Aku memang jarang beli paper melayu except hari ahad, selalunya Berita Minggu yg jadi pilihan. Sebab aku rasa cuma edisi hari ahad ni je yang paling tak banyak sangat fitnah sensasi dan paling banyak artikel2 yang menarik. Antara kolumn yang aku suka baca ialah rencana yang ditulis oleh M.Noor Azam, sebab ada masanya memang agak kontroversial. Artikel dia minggu lepas bertajuk "Peristiwa yang sangat menghina dan memalukan" berkisar tentang Perang di Iraq, dasar Amerika dan sekutunya serta diselitkan juga cerita2 memuji PM [yg ni aku tak percaya hahaha!]. Berikut aku petik 2 dari 4 pengajaran yang beliau utarakan yang aku rasa amat harus kita renung bersama :
Pengajaran nombor dua:
RAJA-RAJA Arab sebenarnya tidak pernah mempertahankan Islam, tetapi selamanya berusaha mengekalkan kekuasaan dinasti masing-masing. Kehidupan royal-royalan dan mewah-mewahan yang luar biasa.
Raja-raja Arab takut, kalau-kalau generasi muda yang terpelajar dan terdedah kepada dunia luar, bangun menuntut pemerintahan demokrasi atau memberontak menjatuhkan dinasti-kabilah mereka. Saddam Hussein pun hendak mempertahankan dinastinya juga. Tetapi bezanya dalam kabinet Iraq terdapat juga keluarganya. Dan ia tidak sampai melutut kepada AS. Kalau ia mengikut kehendak AS pasti ia tidak akan dimusuhi, walau pun ia seorang diktator.
Negara Arab tidak menyokong sangat Arafat, kerana takut semangat revolusi kemerdekaan Palestin merebak ke negara mereka. Sebab itu Arafat dan rakyat Palestin terus menderita, dibuat sesuka hati oleh Israel. Dan semasa Shah Iran jatuh, mereka juga takut kepada kebangkitan Khomeini. Saddam pun pada waktu itu menyerang Iran. Raja-raja Arab suka. Dan AS membantu dengan segala macam senjata.
Malangnya, selepas perang Iraq-Iran, Saddam tidak tunduk kepada AS. Malah cuba menawan Kuwait dan melepaskan roket ke Israel dan mengancam Saudi - semuanya boneka AS dan Britain.
Bush dan sekutunya berpendapat " an absolute dictator like Saddam Hussein must not acquire the means to destroy hundreds of thousands of lives". AS dan Britain juga percaya Saddam mempunyai cita-cita untuk menjadi "central figure of Arab World". (AS dan Britain boleh miliki senjata apa saja dan menyerang serta membunuh di mana saja!)
Yang sebenarnya, yang hendak terus berkuasa di dunia Arab ialah AS dan Britain. Semenjak hancurnya British Empire, Britain dan AS sentiasa berusaha melakukan apa saja untuk membolehkan mereka menguasai dunia, terutama Benua Afrika, Asia Barat dan Asia, untuk mewujudkan ‘empayar bentuk baru’.
Maka tokoh seperti Saddam mestilah dihapuskan. Malah orang seperti Arafat pun, jika tidak dapat dibonekakan, mestilah dihapuskan. Dan raja-raja Arab pun tidak suka wujud mana-mana tokoh pemimpin Arab yang boleh mengancam kedudukan dinasti mereka. Dan mereka sentiasa memerlukan bantuan AS.
Pengajaran nombor tiga:
BENARLAH bahawa AS bukanlah sebenarnya memusuhi dan menyerang Islam. Kerana mereka tahu, tanpa diserang pun negara dan kuasa politik Islam memang lemah dan boleh diperalat. Agama Islam yang sepatutnya jadi tali ikatan persaudaraan dan perpaduan ummah, telah terputus-putus, malah bertukar menjadi faktor pemecah. Maka AS tidak bimbang dan takut kepada Islam, tetapi takut kepada orang seperti Saddam, Osama dan Arafat.
Mereka juga takut kepada anak-anak muda Arab yang pintar dan berani seperti penyerang-penyerang WTC dan Pentagon. Raja-raja Arab pun takut kepada anak-anak muda seperti ini.
Selama ini tentera AS dan Britain berlagak menjadi pahlawan di negara orang. Di Eropah, di Afrika dan di Asia. Mereka membunuh tentera asing dan rakyat asing di negara yang menjadi medan perang mereka.
Maka marah dan malu amat sangatlah apabila beberapa anak muda Arab-Islam berjaya menyerang AS. Dan serangan itu dibuat dari dalam negara mereka sendiri. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka, bahawa AS diserang dari dalam. Lalu dalam keadaan bingung-marah-sedih-terkejut-malu, mereka pun mencipta musuh baru: "pengganas Islam".
Sekali gus, mengambil kesempatan menebus malu kerana kekalahan mereka melawan Taliban dan Russia, Afghanistan ditawan dan dihancurkan. Alasannya hendak membunuh Osama kerana "Afghanistan under Taliban turned into the base from which al-Qaeda plotted its attack on the twin towers."
Sekarang, hantu "pengganas Islam" telah beransur hilang dan mereka barulah betul-betul tertumpu kepada matlamat yang sebenarnya: Iraq, Iran dan Korea Utara yang dianggap sebagai "paksi syaitan" kerana negara-negara ini sajalah yang masih tinggal, yang boleh menghalang cita-cita dan usaha mereka menjadi raja tunggal dunia. PBB pun sudah tidak boleh berbuat apa-apa.
P/s - aku pun nak tambah gak [macam terrer je..hiks!], kat Malaysia ni pun apa kurangnya. Yang kat atas2 tu pun takut jugak kalau orang2 kat bawah2 sana jadi makin pandai. Memana orang persorangan atau organisasi yang terlebih pandai sampai pandai mengkritik dasar kerajaan habis semua diorang nak cantas. Kalau buat cara halus tak jalan, guna ISA pulak utk pastikan kau jadi boneka diorang. Ulamak2 dan tok guru2 pun habis dikutuknya. Islam pun diperlekehnya. Bukan macam amerika jugak ke? Macam "menepuk air di dulang" betul!
Hmmm…tapi kalau dah ramai sangat orang pandai pun susah jugak, tak aman dunia rasanya. Amerika jadi lagu tu sebab terlampau pandai laa, yea tak? Kalau diorang 'cerdik' mesti tak buat lagu tu. Yep!
Bersatu jadi penentu kalah menang BN - PH
14 hours ago


No comments:
Post a Comment