mungkin editor akhbar ni terlebih concentrate kat liputan tentang perhimpunan agung satu parti keris tak bersarung yang baru jer berakhir minggu itu sampai artikel yg informatif seperti ni terpaksa dipinggirkan.

Aku link kan kat sini artikel tu bertajuk "Di luar Lingkaran: Mencari rahsia ‘kekuatan‘ bangsa Yahudi" yang ditulis oleh En. Johan Jaaffar utk bacaan korang semua err mana tahu minggu lepas korang tak jumpa, rugi tak baca.

Personally aku rasa orang yahudi ni pun bukannya hebat sangat. Sebenarnya mereka lemah dari segi bilangan. Cuma kita jer yang tak tahu nak menentang mereka. Bayangkan kat dunia ni ada berapa billion umat Islam tapi kita tak mampu utk bersatu sebagai satu kuasa besar utk mencorak kehidupan kita sendiri. Dan yang aku pelik tu ada pula orang islam yang berkata tanpa mereka [amerika/yahudi] kita akan jadi mundur dari segi ekonomi dan juga sosial. Mungkin sebab tu kempen memboikot barangan yang berbau yahudi kurang dapat sambutan. Mmmm...kesian mereka. Kesian kita.

p/s-bila lah cerita keluangman nak jadi lagenda macam cerita superman.

June 23, 2003

+ Orang kata kalau bab mengatur perbelanjaan dapur ni orang lelaki memang takboleh lawan orang perempuan, mereka memang mahir. Aku memang tabib spring kat mrs.amd dlm bab ni, dia memang efficient. Sebab tu aku biarkan dia saja yang uruskan dapur kat rumah tu. Duit budget dapur tetiap bulan tu biasanya mesti cukup. Kalau tak cukup pun mesti dia pandai bagi cukup [guna duit sendiri harks!]. Aku cuma efficient dlm bab bawa kereta hantar dia ke pasar. Sabtu lepas masa di Senawang mrs.amd bagi aku tugas khas utk pergi Giant beli barang, almaklumlah dia tu dalam pantang. Dia bagi aku RM50 utk beli diapers ammar dengan beberapa barang lain, lebihnya dia suruh aku beli biskut dan bebenda lain utk kanak2 kat rumah tu. Ingat kan cukup aku pun shopping sakan, apa jer yang nampak mengancam aku campak masuk trolley. Ada je benda nak beli, mostly benda2 junkfood. Huh! time nak bayar kena sampai RM96...ambik kau! Kena tambah duit sendiri lagi cehh! Bila sampai rumah mrs.amd check2 dia tanya aku "Cili kering mana?". Aku cuma senyum sambil garu kepala je. Tu yang aku malas nak shopping sorang2.

CROSS-CULTURAL-CORNER

June 19, 2003

Kempen Pemanduan Berhemah

Sabar itu separuh dari iman. Pagi tadi aku telah berekperimentasi pada diri aku sendiri sejauh mana kesabaran yang aku ada. Sebelum keluar rumah tadi aku berjanji pada diri aku sendiri supaya menahan sabar semasa memandu. Kesesakan lalulintas di LDP sekarang ni memang dah makin teruk, tak kira masa lagi. U-turn depan Tesco Puchong dan bottleneck di tol Sunway tu memang antara penyebabnya. Aku bukannya baik sangat dan selalunya kereta aku lah antara yang suka potong kiri kanan, like nobody business pastu masuk pula jalan tepi, shortcut utk potong orang depan. Tapi hari ini aku jadi baik, aku drive ikut lane yang betul, tak mahu potong2. Kalau ada kereta yang cuba nak potong que pun aku biarkan walaupun tak bagi signal [termasuklah dua bijik kancil, dua2 amoi yang bawak, macam bagus himpit kereta aku seolah2 jalan tu makbapak dia punya]. Dalam hati aku kata "biarkanlah mereka, mereka tu tak paham erti kesabaran". Yang pasti hati aku tenang pagi ni, takde nak bengang2 macam selalu.

Apa yang aku boleh ulas dari eksperimen ni ialah aku sebenarnya boleh kawal kemarahan aku kalau mahu. Kalau aku boleh sabar pun aku takkan rugi apa sebab yang penting aku selamat sampai ke opis. Kalau aku boleh sabar mesti orang lain pun boleh. Oleh itu aku menyeru korang semua kalau bawak kereta kena lah sabar, kalau aku potong que depan korang, tak kira kat mana pun, jangan marah2 yea! Ingat, sabar itu separuh dari iman. Biar korang lambat takpe jangan aku yang lambat hahahaha!

June 17, 2003

Muhammad Ammar

Muhammad Ammar

Tarikh lahir : 7.6.2003 [2.10pm]
Berat : 3.2 kg

Nak tengok gambar baby Ammar lagi jom pergi kat sini

May 27, 2003

Update seminggu sekali jer?

Mmm...bukan pasal malas dan memang takde kena dengan melayu mudah lupa. For your info aku dah mula buat 'kerahan' otak study utk this coming exam. Dan kalau study aku prefer environment yg tak banyak bunyi cam tengah malam atau awal pagi, masa semua orang dah/tengah tidur. Dan study buat aku cepat letih otak a.k.a tepu sampai takde masa nak menggoreng entry dan menguap selalu...huahhhhh!

Revision class

Letih lagi meletihkan [reminds me of definisi air mutlak...bersih lagi membersihkan]. Kelas dari pagi sampai petang, Jumaat sabtu dan ahad, tiga minggu berturut2 buat aku 'flat' giler, takde masa nak berehat. Rasa macam jadi gerabak LRT yang tak berhenti2 berjalan atas landasan yang sama tujuh hari seminggu..kerja..belajar..kerja..belajar..bluehh! Tambahan pulak yang crash course, semua nak cepat dan cover pulak macam2. Kalau tak buat revision dulu sebelum datang kelas mesti terhangak2 macam orang bodoh. Utk orang yang dah lama tak masuk kelas memang kena struggle sikit, banyak dah lupa dan terpaksa compete dengan orang yang belajar fulltime. Bila lecturer tu tanya mesti diorang ni yang memula2 jawab, macam laa orang lain pun pandai macam dia...hampeh!

Satu kelas almost 100 students dan tempat duduk memang vital utk pastikan aku boleh concentrate dengan apa yang lecturer ajar. Aku ni memang jenis orang yang tak boleh duduk belakang2 sebab mata aku ni macam ketam, nanti aku akan scan semua orang yang duduk kat depan2, especially amoi2 yang kiut miut pakai seksi2 tu...harks! One thing belajar kat kolej swasta ni dia tak kisah sangat dengan dress code. Asal jangan telanjang sudah, pusat tersembul tu kira biasa laa. Kadang2 serbasalah dibuatnya, kalau terpandang salah dan tak pandang pun salah sebab memang terpandang punyalah.

Utk dapat duduk kat depan2 tu terpaksa laa aku datang awal2. Walaupun kelas mula pukul 10pagi tapi aku pukul 8.45 je dah sampai, itupun dah separuh penuh. Nasib baik dapat duorang member 'melayu' yang sekepala dengan aku. Sapa datang paling awal akan reserve tempat orang yang dtg lewat. Masa memula kelas dulu staff security kolej ni punya laa garang giler pasal tak nak orang tak register pun masuk. Nak book tempat utk member2 pun tak kasi. Keluar masuk sekejap pun nak kena tunjuk resit enrolment. Bila towards the end dah mula relaks sikit, mungkin dah boleh cam muka2 yang datang belajar. Anyway yang penting kelas dah habis, laa ni kena start buat revision on revision an kena tukar gear laju sikit utk speed up preparation, tak boleh main2 lagi dah. Mesti kena lulus kali ni..serius!

LRT

Untuk mengelak dari jam dan untuk sampai lebih cepat [apart from aku malas nak pening kepala dan tak mahu sakit kaki] aku pilih naik keretapi karan ni everytime pergi kelas. Parked kat LRT station Kelana Jaya pastu travel for about half an hour sampai masjid jamek, seronok! Terasa macam living in the fast track, really! Dan yang bestnya terkenang pulak kenangan naik tube hari2 masa kat duduk kota London dulu, refreshed back all the memories...chewah! Dulu aku selalu menipu bila naik tube...pengakuan ikhlas dan sumpah tak buat lagi hehehe! Rumah aku kat East Ham tu zone 3 dan EW College pulak kat Caledonian Road tu located in Zone 2. Walau pun zone 2 ngan 3 tu bunyi cam sebelah2 jer tapi kalau nak kesitu kena naik central line lalu zone 1 dulu. Aku punya pandai, beli travelcard utk zone 2 & 3 pastu masuk zone 1 dengan 'percuma' huahahaha *evil grins*. Kalau nampak ticket inspector datang aku cecepat turun train pastu catch the next yg takde inspector, advanterous giler. Kalau kena tangkap memang tak berbaloi sungguh, mau malu satu malaya. Ni semua kengkawan lah ajar..ampeh! Anyway pikir2 balik sebenarnya malu jugak laa pi buat benda2 bodoh tu.

Nak cerita masa naik tube tu laa aku dapat tengok betapa buruk nya perangai mat saleh2 tu semua. Kena pulak jenis yang suka 'tonggang', bau dia jer dah pening kepala. Masa kerja kedai kak Kas lagi haru, Kedai tutup pukul 10 malam, cuci2 & kemas2 dah dekat pukul 11malam. Naik tube jer penuh dengan mat salleh mabuk yang cakap merapu2. Bila tengok orang asia mula lah diorang ni pandang lain macam. Sebab tu aku kalau naik tube mesti bawak benda nak baca, salah satu sebab kenapa aku terjebak baca Novel2 John Grisham.

Enough cerita pasal tube, aku nak cerita pasal LRT pulak. Tak kurang jugak ragam2 manusia yang naik kenderaan banyak roda yang boleh tercabut dengan sendiri ni, amazing! Aku nak gelak bila tengok dua budak lelaki India nak mengurat dua budak perempuan India yang keletah semacam, bagai minta diurat. Macam dalam filem bollywood. Yang tak paham apa itu reserve seats utk orang kurang upaya pun ramai jugak. Yang pukul anak tengah orang ramai pun ada. Yang lagi seronok tu, bila ada awek2 cun jeling2 kat aku...cair laa sekejap ahaks! Ehmm...mata je tengok yang lain, hati masih kat mrs. amd jugak...hehe!

Pesta Buku

Last kelas hari ahad hari tu aku lari kejap pergi pesta buku kat PWTC tu. Okay jugak laa. Aku beli poster ABC untuk asyraf, 4 buku kindergarten utk haziq dan satu dictionary McMillan utk diri sendiri [RM36 engkau..tobal ya amat!]...utk mrs.amd tak ada, kesian dia. Ada la sorang kakak promoter utk product disney ni approach aku suruh aku beli pakej yang mahal tu. Dia serbasalah nak panggil aku ni adik ke abang so dia tanya laa berapa umur aku. Aku suruh dia teka. Dia kata "Err..mesti 22 atau 24, betul kan?". No comment...oxygen please!

Melampau

Memandangkan syati suka yang panas lagi melampau aku selit jugak satu isu kat sini. Bukan nak cerita pasal artis atau pramugara yang terlampau tu tapi pasal satu programme kat TV pulak. Korang dah tengok programme Jam@McD kat TV* tu? Melampau lagi memalukan sungguh. Setakat hari ni aku dah baca 8 komplen keluar kat suratkhabar pasal program ni. Yang aku rasa paling tak sesuai bila dua orang minah pakai tudung terkinja2 kat bawah stage tu, melampau betul. Mungkin mak bapak dia tepuk tangan bila kelaku anak dia satu melaya boleh tengok kat TV. Tu laa masalahnya bila keuntungan lebih utama dari sosial resposibilities, yang buruk pun nampak cantik. Aku cuma takut dengan perbuatan melampau2 dalam masyarakat kita hari ni Allah turunkan satu bala yang kena bukan saja diorang tapi semua sekali termasuk kita yang tak suka tapi tak buat apa2...nauzubillah!

Whats next?

First, besok aku akan start cuti utk exam preparation. Exam day will be on 9th, 10th & 11th June. On the 12th baru aku balik. Lama? actually tu pun tak cukup. Last2 minit camni lagi gelabah sebab banyak nakcover. Mungkin aku tak on-line langsung sampai habis exam. Wish me luck!

Second, Mrs amd is expected to deliver baby sometime next week. Aku akan jadi bapak buat kali ketiga...tak sabarnya! Doctor kata the expected date is either on the 3rd or 7th of June. Harap2 jangan lah dia extend sampai clash ngan exam days itself pulak sudah laa, mau kelangkabut aku dibuatnya nanti. Dan harap2 everything turns out fine, tak ada apa2 masalah. Tengah fikir lagi apa nama yang sesuai nak bagi. Masuk labour room? Insyaallah dulu boleh bertahan, kali ni mesti boleh jugak. Hey, wish me luck again laa...will you!

Third and final, sebenarnya pc aku ada masalah lagi dua hari ni, mungkin ken mengena dengan internet connection. Cuma boleh bukak danchan dengan blogger/blogspot jer, itu pun certain blog jer yang aku boleh bukak including mine, luckily. Dan kalau ada komen dari korang sememang aku tak boleh nak baca, sorry tak boleh nak reply! Mungkin bila balik cuti exam nanti diorang bagi aku pc baru....aminnnn!

Chow!


May 20, 2003

Kat bawah ni aku petik dari kolumn Komentar Hujung Minggu dlm suratkhabar berita minggu ahad lepas, tajuk artikel ni ialah "Beza pemikiran negara maju dengan dunia ketiga"

Mengikut seorang ahli pendidikan, banyak tandas sekolah yang baru sekarang tidak lagi mempunyai tempat “kencing berdiri” untuk budak lelaki yang lazimnya ada di tandas awam dan tandas sekolah.

Di sebuah sekolah di Selangor baru-baru ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu telah mencadangkan untuk dibina tempat “kencing berdiri” di dalam tandas bagi budak lelaki kerana tanpa tandas jenis ‘kencing berdiri’ itu ramai murid lelaki mengotorkan tandas yang sedia ada. Tetapi cadangan ini telah dibatalkan oleh seorang yang bergelar ustaz yang berkata bahawa tandas jenis “kencing berdiri” itu melanggar kehendak agama.

Kesudahannya, sekolah itu masih mengalami masalah tandas kotor. Pemikiran seperti ini juga termasuk dalam pemikiran Dunia Ketiga kerana tandas moden sekarang mempunyai reka bentuk, bekas khas dan pancutan air yang bersih dan selesa untuk penggunanya.

Yang lebih merunsingkan kita ialah bahawa pemikiran seluruh ahli PIBG itu, termasuk golongan profesional dan pegawai tinggi, boleh dipesongkan oleh seorang yang hanya di gelar ustaz. Ini menjadi satu lagi contoh pemikiran Dunia Ketiga di mana seseorang itu di beri penghormatan luar biasa atas sebab agama


Aku kata, ni lah susahnya bila orang tak paham agama cuba nak inteprate agama guna logik akal. Any comment?

tambahan...21.5.2003

Aku rasa mungkin sipenulis tu TERLUPA yang duduk ketika kencing itu sebenarnya sunnah nabi. Aku kata sunnah nabi berdasarkan petikan dari kitab Fiqh Dan Perundangan Islam jilid 1, mukasurat 184 kat bawah ni :

Menurut Aishah "Sesiapa yang menceritakan kepada kamu rasulullah saw kencing sambil berdiri maka janganlah kamu percayanya. Sebenarnya baginda tidak pernah kencing kecuali duduk".

Diriwayatkan daripada sekumpulan para sahabat 'umar, Ali dan lain2 tentang hukum rukhsah terkencing sambil berdiri. Sunat juga seseorang itu kencing ditempat yang tanahnya lembut agar percikan air kencing tidak mengenai badannya. Diriwayatkan Abu Musa oleh Ahmad dan Abu Daud "Apabila seseorang itu kencing hendaklah ia berlindung (menjaga) dari air kencingnya"


Aku sebenarnya tak tahu apa tujuan sipenulis tu gembar gemburkan isu "kencing berdiri". Yang pasti beliau memang cuba nak mengaitkan agama dengan kemunduran dan pendapat ahli2 agama sudah tidak relevan bila ianya bertentangan dengan arus modenisasi. Aku cuma takut dalam seronok dia mengutuk ustaz tu dia tak sedar apa yang dikutuknya itu adalah sunnah nabi. Ingat lagi tak tentang sorang hamba ALLAHyang buat statement tentang janggut nabi, mungkin dia ni pun sekapal. Ataupun mungkin juga dia terlupa yang kita baru je lepas sambut maulidur rasul agaknya. Itulah masalahnya kita hari ni, nama je ummat nabi Muhammad saw tapi keperibadian dan sunnah dia pun kita tak tahu..sighhh!

Bercakap tentang Maulidur rasul baru2 ni, aku tabik spring kat NTV7 hari tu sebab berani siarkan programme soaljawab tentang maulidur Rasul bersama panel tak asing lagi dan cukup kontroversial Prof. Harun Din dan Ust. Ridzuan Tee. Buat aku terpaku depan TV dekat satu jam, rugi tak record coz rasa macam tak puas tengok. Cuma yang tak best tu, dalam stesen TV lain [termasuk TV3 yea..*wink*wink*] sebok cover pasal sambutan ni ada ke pagi tu diorang pi siar dulu MTV Asia Award..macam tak respek je. Apa lah salahnya kalau diorang siarkan waktu malam. [puji2 dulu baru kutuk...hahahha!]

Tentang tandas kotor aku rasa takde kena mengena dengan kencing duduk atau berdiri....lagi sekali. ada komen?

p/s - amd tengah pikir macammana agaknya design mangkuk tandas yang sesuai utk orang Islam kecing duduk dan tak mengotorkan.

May 12, 2003

Perghh...3hari lepas memang betul2 meletihkan. Bukan letih badan tapi letih otak. Mungkin sebab dah lama tak masuk kelas ni aku rasa letih dia lain macam, otak aku cepat tepu. Ataupun aku yang dah makin tua...nahhh. Aku tak rasa aku yang paling tua sebab ada orang lain yang lagi tua, lagipun aku kan awet muda...hahaha!

May 08, 2003

6 Perkara2 yang mem'busy'kan amd sepanjang dua minggu ni:

1. Amd balik Seremban
ehmm....ehmm..versi negori lak yo! Hari Buruh den sambut kek Somban yo, pagi2 lopeh jogging den dah kayuh keto pasa nak elak jalan jem. Cam biaso laa awal bulan banyak barang ghumah yang dah abih, malam tu poi laa singgah Giant Senawang [tompek cik kieli bertondang..hahaha!] kojap boli apo2 yang patut dan yang tak patut. Humang aih..oghang punyo laa ghamai tah mano datang gak eh, ntah2 warih2 cik kieli pun ado. Sampai nak bayar pun kono beratur panjang...ampeh boto.

Esok eh tu hari jemaat den basuh keto sambil berborak ngan wan [nenek] mrs.amd. Dio tu suko bercerito dan memandangkan den ni peramah suko layan, tu sobab dio suko hiks! Sambil den basuh tu dio pun bukak cerito pasa arwah atuk mrs.amd dulu pun rajin jago keto, pantang laa berhabuk sikit mesti di basuh eh. Kato eh layi, lopeh yo sembahyang suboh mosti arwah eh belek keto. Pastu dengan selambo eh wan tu kato "keto punyo lah jago, mandikan dio mengalah mandi anak sendiri"....uikss! wan ni perli den ko? Sompek yo dio tu mengonokan den..cehh!

Potang lopeh semayang jemaat den dari Senawang toruih turun KL.

2. Amd daftar kelas revision
Sebenarnya bulan March lepas aku dah register nak ambik ACCA exam lagi sekali bulan June ni dan kali ni aku rasa memang nak kena masuk kelas revision jugak sebab belajar pakai buku je memang tak jalan, buktinya memang nyata sebab dah berapa kali ambik pun fail jugak. So petang jumaat lepas aku ambik cuti nak pergi register utk revision class utk the last 3 subjects tu kat satu kolej swasta tepi Lebuh Ampang. Alhamdulillah nasib baik boleh register lagi sebab the class akan start 9 May ni which is BESOK...arghhh!

Kelas kali ni semuanya hari Jumaat Sabtu & Ahad, tiga minggu berturut2. So aku terpaksa ambil cuti tiap hari Jumaat. Kelas mula dari pukul 9 pagi sampai 5 petang, untuk student tua orang yang dah lama tak masuk kelas cam aku ni mesti letih giler. Itu masalah kecik sebenarnya, yang memeningkan kepala aku tu ialah nak pergi kelas tak tahu camana lagi. Kalau boleh malas nak drive masuk KL, sesak lagi menyesakkan. So aku ingat nak parking kat stesen LRT Kelana Jaya pastu naik train jer sampai stesen masjid India.

3. Tolong kakak amd yg nak pindah ke kota Kinabalu, Sabah
Orang yang pindah aku lak yang sibuk..haks! Abang ipar aku kerja dengan agensi pelancongan semi kerajaan kat Malaysia ni dan memandangkan jawatan dia tu 'panas' so selalu la kena transfer sini sana. Paling last dia kena posting ialah kat Sweden, empat tahun. Baru je balik M'sia 3 tahun dah nak kena pergi Sabah pulak, mungkin empat tahun jugak lagi. Masalahnya pertukaran tu terlampau sudden dan dia tu sibuk sangat sampai terpaksa pergi Sabah dulu. Kesian kat kakak aku laa terpaksa nak uruskan macam2 including tiga orang anak buah amd yang semuanya laki2 tu. Ada kereta pulak dah kena masuk kontena so lagi laa susah nak kemana2. Sebenarnya aku pun bukan tolong apa benda pun, angkat barang sikit2 jer. Kakak aku tu bila abang ipar aku takde mula lah kelangkabut. Hmm...lepas ni tentu senang kalau nak pergi sabah coz hotel dah ada yay!

4. Amd kena hantar atuk, incik dan ibu dia balik melaka
Tengahari sabtu lepas kakak aku berlepas ke Sabah dan turut sama masa hantar ke KLIA tu ialah atuk, incik dan ibu yang baru je sampai dari Kelantan [rumah pak ngah aku yang baru jer melangsungkan perkahwinan sepupu perempuan aku, nasib baik jauh so ada excuse tak pergi hehehe!]. Lepas tu diorang nak balik Melaka pulak so mintak tolong aku tolong hantar. Padat jugaklah kereta aku sampai kanak2 tu terpaksa tidur atas pangku jer [selalunya diorang 'bergelimpangan' jer dua orang kat seat belakang].

Ingatkan nak jimat tol boleh ikut jalan shortcut dr KLIA tu terus keluar Seremban 2 tapi tersesat pulak, terpaksa keluar kat Nilai lalu jalan lama. Pastu cari2 plaza tol rupanya dah tukar tempat lain pulak, lagi jauh dan berpusing2 dibuatnya...hampeh! Selalunya macam tu lah, bila nak cepat atau cuba nak jimat duit mesti ended up lagi worst dari cara biasa. Sampai je Alor Gajah dah petang. Nak tengok cerita CSI yang rerun pun terlepas...uhuk!

Pagi Ahad ingatkan nak mesin rumput depan rumah tapi mesin pulak buat hal, takleh start. Memandangkan aku rajin, aku basuh mini kolam ikan atuk dengan akuarium ikan flowerhorn dia dan basuh kereta lagi hahaha! Petang balik Puchong.

5. Amd kena jadi salesman jual buku
Aku dah kerja kat opis ni hampir 8 tahun dan antara yang buat aku seronok kerja kat sini ialah aktiviti keagamaan kat surau especially ceramah. Dulu seminggu sekali je tapi sekarang ni dah tambah dua kali pulak. Walaupun dah dua kali VSS tapi alhamdulillah jemaah surau tak pernah kurang dan aku rasa lately ni silaturrahim antara jemaah pun makin erat. Untuk memakmurkan lagi surau, ustaz aku nak adakan pula kelas mengaji kitab aka kuliah supaya ilmu yang disampaikan tu lebih masuk ke otak dari dengar jer pastu balik rumah lupa. Antara kitab yang akan diajar dan penceramah tetapnya ialah:

a. Tarbiyatul Aula [Pendidikan Anak2] oleh Ustaz Zawawi Yusoh
b. Matan Arbain [hadis 40] oleh Ustaz Abdul Halim Din
c. Matlaul Badrin [Fekah] oleh Ustaz Muhyuddin Abdul Aziz
d. Tasawwuf {Penawar Hati] oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Ghani
e. Permasalahan Akidah & Tauhid oleh Ustaz Ishak Din

Memandangkan ada lima kitab yang perlu dibeli oleh jemaah maka surau dengan berbesar hati beri subsidi 50% dari harga asal, cuma kena bayar RM40.50. Dan memandangkan aku ni ajk cabuk surau tukang jaga duit maka terpaksa laa aku tak menang tangan mengira duit dan buku [sampai tak sempat nak update blog hehehe!]. Memula minggu lepas kami order 40 set je takut kurang sambutan tapi sebaliknya laris macam pisang panas, yang datang beli pulak macam serbu ramai2 lagaknya. Second time tambah lagi 30 set Isnin lepas pun habis jugak. Ramai yang komplen tak dapat benda murah so the third time kami tambah lagi 25 set, itu pun habis jugak. Altogether 95 set yang diorder habis licin, alhamdulillah. Penat jugak laa aku melayan orang yang asik tanya ada lagi ke tak. Yang aku rasa sedikit terkilan tu bila ada yang beli tu terang2 kata yang kitab tu dia nak kumpul buat perpustakaan kat rumah, bukan untuk datang kuliah. Yang buat aku pening kepala tu bila ada yang beli sikit2, nakkan kitab yang best2 jer pastu yang lebih taknak beli. Imagine jadi satu kerja pulak nak carikan orang yang nak beli yang tak laku tu. Ustaz aku sampai tepuk dahi laa kejap nak layan orang2 macam ni. Anyway utk yang tak dapat tu harap2 jangan ada pulak yang merajuk sampai tak mahu jejak ke surau lagi pasal tak dapat beli benda subsidi sudah laa. Kalau beli yang kat kedai harga asal pun apa salahnya, bayar mahal dan guna duit sendiri tentu lebih berkat. Dan untuk orang yang dah beli tu pulak harap2 lepas ni rajin2 laa datang kuliah, jangan beli untuk buat perhiasan kat rumah jer.

Rehal DHO

Untuk memudahkan kuliah/ceramah guna kitab ni ustaz aku cadangkan surau beli rehal. Jumpa pulak supplier bumiputera rehalDHO, lepas negotiate kami dapat pulak harga subsidi/diskaun untuk jenis yang dalam gambar tu, so surau order 50 unit. Purposely taknak order banyak2 sebab takut memula kuliah je rehal tak cukup tapi lelama nanti bila tak ramai, berlebih2 pulak. Personally aku rasa okay jugak idea ni sebab kalau nak tulis tak perlulah bongkok2 sampai sakit pinggang. Lagipun bila ada rehal ni jemaah takdelaa nak duduk belakang2 atau cari dinding utuk bersandar je.

Firstday kuliah rabu lepas memang mengkagumkan. Janagan kata jemaah, Ustaz Zawawi pun impressed sebab dah lah luarbiasa ramai orang pastu semua pulak duduk depan2 dengan kitab dan rehal sorang satu. Mesti dia boleh buat bahan utk ceramah kat tempat lain pulak. yang kesian tu those yang takde kitab laa, terpaksa duduk belakang2 sambil tupang dagu.

6. Amd kena siapkan monthly report...macam biasa laa
Tetiap awal bulan pun memang aku sibuk sebab report kena siap before 7th dan alhamdulillah walaupun sibuk dapat jugak aku siapkan. Rasa macam senang je kali ni walaupun aku sibuk buat kerja surau. Bukan maksud aku nak riak bangga diri kehapa atau tapi betul, selalu buat memang banyak problem sebab orang lain tak bagi info tapi kali ni memang smooth jer. Boss pun macam tak kisah bila aku selalu hilang2 tak lekat kat tempat duduk, mungkin yang penting bagi dia kerja tu siap. Anyway aku memang selalu percaya yang kita kalau rajin buat kerja2 agama ni nescaya Allah permudahkan urusan dunia kita. Wallahualam

May 06, 2003

Seminggu dua ini saya memang takde masa untuk update sebab saya superduper giler babi busy, itu saja yang boleh saya kata untuk anda semua. Nanti saya akan nyatakan benda2 yang telah mem'busy'kan saya...err bila saya dah tak busy atau boleh ingat lagi laa...hahaha!

April 28, 2003

AIM dari perspektif amd[edited version]

Aku memang tepu bila tengok persembahan kumpulan Metalasia tuh, muka dia 'keras' macam batu hahaha! Amy Mastura, she's so sweet..auuww! Nyaris2 aku nak terjatuh cinta lagi. Seha! Alamak dia tak perasan ke bra dia orang suma boleh nampak, nasib baik mata aku tak terjojol keluar [tak terjojol pun dua tiga kali jugak mata aku zoom-in/zoom out, kelip2 pun tidak]. Ella! yup, memang macam paddle pop cuma perangai ngengada dia je yg buat orang tak jadi nak meliur. ishhkk...aku ni mengumpat ke?

tOKSIK kata kumpulan nasyid nowseehart tu naik pentas salam Erra Fazira masa ambik award, mmm...tak sempat tengok so no comment! Aku rasa kumpulan nasyid sekarang ni dah terlalu banyak 'warna' aka glamour dan syok sendiri. Harap2 jangan lah diorang ni sampai peralat agama untuk survivality karier diorang sudahlah. Niat tu kena ikhlas beb! Ironinya, benda yg baik mana boleh nak selit2 dengan yang mungkar nanti jadi macam susu sebelanga yang kau titik dengan nila.

Overall, aku rasa programme ni terlampau panjang dan yang memanjangkan laginya tak lain tak bukan ucapan si Ali Bakar tu sampai sempat laa aku keluar masuk toilet dua kali nak tunggu dia habis cakap. NTV7! Sebagai host broadcaster AIM buat kali ke-3 patutnya diorang dah 'terer' organise event ni tapi still kelangkabut jugak [nasib baik aku tak keja kat situ hehehe]. Yg buat aku stay tuned sampai habis which is dekat pukul 12.30mlm ialah kelakar bangang afdlin/bob tu....macam badut sarkas kehkehkeh!

April 25, 2003

Sedutan perbualan antara amd dan mrs nya dipagi Jumaat

mrs.amd : Abang, nanti kalau kita dah bersalin nanti tentu takde orang nak masak untuk awak. Kena lah awak masak sendiri. padan muka awak
amd : betul jugak tu. macam mana eh? Sapa nak masak untuk kita.
mrs.amd : Itulah, kita selalu suruh awak masak tapi awak taknak, dulu kan awak boleh masak?
amd : aisey...dulu masa kat UK dulu memang laa abang boleh masak tapi laa ni mana ingat lagi
mrs.amd : Hah! Nak taknak terpaksa lah awak jadi tukang masak jugak
amd : Hmm..camni lah yang, kalau 'tukang masak' yg ada ni takleh masak maknanya terpaksa lah abang tambah lagi 'tukang masak' lagi satu
mrs.amd : hah..ngengada, berani awak!
amd : hehehe!

p/s - sekali sekala kena test jugak, mana tahu tetiba je dapat lampu hijau...hiks!

April 22, 2003

Lama tak update? Aku bukannya malas, cuma tak rajin je!

Ada orang tu kata aku 'datang period' hahaha! Sebab aku moody. Sebab aku tak tegur dia. Sebab bila dia cakap aku buat2 macam dengar tak dengar...padan muka kau! Nak cerita ke? Tak payah laa....

Problem!
Kereta aku problem minggu ni, tetiba je tengah drive takde pickup ehmm terasa macam bawak lori pulak. Bila dah check rupanya minyak clutch habis kering kontang. Tanya pomen dia kata ada bocor kat bawah engine. Tukar clutch pump habis RM100. Still tak solve the problem. Check2 tayar plak, satu tayar kurang angin. Pergi kedai tayar pomen tu kata kat lubang yang pernah bocor tapi dah tampal tu keluar angin so tayar tu dah takleh pakai lagi. Ingatkan nak ganti je dengan tayar secondhand tapi bila survey2 takde yg cantik2, mahal pun boleh tahan jugak. Atlast satu apek kedai tayar berjaya 'racun' aku utk beli 2 tayar baru, kena 2 bijik sebab kalau nak tukar baru tak boleh sebelah je, kang tak pasal2 jalan senget je keta aku tu. Dua bijik dia bagi aku RM250, kira okay laa. Bila buat tayar alignment dengan balancing dan chamber dah lari . Nak bagus kena pakai yang adjustable chamber baru takde masalah. Untuk tu je kena tambah lagi RM150 pulak....adoi! Handling dah okay but still takde pickup. Member rekomen suruh buat engine tuning pulak. Kena lagi RM45. Hmm...dah buat tu baru laa okay balik. Kalau dah berhabis RM545 pun tak okay jugak aku bakar keta tu jer hehehe!

Camnilah susahnya nak pakai kereta. Time okay sedaplah kau lenjan tapi bila dah problem macam teori domino pulak, lepas satu satu...siap kan duit je lah! Ke ada rezeki aku yang tak berkat? Kena buat muhasabah diri ni.

Artikel menarik minggu ini [pada pendapat aku laa] :

Percanggahan pendapat bukan bermakna tidak boleh bersatu
Wawancara Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Tan Sri Abdullah Ahmad bersama Pemangku Presiden Pas, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG di Pejabat Menteri Besar Terengganu, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kelakar menarik minggu ini

JERUK PELAM
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila loceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat maka beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah, ada yang bagi hadiah selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar lain dari yang lain, beriben merah cantik bungkusannya. Dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya. Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi. Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu. Ms.Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya merasa. "Hummm...masam, Cikgu dah tau dah, kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak? cikgu suka jeruk pelam tau".

Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING


April 16, 2003

Bila tengok kegiatan rompak samun yang tak terkawal kat Iraq sana tu, rasa macam kelakar pun ada rasa marah pun ada.

Kelakar sebab aku teringat filem Ali Baba Bujang Lapuk, sebijik macam stail 40 orang penyamun dlm filem tu. Tak pun dalam cerita Tiga Abdul, masa harta pak mertua Abdul Wahub kena wakaf. Jangan kata barang berharga, apa saja barang yg boleh angkut semua diorang sapu termasuklah tayar, kepala paip, kipas blablabla. Pendek kata habis licin lah harta milik kerajaan dan juga yang kepunyaan Saddam serta konco konconya dikerjakan. Menyerlah betul bakat2 mereka. Agaknya P.Ramlee dari dulu lagi dah dapat baca bakat terpendam pak2 Arab kat kota Baghdad tu. Mungkin dia juga berbakat seperti Nostradamus.

Yang buat aku marah pulak sebeb yang dok buat kerja2 gila ni orang Islam sendiri, sungguh memalukan. Dah laa orang barat sana fitnah Islam dengan terrorism serta barbaric, bila dah berlaku macam ni lagi lah buruk imej agama kita. Aku rasa orang2 macam ni semua patutnya ditembak aje, baru padan muka.

Yang buat aku lagi marah, diorang ni seronok merompak benda2 yang kecik2 tak seberapa tu sampai tak sedar lanun2 besar [tentera penceroboh] dok senyum lebar jer sambil main "kau ambik satu telaga tu, aku ambik satu telaga". Aku bet bila diorang dah secure utk exploit kekayaan kat bumi Iraq tu nanti, jangan harap lah diorang nak bantu bangunkan balik infrastruktur kat Iraq tu. Kalau ada pun cuma mana yang akan menguntungkan dasar kapitalis diorang jer. Dorang lagi suka kalau umat Islam mundur. Nanti saja lah.

Bila dah kelangkabut macam sekarang ni, teringat pulak favourite line watak bin sarjan lakonan Ibrahim Pendek tu, "mari kita lihat sapa yang menang".

*****************************************************************************

Ada orang email kat aku cerita hantu [read at your own risk]:

Jenis jenis hantu

1. Hantu Raya
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai2 raya.

2. Hantu Langsuir
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung
Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak. Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu, dia pun mengilai semahu2nya.

7. Hantu Pocong
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu.Dia ni suka sangat menipu, senang cerita kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!


p/s- yang last tu terpaksa dipotong sebab insult orang2 puchong, hampehh! Aku selaku wakil orang puchong ingin menafikan sekeras kerasnya kebenaran cerita ni...eheh!

April 10, 2003

Sejarah yang berulang.....

Baca lah artikel menarik yang aku link kan kat bawah ni

Beirut 1982, Baghdad 2003

Menarik kan? Pendapat aku, those penduduk Iraq yang sekarang ni dok seronok pi sambut amerika dan sekutunya kat Iraq tu pasti akan menyesal. Mereka belum sedar yang harta negara mereka yang ada kat perut bumi tu akan dirompak. Mungkin nanti bila mereka sedar yang bumi Iraq tu dah bukan milik mereka seperti yang berlaku di Palestin sana baru mereka mahu angkat senjata utk menentang. Dan pada pemerintah negara Islam yang lain yang terus menerus membisukan diri bila negara jirannya diserang, kalau terus menerus dengan sikap macam tu, tunggu lah nasib kalian pula!

Sebenarnya kita umat Islam memang selalu lupa pada sejarah walhal musuh2 Islam sentiasa mengingatinya dan mengulanginya. Tak mustahil laa cara mereka perangi kita pun guna taktik yang sama. Perang Salib bagi mereka memang tak pernah berakhir. Dan mereka2 ni memang bersungguh2 dalam usaha2 mereka untuk hancurkan kita. Permusuhan dan kebencian antara mereka dan kita memang takkan pernah berakhir cuma kita je yang dah makin lupa. Sila lah baca Surah Al Kafirun kalau kau tak percaya. Mereka seringkali fitnah kita secara terang terangan tapi kita terus menerus menganggap mereka tu semua kawan2 kita. Memang betul Islam itu agama perdamaian tapi jangan lupa kewajipan kita membela saudara seislam kita yang lain yang teraniaya.

Oleh itu kawan2ku, sedarlah!! Jangan lah kita lalai dan leka. Marilah kita kembali semula kepada Islam yang sebenar. Kita kuatkan diri kita dulu dengan iman dan takwa. Lepas itu kita tegakkan kembali sistem Khalifah yang suatu masa dulu berjaya menyatupadukan seluruh umat Islam. Bersiap sedia lah kita untuk hadapi 'Perang Salib' era kini.

Tapi kalau kau rasa aku cuma cakap2 kosong, teruskan laa sokong mereka tu. Kutuk laa aku sambil kau minum coca cola atau pepsi dan makan2 di Mcd atau KFC atau Pizza Hut etc, aku tak kisah pun.

p/s-kau ingat lagi tak peristiwa pembunuhan cucu rasulullah saw, saidina Hussin oleh pemerintah Yazid B. Muawiyah di Karbala angkara pembelotan orang2 Kufah, so typical of them. Cam aku kata tadi "sejarah memang selalu berulang".

April 09, 2003

Aku memang jarang beli paper melayu except hari ahad, selalunya Berita Minggu yg jadi pilihan. Sebab aku rasa cuma edisi hari ahad ni je yang paling tak banyak sangat fitnah sensasi dan paling banyak artikel2 yang menarik. Antara kolumn yang aku suka baca ialah rencana yang ditulis oleh M.Noor Azam, sebab ada masanya memang agak kontroversial. Artikel dia minggu lepas bertajuk "Peristiwa yang sangat menghina dan memalukan" berkisar tentang Perang di Iraq, dasar Amerika dan sekutunya serta diselitkan juga cerita2 memuji PM [yg ni aku tak percaya hahaha!]. Berikut aku petik 2 dari 4 pengajaran yang beliau utarakan yang aku rasa amat harus kita renung bersama :

Pengajaran nombor dua:

RAJA-RAJA Arab sebenarnya tidak pernah mempertahankan Islam, tetapi selamanya berusaha mengekalkan kekuasaan dinasti masing-masing. Kehidupan royal-royalan dan mewah-mewahan yang luar biasa.

Raja-raja Arab takut, kalau-kalau generasi muda yang terpelajar dan terdedah kepada dunia luar, bangun menuntut pemerintahan demokrasi atau memberontak menjatuhkan dinasti-kabilah mereka. Saddam Hussein pun hendak mempertahankan dinastinya juga. Tetapi bezanya dalam kabinet Iraq terdapat juga keluarganya. Dan ia tidak sampai melutut kepada AS. Kalau ia mengikut kehendak AS pasti ia tidak akan dimusuhi, walau pun ia seorang diktator.

Negara Arab tidak menyokong sangat Arafat, kerana takut semangat revolusi kemerdekaan Palestin merebak ke negara mereka. Sebab itu Arafat dan rakyat Palestin terus menderita, dibuat sesuka hati oleh Israel. Dan semasa Shah Iran jatuh, mereka juga takut kepada kebangkitan Khomeini. Saddam pun pada waktu itu menyerang Iran. Raja-raja Arab suka. Dan AS membantu dengan segala macam senjata.

Malangnya, selepas perang Iraq-Iran, Saddam tidak tunduk kepada AS. Malah cuba menawan Kuwait dan melepaskan roket ke Israel dan mengancam Saudi - semuanya boneka AS dan Britain.

Bush dan sekutunya berpendapat " an absolute dictator like Saddam Hussein must not acquire the means to destroy hundreds of thousands of lives". AS dan Britain juga percaya Saddam mempunyai cita-cita untuk menjadi "central figure of Arab World". (AS dan Britain boleh miliki senjata apa saja dan menyerang serta membunuh di mana saja!)

Yang sebenarnya, yang hendak terus berkuasa di dunia Arab ialah AS dan Britain. Semenjak hancurnya British Empire, Britain dan AS sentiasa berusaha melakukan apa saja untuk membolehkan mereka menguasai dunia, terutama Benua Afrika, Asia Barat dan Asia, untuk mewujudkan ‘empayar bentuk baru’.

Maka tokoh seperti Saddam mestilah dihapuskan. Malah orang seperti Arafat pun, jika tidak dapat dibonekakan, mestilah dihapuskan. Dan raja-raja Arab pun tidak suka wujud mana-mana tokoh pemimpin Arab yang boleh mengancam kedudukan dinasti mereka. Dan mereka sentiasa memerlukan bantuan AS.

Pengajaran nombor tiga:

BENARLAH bahawa AS bukanlah sebenarnya memusuhi dan menyerang Islam. Kerana mereka tahu, tanpa diserang pun negara dan kuasa politik Islam memang lemah dan boleh diperalat. Agama Islam yang sepatutnya jadi tali ikatan persaudaraan dan perpaduan ummah, telah terputus-putus, malah bertukar menjadi faktor pemecah. Maka AS tidak bimbang dan takut kepada Islam, tetapi takut kepada orang seperti Saddam, Osama dan Arafat.

Mereka juga takut kepada anak-anak muda Arab yang pintar dan berani seperti penyerang-penyerang WTC dan Pentagon. Raja-raja Arab pun takut kepada anak-anak muda seperti ini.

Selama ini tentera AS dan Britain berlagak menjadi pahlawan di negara orang. Di Eropah, di Afrika dan di Asia. Mereka membunuh tentera asing dan rakyat asing di negara yang menjadi medan perang mereka.

Maka marah dan malu amat sangatlah apabila beberapa anak muda Arab-Islam berjaya menyerang AS. Dan serangan itu dibuat dari dalam negara mereka sendiri. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka, bahawa AS diserang dari dalam. Lalu dalam keadaan bingung-marah-sedih-terkejut-malu, mereka pun mencipta musuh baru: "pengganas Islam".

Sekali gus, mengambil kesempatan menebus malu kerana kekalahan mereka melawan Taliban dan Russia, Afghanistan ditawan dan dihancurkan. Alasannya hendak membunuh Osama kerana "Afghanistan under Taliban turned into the base from which al-Qaeda plotted its attack on the twin towers."

Sekarang, hantu "pengganas Islam" telah beransur hilang dan mereka barulah betul-betul tertumpu kepada matlamat yang sebenarnya: Iraq, Iran dan Korea Utara yang dianggap sebagai "paksi syaitan" kerana negara-negara ini sajalah yang masih tinggal, yang boleh menghalang cita-cita dan usaha mereka menjadi raja tunggal dunia. PBB pun sudah tidak boleh berbuat apa-apa.


P/s - aku pun nak tambah gak [macam terrer je..hiks!], kat Malaysia ni pun apa kurangnya. Yang kat atas2 tu pun takut jugak kalau orang2 kat bawah2 sana jadi makin pandai. Memana orang persorangan atau organisasi yang terlebih pandai sampai pandai mengkritik dasar kerajaan habis semua diorang nak cantas. Kalau buat cara halus tak jalan, guna ISA pulak utk pastikan kau jadi boneka diorang. Ulamak2 dan tok guru2 pun habis dikutuknya. Islam pun diperlekehnya. Bukan macam amerika jugak ke? Macam "menepuk air di dulang" betul!

Hmmm…tapi kalau dah ramai sangat orang pandai pun susah jugak, tak aman dunia rasanya. Amerika jadi lagu tu sebab terlampau pandai laa, yea tak? Kalau diorang 'cerdik' mesti tak buat lagu tu. Yep!

April 07, 2003

AVANT-GARDE Anak Melayu

Anak Melayu
di zaman penjajah
hidupnya sengsara, miskin dan susah
tiap hari
berpesta selut di sawah
menoreh di ladang getah
paling tinggi di pejabat
berjawatan tukang sapu dan hantar surat

Anak melayu
zaman merdeka
hidup kian terbela
tinggalkan kampung dan desa
menuntut di luar negara
kredit dua pun ke Cambridge juga
beruntung ke Harvard kredit tiga
kredit lain tambah-tambah saja
semua boleh….bila ada kuasa
cukup waktu pulanglah mereka
cakap melayu malu, cakap inggeris merapu
loya tekak sarapan ubi kayu
bertahun makan potato dengan keju
lidah pelat bertutur melayu

Anak melayu
lepas merdeka
kian ramai bertukar kerjaya
jadi menteri, PTD dan ahli korporat
tercatat dalam Malaysia Books of Records
menjadi penggembara dunia terbilang
tak cukup daratan puncak Everest didaki
tak cukup lautan Antartika diterokai
hebat….memang hebat
dan dunia salut anak melayu
tak melayu hilang di dunia

Anak melau
zaman kini
berstatus bijak dan pandai
tak kurang pula yang memandai-mandai
tak kira wang rakyat atau negara
dipulun masuk kedalam akaunnya
dilabel bangkru bertahta diri
asal bahagia anak diri

Anak melayu
zaman siber
bertelefon bimbit, IT dan komputer
raih pelbagai ijazah dan phd
melakar avant-garde di Universiti
tapi…
pusat serenti juga pilihan hati

Anak melayu
jangan alpa dan sombong diri
jika tak mahu
generasi
jadi pelarian
di negara sendiri

nukilan : Ismas Saring

* Sumber dari Majalah Asnaf keluaran 04/2002. Dibacakan dimalam pelancaran bulan zakat negeri Selangor 2002

**************************************************************

p/s - lately ni memang makin malas nak tulis entry, terpaksa mengaku. Bukan sibuk dengan kerja sangat pun tapi dengan berita2 panas pasal perang kat Iraq tu. Otak aku ni dah berkecamuk, tepu dengan macam2 berita dari sana tuh, ntah yang mana satu betul agaknya. Tambah2 lagi dengan cerita2 pasal sedara2 se-islam aku yang menderita kat sana tu buat aku 'panas hati', depressed. Rasa macam nak tembak je kapir laknatullah tu semua. Alangkah bagusnya kalau aku dapat sama2 berjuang dengan mereka, sama sama mati syahid dengan mereka demi memperjuangkan agama suci kita ni. Aku macam dapat rasa kemanisan nya walaupun dari jauh. Kau tak rasa ke? Tak cemburu ke?

Kita selalu tengok mayat2 pejuang Islam tu macam mati katak, macam sia2, tapi itu bagi kita, bagi Allah tidak. Mereka ni mungkin kalah didunia tapi insyaallah menang di akhirat. Di sisi Dia mereka2 ini mulia. Dan kita kat sini rasa macam kita ni mulia tapi ntah ntah takda erti langsung, macam sampah di sisi Dia. Siap boleh duduk senang lenang lagi, disaat mereka2 tu semua perlukan bantuan kita. Layak ke kita ni di gelar 'Orang Islam' ? Jangan besok takbleh jawab bila kita ditanya kenapa tak bantu orang2 kat sana tuh.

Dah main tua ni makin emosional pulak aku ni.

April 04, 2003

edisi bodek boss..

Happy birthday jugak Kerryn yang ke......takbleh bagi tahu, boss aku ni sensitip bab umur2 ni hehehe! Cik kieli kata bezday aku anak beranak dekat2. Hmm...meh aku list down bezday sapa2 yang aku kenal dlm bulan April :

1st April - Aku & Roslan [opismate]
2nd April - Shah [ex-opismate]
3rd April - Asyraf
4th April - Kerryn [boss]

baru betul berderet yea tak? Kat bawah ada gambar2 yang aku 'tangkap' malam tadi :

Gambar birthday 2003