April 28, 2003

AIM dari perspektif amd[edited version]

Aku memang tepu bila tengok persembahan kumpulan Metalasia tuh, muka dia 'keras' macam batu hahaha! Amy Mastura, she's so sweet..auuww! Nyaris2 aku nak terjatuh cinta lagi. Seha! Alamak dia tak perasan ke bra dia orang suma boleh nampak, nasib baik mata aku tak terjojol keluar [tak terjojol pun dua tiga kali jugak mata aku zoom-in/zoom out, kelip2 pun tidak]. Ella! yup, memang macam paddle pop cuma perangai ngengada dia je yg buat orang tak jadi nak meliur. ishhkk...aku ni mengumpat ke?

tOKSIK kata kumpulan nasyid nowseehart tu naik pentas salam Erra Fazira masa ambik award, mmm...tak sempat tengok so no comment! Aku rasa kumpulan nasyid sekarang ni dah terlalu banyak 'warna' aka glamour dan syok sendiri. Harap2 jangan lah diorang ni sampai peralat agama untuk survivality karier diorang sudahlah. Niat tu kena ikhlas beb! Ironinya, benda yg baik mana boleh nak selit2 dengan yang mungkar nanti jadi macam susu sebelanga yang kau titik dengan nila.

Overall, aku rasa programme ni terlampau panjang dan yang memanjangkan laginya tak lain tak bukan ucapan si Ali Bakar tu sampai sempat laa aku keluar masuk toilet dua kali nak tunggu dia habis cakap. NTV7! Sebagai host broadcaster AIM buat kali ke-3 patutnya diorang dah 'terer' organise event ni tapi still kelangkabut jugak [nasib baik aku tak keja kat situ hehehe]. Yg buat aku stay tuned sampai habis which is dekat pukul 12.30mlm ialah kelakar bangang afdlin/bob tu....macam badut sarkas kehkehkeh!

April 25, 2003

Sedutan perbualan antara amd dan mrs nya dipagi Jumaat

mrs.amd : Abang, nanti kalau kita dah bersalin nanti tentu takde orang nak masak untuk awak. Kena lah awak masak sendiri. padan muka awak
amd : betul jugak tu. macam mana eh? Sapa nak masak untuk kita.
mrs.amd : Itulah, kita selalu suruh awak masak tapi awak taknak, dulu kan awak boleh masak?
amd : aisey...dulu masa kat UK dulu memang laa abang boleh masak tapi laa ni mana ingat lagi
mrs.amd : Hah! Nak taknak terpaksa lah awak jadi tukang masak jugak
amd : Hmm..camni lah yang, kalau 'tukang masak' yg ada ni takleh masak maknanya terpaksa lah abang tambah lagi 'tukang masak' lagi satu
mrs.amd : hah..ngengada, berani awak!
amd : hehehe!

p/s - sekali sekala kena test jugak, mana tahu tetiba je dapat lampu hijau...hiks!

April 22, 2003

Lama tak update? Aku bukannya malas, cuma tak rajin je!

Ada orang tu kata aku 'datang period' hahaha! Sebab aku moody. Sebab aku tak tegur dia. Sebab bila dia cakap aku buat2 macam dengar tak dengar...padan muka kau! Nak cerita ke? Tak payah laa....

Problem!
Kereta aku problem minggu ni, tetiba je tengah drive takde pickup ehmm terasa macam bawak lori pulak. Bila dah check rupanya minyak clutch habis kering kontang. Tanya pomen dia kata ada bocor kat bawah engine. Tukar clutch pump habis RM100. Still tak solve the problem. Check2 tayar plak, satu tayar kurang angin. Pergi kedai tayar pomen tu kata kat lubang yang pernah bocor tapi dah tampal tu keluar angin so tayar tu dah takleh pakai lagi. Ingatkan nak ganti je dengan tayar secondhand tapi bila survey2 takde yg cantik2, mahal pun boleh tahan jugak. Atlast satu apek kedai tayar berjaya 'racun' aku utk beli 2 tayar baru, kena 2 bijik sebab kalau nak tukar baru tak boleh sebelah je, kang tak pasal2 jalan senget je keta aku tu. Dua bijik dia bagi aku RM250, kira okay laa. Bila buat tayar alignment dengan balancing dan chamber dah lari . Nak bagus kena pakai yang adjustable chamber baru takde masalah. Untuk tu je kena tambah lagi RM150 pulak....adoi! Handling dah okay but still takde pickup. Member rekomen suruh buat engine tuning pulak. Kena lagi RM45. Hmm...dah buat tu baru laa okay balik. Kalau dah berhabis RM545 pun tak okay jugak aku bakar keta tu jer hehehe!

Camnilah susahnya nak pakai kereta. Time okay sedaplah kau lenjan tapi bila dah problem macam teori domino pulak, lepas satu satu...siap kan duit je lah! Ke ada rezeki aku yang tak berkat? Kena buat muhasabah diri ni.

Artikel menarik minggu ini [pada pendapat aku laa] :

Percanggahan pendapat bukan bermakna tidak boleh bersatu
Wawancara Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Tan Sri Abdullah Ahmad bersama Pemangku Presiden Pas, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG di Pejabat Menteri Besar Terengganu, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Kelakar menarik minggu ini

JERUK PELAM
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila loceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat maka beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah, ada yang bagi hadiah selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar lain dari yang lain, beriben merah cantik bungkusannya. Dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya. Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi. Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu. Ms.Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya merasa. "Hummm...masam, Cikgu dah tau dah, kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak? cikgu suka jeruk pelam tau".

Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING


April 16, 2003

Bila tengok kegiatan rompak samun yang tak terkawal kat Iraq sana tu, rasa macam kelakar pun ada rasa marah pun ada.

Kelakar sebab aku teringat filem Ali Baba Bujang Lapuk, sebijik macam stail 40 orang penyamun dlm filem tu. Tak pun dalam cerita Tiga Abdul, masa harta pak mertua Abdul Wahub kena wakaf. Jangan kata barang berharga, apa saja barang yg boleh angkut semua diorang sapu termasuklah tayar, kepala paip, kipas blablabla. Pendek kata habis licin lah harta milik kerajaan dan juga yang kepunyaan Saddam serta konco konconya dikerjakan. Menyerlah betul bakat2 mereka. Agaknya P.Ramlee dari dulu lagi dah dapat baca bakat terpendam pak2 Arab kat kota Baghdad tu. Mungkin dia juga berbakat seperti Nostradamus.

Yang buat aku marah pulak sebeb yang dok buat kerja2 gila ni orang Islam sendiri, sungguh memalukan. Dah laa orang barat sana fitnah Islam dengan terrorism serta barbaric, bila dah berlaku macam ni lagi lah buruk imej agama kita. Aku rasa orang2 macam ni semua patutnya ditembak aje, baru padan muka.

Yang buat aku lagi marah, diorang ni seronok merompak benda2 yang kecik2 tak seberapa tu sampai tak sedar lanun2 besar [tentera penceroboh] dok senyum lebar jer sambil main "kau ambik satu telaga tu, aku ambik satu telaga". Aku bet bila diorang dah secure utk exploit kekayaan kat bumi Iraq tu nanti, jangan harap lah diorang nak bantu bangunkan balik infrastruktur kat Iraq tu. Kalau ada pun cuma mana yang akan menguntungkan dasar kapitalis diorang jer. Dorang lagi suka kalau umat Islam mundur. Nanti saja lah.

Bila dah kelangkabut macam sekarang ni, teringat pulak favourite line watak bin sarjan lakonan Ibrahim Pendek tu, "mari kita lihat sapa yang menang".

*****************************************************************************

Ada orang email kat aku cerita hantu [read at your own risk]:

Jenis jenis hantu

1. Hantu Raya
Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai2 raya.

2. Hantu Langsuir
Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin
Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung
Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak
Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak. Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal
Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu, dia pun mengilai semahu2nya.

7. Hantu Pocong
Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu.Dia ni suka sangat menipu, senang cerita kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!


p/s- yang last tu terpaksa dipotong sebab insult orang2 puchong, hampehh! Aku selaku wakil orang puchong ingin menafikan sekeras kerasnya kebenaran cerita ni...eheh!

April 10, 2003

Sejarah yang berulang.....

Baca lah artikel menarik yang aku link kan kat bawah ni

Beirut 1982, Baghdad 2003

Menarik kan? Pendapat aku, those penduduk Iraq yang sekarang ni dok seronok pi sambut amerika dan sekutunya kat Iraq tu pasti akan menyesal. Mereka belum sedar yang harta negara mereka yang ada kat perut bumi tu akan dirompak. Mungkin nanti bila mereka sedar yang bumi Iraq tu dah bukan milik mereka seperti yang berlaku di Palestin sana baru mereka mahu angkat senjata utk menentang. Dan pada pemerintah negara Islam yang lain yang terus menerus membisukan diri bila negara jirannya diserang, kalau terus menerus dengan sikap macam tu, tunggu lah nasib kalian pula!

Sebenarnya kita umat Islam memang selalu lupa pada sejarah walhal musuh2 Islam sentiasa mengingatinya dan mengulanginya. Tak mustahil laa cara mereka perangi kita pun guna taktik yang sama. Perang Salib bagi mereka memang tak pernah berakhir. Dan mereka2 ni memang bersungguh2 dalam usaha2 mereka untuk hancurkan kita. Permusuhan dan kebencian antara mereka dan kita memang takkan pernah berakhir cuma kita je yang dah makin lupa. Sila lah baca Surah Al Kafirun kalau kau tak percaya. Mereka seringkali fitnah kita secara terang terangan tapi kita terus menerus menganggap mereka tu semua kawan2 kita. Memang betul Islam itu agama perdamaian tapi jangan lupa kewajipan kita membela saudara seislam kita yang lain yang teraniaya.

Oleh itu kawan2ku, sedarlah!! Jangan lah kita lalai dan leka. Marilah kita kembali semula kepada Islam yang sebenar. Kita kuatkan diri kita dulu dengan iman dan takwa. Lepas itu kita tegakkan kembali sistem Khalifah yang suatu masa dulu berjaya menyatupadukan seluruh umat Islam. Bersiap sedia lah kita untuk hadapi 'Perang Salib' era kini.

Tapi kalau kau rasa aku cuma cakap2 kosong, teruskan laa sokong mereka tu. Kutuk laa aku sambil kau minum coca cola atau pepsi dan makan2 di Mcd atau KFC atau Pizza Hut etc, aku tak kisah pun.

p/s-kau ingat lagi tak peristiwa pembunuhan cucu rasulullah saw, saidina Hussin oleh pemerintah Yazid B. Muawiyah di Karbala angkara pembelotan orang2 Kufah, so typical of them. Cam aku kata tadi "sejarah memang selalu berulang".

April 09, 2003

Aku memang jarang beli paper melayu except hari ahad, selalunya Berita Minggu yg jadi pilihan. Sebab aku rasa cuma edisi hari ahad ni je yang paling tak banyak sangat fitnah sensasi dan paling banyak artikel2 yang menarik. Antara kolumn yang aku suka baca ialah rencana yang ditulis oleh M.Noor Azam, sebab ada masanya memang agak kontroversial. Artikel dia minggu lepas bertajuk "Peristiwa yang sangat menghina dan memalukan" berkisar tentang Perang di Iraq, dasar Amerika dan sekutunya serta diselitkan juga cerita2 memuji PM [yg ni aku tak percaya hahaha!]. Berikut aku petik 2 dari 4 pengajaran yang beliau utarakan yang aku rasa amat harus kita renung bersama :

Pengajaran nombor dua:

RAJA-RAJA Arab sebenarnya tidak pernah mempertahankan Islam, tetapi selamanya berusaha mengekalkan kekuasaan dinasti masing-masing. Kehidupan royal-royalan dan mewah-mewahan yang luar biasa.

Raja-raja Arab takut, kalau-kalau generasi muda yang terpelajar dan terdedah kepada dunia luar, bangun menuntut pemerintahan demokrasi atau memberontak menjatuhkan dinasti-kabilah mereka. Saddam Hussein pun hendak mempertahankan dinastinya juga. Tetapi bezanya dalam kabinet Iraq terdapat juga keluarganya. Dan ia tidak sampai melutut kepada AS. Kalau ia mengikut kehendak AS pasti ia tidak akan dimusuhi, walau pun ia seorang diktator.

Negara Arab tidak menyokong sangat Arafat, kerana takut semangat revolusi kemerdekaan Palestin merebak ke negara mereka. Sebab itu Arafat dan rakyat Palestin terus menderita, dibuat sesuka hati oleh Israel. Dan semasa Shah Iran jatuh, mereka juga takut kepada kebangkitan Khomeini. Saddam pun pada waktu itu menyerang Iran. Raja-raja Arab suka. Dan AS membantu dengan segala macam senjata.

Malangnya, selepas perang Iraq-Iran, Saddam tidak tunduk kepada AS. Malah cuba menawan Kuwait dan melepaskan roket ke Israel dan mengancam Saudi - semuanya boneka AS dan Britain.

Bush dan sekutunya berpendapat " an absolute dictator like Saddam Hussein must not acquire the means to destroy hundreds of thousands of lives". AS dan Britain juga percaya Saddam mempunyai cita-cita untuk menjadi "central figure of Arab World". (AS dan Britain boleh miliki senjata apa saja dan menyerang serta membunuh di mana saja!)

Yang sebenarnya, yang hendak terus berkuasa di dunia Arab ialah AS dan Britain. Semenjak hancurnya British Empire, Britain dan AS sentiasa berusaha melakukan apa saja untuk membolehkan mereka menguasai dunia, terutama Benua Afrika, Asia Barat dan Asia, untuk mewujudkan ‘empayar bentuk baru’.

Maka tokoh seperti Saddam mestilah dihapuskan. Malah orang seperti Arafat pun, jika tidak dapat dibonekakan, mestilah dihapuskan. Dan raja-raja Arab pun tidak suka wujud mana-mana tokoh pemimpin Arab yang boleh mengancam kedudukan dinasti mereka. Dan mereka sentiasa memerlukan bantuan AS.

Pengajaran nombor tiga:

BENARLAH bahawa AS bukanlah sebenarnya memusuhi dan menyerang Islam. Kerana mereka tahu, tanpa diserang pun negara dan kuasa politik Islam memang lemah dan boleh diperalat. Agama Islam yang sepatutnya jadi tali ikatan persaudaraan dan perpaduan ummah, telah terputus-putus, malah bertukar menjadi faktor pemecah. Maka AS tidak bimbang dan takut kepada Islam, tetapi takut kepada orang seperti Saddam, Osama dan Arafat.

Mereka juga takut kepada anak-anak muda Arab yang pintar dan berani seperti penyerang-penyerang WTC dan Pentagon. Raja-raja Arab pun takut kepada anak-anak muda seperti ini.

Selama ini tentera AS dan Britain berlagak menjadi pahlawan di negara orang. Di Eropah, di Afrika dan di Asia. Mereka membunuh tentera asing dan rakyat asing di negara yang menjadi medan perang mereka.

Maka marah dan malu amat sangatlah apabila beberapa anak muda Arab-Islam berjaya menyerang AS. Dan serangan itu dibuat dari dalam negara mereka sendiri. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka, bahawa AS diserang dari dalam. Lalu dalam keadaan bingung-marah-sedih-terkejut-malu, mereka pun mencipta musuh baru: "pengganas Islam".

Sekali gus, mengambil kesempatan menebus malu kerana kekalahan mereka melawan Taliban dan Russia, Afghanistan ditawan dan dihancurkan. Alasannya hendak membunuh Osama kerana "Afghanistan under Taliban turned into the base from which al-Qaeda plotted its attack on the twin towers."

Sekarang, hantu "pengganas Islam" telah beransur hilang dan mereka barulah betul-betul tertumpu kepada matlamat yang sebenarnya: Iraq, Iran dan Korea Utara yang dianggap sebagai "paksi syaitan" kerana negara-negara ini sajalah yang masih tinggal, yang boleh menghalang cita-cita dan usaha mereka menjadi raja tunggal dunia. PBB pun sudah tidak boleh berbuat apa-apa.


P/s - aku pun nak tambah gak [macam terrer je..hiks!], kat Malaysia ni pun apa kurangnya. Yang kat atas2 tu pun takut jugak kalau orang2 kat bawah2 sana jadi makin pandai. Memana orang persorangan atau organisasi yang terlebih pandai sampai pandai mengkritik dasar kerajaan habis semua diorang nak cantas. Kalau buat cara halus tak jalan, guna ISA pulak utk pastikan kau jadi boneka diorang. Ulamak2 dan tok guru2 pun habis dikutuknya. Islam pun diperlekehnya. Bukan macam amerika jugak ke? Macam "menepuk air di dulang" betul!

Hmmm…tapi kalau dah ramai sangat orang pandai pun susah jugak, tak aman dunia rasanya. Amerika jadi lagu tu sebab terlampau pandai laa, yea tak? Kalau diorang 'cerdik' mesti tak buat lagu tu. Yep!

April 07, 2003

AVANT-GARDE Anak Melayu

Anak Melayu
di zaman penjajah
hidupnya sengsara, miskin dan susah
tiap hari
berpesta selut di sawah
menoreh di ladang getah
paling tinggi di pejabat
berjawatan tukang sapu dan hantar surat

Anak melayu
zaman merdeka
hidup kian terbela
tinggalkan kampung dan desa
menuntut di luar negara
kredit dua pun ke Cambridge juga
beruntung ke Harvard kredit tiga
kredit lain tambah-tambah saja
semua boleh….bila ada kuasa
cukup waktu pulanglah mereka
cakap melayu malu, cakap inggeris merapu
loya tekak sarapan ubi kayu
bertahun makan potato dengan keju
lidah pelat bertutur melayu

Anak melayu
lepas merdeka
kian ramai bertukar kerjaya
jadi menteri, PTD dan ahli korporat
tercatat dalam Malaysia Books of Records
menjadi penggembara dunia terbilang
tak cukup daratan puncak Everest didaki
tak cukup lautan Antartika diterokai
hebat….memang hebat
dan dunia salut anak melayu
tak melayu hilang di dunia

Anak melau
zaman kini
berstatus bijak dan pandai
tak kurang pula yang memandai-mandai
tak kira wang rakyat atau negara
dipulun masuk kedalam akaunnya
dilabel bangkru bertahta diri
asal bahagia anak diri

Anak melayu
zaman siber
bertelefon bimbit, IT dan komputer
raih pelbagai ijazah dan phd
melakar avant-garde di Universiti
tapi…
pusat serenti juga pilihan hati

Anak melayu
jangan alpa dan sombong diri
jika tak mahu
generasi
jadi pelarian
di negara sendiri

nukilan : Ismas Saring

* Sumber dari Majalah Asnaf keluaran 04/2002. Dibacakan dimalam pelancaran bulan zakat negeri Selangor 2002

**************************************************************

p/s - lately ni memang makin malas nak tulis entry, terpaksa mengaku. Bukan sibuk dengan kerja sangat pun tapi dengan berita2 panas pasal perang kat Iraq tu. Otak aku ni dah berkecamuk, tepu dengan macam2 berita dari sana tuh, ntah yang mana satu betul agaknya. Tambah2 lagi dengan cerita2 pasal sedara2 se-islam aku yang menderita kat sana tu buat aku 'panas hati', depressed. Rasa macam nak tembak je kapir laknatullah tu semua. Alangkah bagusnya kalau aku dapat sama2 berjuang dengan mereka, sama sama mati syahid dengan mereka demi memperjuangkan agama suci kita ni. Aku macam dapat rasa kemanisan nya walaupun dari jauh. Kau tak rasa ke? Tak cemburu ke?

Kita selalu tengok mayat2 pejuang Islam tu macam mati katak, macam sia2, tapi itu bagi kita, bagi Allah tidak. Mereka ni mungkin kalah didunia tapi insyaallah menang di akhirat. Di sisi Dia mereka2 ini mulia. Dan kita kat sini rasa macam kita ni mulia tapi ntah ntah takda erti langsung, macam sampah di sisi Dia. Siap boleh duduk senang lenang lagi, disaat mereka2 tu semua perlukan bantuan kita. Layak ke kita ni di gelar 'Orang Islam' ? Jangan besok takbleh jawab bila kita ditanya kenapa tak bantu orang2 kat sana tuh.

Dah main tua ni makin emosional pulak aku ni.

April 04, 2003

edisi bodek boss..

Happy birthday jugak Kerryn yang ke......takbleh bagi tahu, boss aku ni sensitip bab umur2 ni hehehe! Cik kieli kata bezday aku anak beranak dekat2. Hmm...meh aku list down bezday sapa2 yang aku kenal dlm bulan April :

1st April - Aku & Roslan [opismate]
2nd April - Shah [ex-opismate]
3rd April - Asyraf
4th April - Kerryn [boss]

baru betul berderet yea tak? Kat bawah ada gambar2 yang aku 'tangkap' malam tadi :

Gambar birthday 2003

March 21, 2003

Update utk seminggu..terussss
by AMD pemalas

Monday 17.3.2003

Takde kerja nak buat…boring, boring,boring! Mati kutu sungguh bila tengok meja bersih2 dan tray kosong2 je. Aku ni terlampau efficient ke?

Teringat section meeting dua bulan lepas manager aku membebel pasal company dah change direction, nak achieve itu ini…profit juta2…3 bulan bonus…blablabla! Dengan bangganya dia kata "Now ni staff mesti kena tukar work attitude, no more work smart, each and everyone of you will have to work hard, I mean reaalllyy harrrdddd". Hmm..mungkin aku ni dah silap department kut! Hey! I’m too sexy for this job laa..

Keluar lunch break awal 12.30 [bos tak tahu] pasal nak tengok rumah sewa BARU hamba Allah tu [tak payah teka..dia bukan wardina…dan dia bujang lagi…girls, interested?] di Sri Damansara. Dia ajak temankan pasal ada orang dtg nak pasang astro…wahhh! Dia rasuah aku dengan McD utk makan tengahari [Israel? Orang belanja takpe]. Masa kontraktor tu sebok drill sini sana, aku pun sebok tanya kenapa tu kenapa ni, macam rumah aku pulak. Sampai opis balik pukul 3ptg, bos tak tanya apa2 pun…sighhhh!

Balik rumah sakit perut pasal subahat pergi tolong yahudi…McD???

Tuesday, Wednesday, Thursday 18-20.3.2003

Surau aku buat kursus Pengurusan Jenazah. Penceramahnya Ustaz Safuan Nayan, dia yg mandikan jenazah Allahyarham Sultan Selangor hari tu. Terpaksa buat 3 hari berturut2 pasal tak cukup masa, lunchbreak satu jam aje. Hari pertama teori. Hari kedua pun teori juga. Hari ketiga baru praktikal. Ramai orang kata aku sesuai utk jadi model mayat pasal badan aku ‘comel’, sedang2 elok kalau baring atas meja masa praktikal nanti. Aku kata "Hoi! Aku takut mati laa, mana tahu nanti mati betul2 hehehe". [Korang tak takut mati ke?]. Nasib baik Ustaz tu bawak anak dia utk jadi model....blueehhh!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ramai staff yang hadir [sampai makan tengahari pun tak cukup..hmm macam pernah cakap ek?] dan feedback dari hadirin pun memberangsangkan. Ustaz pun seronok! Tu yang susah nya jadi ajk ni, kena make sure semua orang puashati, betul tak tuan ajk spyz dan tuan ajk tOKSIK *wink_wink*? Ahh..aku cuma ajk cabuk je, mana lah glamer macam diorang berdua tu hahaha!

Okeh, aku extract sikit Muqaddimah Programme ni utk korang!

"Manusia dilahirkan kedunia telah dikembarkan dengan Qarin. Ia merupakan makhluk ciptaan Allah dari kalangan jin. Nabi Muhammad saw juga telah dikembarkan dengan perkara yang sama. Namun demikian ketika pembedahan yang pertama dilakukan oleh malaikat Jibrail, Qarin tersebut telah dibuang/dipisahkan daripada tubuh baginda.

Bagi kita manusia biasa, Qarin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan cuba menyesatkan setiap manusia. Apabila manusia itu mati, Qarin tersebut bertukar menjadi hantu mayat. Ianya juga dikenali sebagai badi mayat dan berfungsi selama lebihkurang 40hari. Selepas itu seandainya ada gangguan2 atau jelmaan, ianya berkemungkinan ilmu hitam yang dituntun oleh simati ketika hayatnya
"

p/s-bila Ustaz tu cerita tentang kerja siQarin ni semasa kita masih hidup, aku teringat lak watak smeagol dlm Lord Of The Rings-The Two Towers tu, macam serupa je. Lagi satu, kan orang selalu kata macam nampak bayangan simati bila malam lepas meninggal err kononya simati balik semula kerumah laa…hah Qarin la tuh! Ko jangan berani kacau2 aku yea, aku pun ada Qarin tau!

Nak tahu tak? Orang yang mati kerana aids/HIV , pengurusan nya paling rumit. Kena mandikan dengan KLOROX. Pasal kuman HIV tu cuma boleh dimatikan dengan klorox je, amazing! Oleh itu kawan2, kalau laa ada kawan2 sedara mara yg kena aids ni, suruh je dia telan klorox dua tiga botol, mesti SELAMAT. Ciss amd, ko ni benda serius pergi buat main2 pulak!

Friday, 21.3.2003

Hari ni surau ada tetamu, skuad perodua ERA kembara zakat Selangor. Badan ni hulurkan sumbangan berupa AlQura n, sejadah dan telekung, alhamdulillah. Sekarang ni diorang memang buat promosi pembayaran zakat melalui potongan gaji kepada syarikat2 korporat macam kat sini. Disebabkan datang pun dah lambat maka maka habis pun dekat2 nak pukul 1. Habis je aku pun kelangkabut pi sembahyang Jumaat sampai lupa nak tukar kasut pakai selipar. Dah sampai masjid baru teringat…cehh! Memandangkan kasut aku tu mahal err Bonia so aku pun cuak nak letak kat luar, takut kena curi. So aku letak kasut tu paling hampir dengan tempat wudhuk, siap terbalikkan lagi so that orang tak nampak tulisan BONIA tu hahaha! Pastu aku pun tawakkal pd Allah swt. Aku ambik wudhuk pastu carik tempat duduk paling hampir ngan kasut tuh. Every 5 minutes aku akan toleh kat kasut tu utk make sure dia tak pergi mana2. Khutbah imam tu pun aku tak concentrate dengar…mungkin tajuk hari ni pasal kasut kut! Dak aihh pasal perang kat Iraq laa. Alhamdulillah dah lepas sembahyang pun dia selamat lagi. Lemah betul la iman aku, baru DIA uji dengan kasut aku dah kelangkabut..apa laa kau ni amd.

Hey aku pernah hilang kasut cara macam ni laa. Dulu masa aku sembahyang Jumaat kat masjid Al-Azim, Melaka kasut Diadora kesayangan aku kena rembat….uhuk..uhuk…aku sayang kasut aku!

A Tribute to Rachel Corrie

March 14, 2003

Errkkk...alhamdulillah, best betul makan bubur Asyura.

Biasanya 10 Muharam [eg.semalam 13/3] orang buat bubur Asyura tapi memandangkan Ustaz aku dah terlupa, last2 minute baru ingat jadi hari ni baru Surau kat opis aku buat acara gilang gemilang ni. Aku kata gilang gemilang sebab staff2 kat sini tiba2 je reramai datang surau, pelik! Aku kata pelik sebab biasanya kalau masa sembahyang Asar ada laa dua saf jemaah tapi hari ni hebat, sampai 3 saf. Tu tak campur yg datang kemudian2. .....macam tahu2 je, mesti ada orang sudah pukul canang!

Sebenarnya bagus juga, at least macam promo nak suruh datang jenguk2 surau. Cuma jangan lah kerana ada makan2 baru nak datang. Niat kena laa ikhlas! Kau tahu tak ada orang gaduh2 pasal tak dapat makan...punya laa teruk

Teringat dulu setiap hari rabu surau sediakan makanan utk jemaah yg datang ceramah masa lunch break. Boleh tahan juga bilangan yg hadir. Tapi bila surau hentikan makan2 tu utk jimat kos sebab nak adakan ceramah 2 kali seminggu terus jatuh menjunam bilangan jemaah yg datang, pun pelik juga. Siap komplen2 lagi kenapa dah takde makan free. Kemudian surau buat pula majlis tahlil yassin setiap hari khamis sekali dengan makan2, ramai laa balik yg datang, sampai 4 saf. Hmm...mereka semua memang suka makan!

Ucapan Tuan Guru di Perasmian Persidangan Parlimen pada 11 Mac 2003

March 13, 2003

Aku bukan lah orang yang baik sesangat. Kadang2 aku pun jahat juga. Aku bukan malaikat. Contohnya hari ini, aku dengan bangganya tidak memakai tali leher. Aku masih juga buat tak tahu ketika GM dept aku lalu depan, rasa seronok pun ada. Siapa kata jadi jahat tak seronok? Nanti appraisal hujung tahun kalau mereka kata aku tak berdisiplin baru padan muka aku!

Dulu aku pernah register di Jobstreet.com utk cari kerja lain. Mereka memang sungguh efficent. Saban hari aku dapat e-mail tentang kerja2 kosong walaupun aku dah lama tak submit apa2 application. Sebenarnya aku dah malas nak cari kerja lain sebab aku dah mula rasa seronok semula bekerja disini. Tapi aku tak mahu tutup akaun aku dengan mereka. Sebab aku takut nanti mereka tak hantar e-mail kat aku lagi hehehe!

Dalam tv dia memang cantik. Kalau jumpa dekat luar lagi cantik. Nasib baik aku tahu dia sudah kahwin, kalau tidak mungkin aku sudah 'tertackle' dia. Waktu itu aku hendak ke surau utk sembahyang zohor. Berselisih dengan dia membuatkan aku tergamam sebab tiba2 dia tegur aku dengan manjanya "Encik, toilet perempuan kat mana?". Nyaris2 aku jatuh cinta lagi sekali.
[*cehh! perempuan tegur pun nak tulis kat sini..apa daa]

Okay, cuba teka siapa dia? Clue:dulu tak pakai tudung tapi sekarang dah. Dulu berlakon dlm sitcom kat NTV7. Cepat, siapa teka betul aku belanja air kosong.

Jom tarik hidung dia

March 10, 2003

Aku rasa blogspot aku masih ada masalah lagi. Apa yg ditulis mesti tak keluar kat skrin pc aku. But then bila aku cuba buka thru pc lain okay pula. Nasib baik aku masih boleh bersabar...

Aku juga ada update sesuatu di danchan. Cik kieli, tolong jangan ketawa yea!.

March 07, 2003

Selamat Harijadi yg ke lima tawwun

Muhammad Haziq

Sebenarnya birthday dia 2.3.2003, hari ahad lalu tapi aku tak sempat nak tulis kat sini sebab aku balik Melaka. Mak sedara aku buat kenduri doa selamat sebab baru balik dari Mekah. Lepas kenduri aku 'lari' pergi Jaya Jusco utk beli kek harijadi dia dan makan ramai2. Gambar potong kek takde sebab kamera tertinggal kat rumah so aku tempelkan saja gambar yg recently aku ambil. Dia memang suka tersenyum esp bila ambil gambar, entah kenapa. Tak macam 'orang tua' dia, senyum macam kerang bakar.

Dia tak minta apa2 pun tapi kami gatalkan duit belikan dia basikal baru. Lepas tu si Asyraf pula tanya "Basikal adik mana?". Aku kata yg basikal abang akan jadi miliknya. Nasib baik dia okay...dia memang okay! Kalau aku jadi dia mesti aku dah melalak nak basikal baru juga. Cuma dia lebih suka basikal kecik dia, yang kena tolak dengan kaki tu. Fail betul!

p/s- Aku masih lagi jumpa semut merayap2 atas meja aku, meraka memang nak kena.

February 28, 2003

10 ekor semut sesat atas meja aku. Tangan aku gatal lalu aku picit2 mereka dengan jari sampai leper, puas. Then aku bau jari aku tadi balik...yakkss! Hmm...hard habit to break. Semut2 tu mungkin ingat aku ni gula sebab aku memang manis hehehe!

February 27, 2003

Isteri aku kata instinct aku 'kureng', tak boleh pakai. Aku balas yang instinct doktor tu pun bukan 100% betul. Begini ceritanya. Pagi tadi aku bawa isteriku ke klinik untuk check up. Kebetulan doktor yang bertugas ialah doktor yg sama masa membidankan isteri aku masa lahirkan Asyraf dulu. So dia memang kenal kami. Masa buat scanning tadi dia cuba nak kenalpasti jantina baby tapi memandangkan baby tu 'anak aku' err seperti bapanya, bukan seorang 'flasher'...bukan..bukan...baby tu berada dlm kedudukan 'menonggeng' maka dia tak berani nak confirm apa jantinanya. Cuma dia kata mungkin ada 95% chances yang jantina anak aku ialah 'lelaki'.....sedangkan instinct aku mulanya adalah 'perempuan'. Aku cuma berharap pada yg lagi 5% tu. Doktor bukannya tuhan.

Anyway dapat yg lelaki pun alhamdulillah juga, lepas ni gerenti anak perempuan pula...aminnn!

Mungkin masa 'dalam sana' dulu aku suka tidur 'menonggeng'

Where is Jimmy?

February 25, 2003

Kekal - Spider

Tidak percaya dan pernah aku menduga kasih terpisah dalam sekelip mata. Sukar untuk dimengerti, berat untuk difahami, mengapa mawarku berduri. Kau pelangi mengiringi gerimisku.

Kau.. kau di dalam hatiku. Kau dalam ingatan. Kau sebagai kasihku kekal sepanjang zaman. Kira kau dan aku satu hari nanti akan bersatu.....

Biar terbakar jiwa di perjalanan. Aku bersumpah akan pulang ke pangkuan.....[*this part yg paling aku suka..best!]

Kau cahaya menyinari duniaku. Kau kekal di dalam hatiku. Kau dalam ingatan. Kau sebagai kasihku. Kekal sepanjang zaman. Kira kau dan aku satu hari nanti akan bersatu


Cuba download dan dengar kat sini, senarai Feb 2003 [gunakan real player]

+ Ada sesapa minat kumpulan Durian Duran Duran. Aku pun sama, favorite aku vokalis dia Simon Le Bon [pernah nak tiru remos dia tapi tak jadi coz rambut aku tegak2..eheh!] Okay, part yg aku kata *best kat atas tu aku rasa cam tiru melodi lagu kumpulan ni except aku dah lupa lagu apa [typical melayu, mudah lupa]. Kalau tak silap banyak gak UK popgroup bawak lagu stail2 ni masa early eighties dulu...best! Anyway kira tabik spring gak kat Kumpulan Spider coz berjaya bawa kelainan dlm lagu2 diorang, macam rock campur pop tapi bukan poprock...camana tuh? Btw diorang tiru sikit jer, takpe. Hidup kalau nak maju kadang2 memang kena meniru, yea tak? Baru pandai..cepat!

+ Sebut pasal lagu Duran2 teringat dulu aku beli kaset cetak rompak album dia. Masa tu budget kurang so tak mampu nak beli yg original [plus taik idung masin], beli je laa yg murah2 cetak rompak. Dulu punya kualiti cetak rompak memang out. Sekali tengok pun dah boleh kenal. Features kaset ni antaranya cover album [kertas je] kat luar casing [plastik je] kat dalam..senang kemek kalau tekan2. Ko bukak tutup bukak tutup selalu mesti putus, gerenti. Dan kalau ko mainkan kaset tu seploh duaploh kali mesti terburai 'tali perut' dia, pun gerenti jugak. Lagi satu kaset ni pantang di forward atau rewind nanti talian magnetik [cewahh! aku main tibai je] yang low quality tu jadi ketat. Bila ketat sangat nanti suara Simon LeBon tukar jadi Simon jebon hahaha! Atleast beli murah kira puas hati, menang memakai kalau pandai pakai [ko paham tak apa aku kata ni?]. Kualiti musik memang kurang sebab bayar pun kurang haks!

+ Masa kat toilet tadi aku notice rambut aku dah mula 'jarang-jarang', banyak gugur. Mungkin banyak sangat makan 'aji no moto' agaknya. Ntah2 kat kantin tu diorang letak bersudu2 msg nak bagi sedap supaya orang cam aku ni 'ketagih'. Mungkin kut! Btw..ada ke org buat roti canai letak msg ek? Pasal memang hari2 tu yg aku balun..hiks!

+ danchan aku 'still alive & kicking'....yeah! Aku memang ada bakat berbini dua hahaha!

February 21, 2003

First...aku post entry, bila sign out..bukak balik..tak keluar entry tu! kena Sign-in baru nampak new entry tu

Second...aku post entry pastu kena pergi pc org tengok keluar ke tak...letih nya!

Hari ni..bila surf this site je terus keluar blogspot kata amdworld takde dlm server dia...haaah! [ampeh kau blogspot] Siap suruh aku create yg lain plak, ishhhk

Solution : Aku bukak blogger, sign in lepas tu 'post & publish' entry and view web page...taddaaa....all back to normal [what a relief...sighh]

Hmm...sapa yg kata blogger takde problem tu? Meh aku piat tinga

February 20, 2003

Harap maaf! Dua hari lepas aku ta update pasal pc aku dah merajuk ngan aku, entry yg aku tulis 17/2 tak keluar bila view kat monitor..tah apa giler gaknya? So terpaksa laa aku update kat pc ni pastu kena lari...yeah....yeah... cari pc org lain utk check samada okay ke tak...kelakar sungguh! Yg heran tu cuma blogger je yg affected, yg lain cam danchan ngan diaryland okay je. Maybe server kat bawah tu dengki aku guna blogger, agaknya laa....alahai pc, ko ni dah gatal nak bermadu ke?

Kenapa tak angkat tangan?

Dalam satu kelas darjah satu, seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya, "kamu hendak ke mana?...syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!" maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid. Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"..... semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya.."bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....habis awak nak ke mana??".

Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz...bapa saya suruh saya datang sini belajar, dia pesan...jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"

Source : forwarded e-mail

p/s - 'lurus bendul' kanak2 memang melawakkan