June 19, 2003

Kempen Pemanduan Berhemah

Sabar itu separuh dari iman. Pagi tadi aku telah berekperimentasi pada diri aku sendiri sejauh mana kesabaran yang aku ada. Sebelum keluar rumah tadi aku berjanji pada diri aku sendiri supaya menahan sabar semasa memandu. Kesesakan lalulintas di LDP sekarang ni memang dah makin teruk, tak kira masa lagi. U-turn depan Tesco Puchong dan bottleneck di tol Sunway tu memang antara penyebabnya. Aku bukannya baik sangat dan selalunya kereta aku lah antara yang suka potong kiri kanan, like nobody business pastu masuk pula jalan tepi, shortcut utk potong orang depan. Tapi hari ini aku jadi baik, aku drive ikut lane yang betul, tak mahu potong2. Kalau ada kereta yang cuba nak potong que pun aku biarkan walaupun tak bagi signal [termasuklah dua bijik kancil, dua2 amoi yang bawak, macam bagus himpit kereta aku seolah2 jalan tu makbapak dia punya]. Dalam hati aku kata "biarkanlah mereka, mereka tu tak paham erti kesabaran". Yang pasti hati aku tenang pagi ni, takde nak bengang2 macam selalu.

Apa yang aku boleh ulas dari eksperimen ni ialah aku sebenarnya boleh kawal kemarahan aku kalau mahu. Kalau aku boleh sabar pun aku takkan rugi apa sebab yang penting aku selamat sampai ke opis. Kalau aku boleh sabar mesti orang lain pun boleh. Oleh itu aku menyeru korang semua kalau bawak kereta kena lah sabar, kalau aku potong que depan korang, tak kira kat mana pun, jangan marah2 yea! Ingat, sabar itu separuh dari iman. Biar korang lambat takpe jangan aku yang lambat hahahaha!

No comments: