by AMD pemalas
Monday 17.3.2003
Takde kerja nak buat…boring, boring,boring! Mati kutu sungguh bila tengok meja bersih2 dan tray kosong2 je. Aku ni terlampau efficient ke?
Teringat section meeting dua bulan lepas manager aku membebel pasal company dah change direction, nak achieve itu ini…profit juta2…3 bulan bonus…blablabla! Dengan bangganya dia kata "Now ni staff mesti kena tukar work attitude, no more work smart, each and everyone of you will have to work hard, I mean reaalllyy harrrdddd". Hmm..mungkin aku ni dah silap department kut! Hey! I’m too sexy for this job laa..
Keluar lunch break awal 12.30 [bos tak tahu] pasal nak tengok rumah sewa BARU hamba Allah tu [tak payah teka..dia bukan wardina…dan dia bujang lagi…girls, interested?] di Sri Damansara. Dia ajak temankan pasal ada orang dtg nak pasang astro…wahhh! Dia rasuah aku dengan McD utk makan tengahari [Israel? Orang belanja takpe]. Masa kontraktor tu sebok drill sini sana, aku pun sebok tanya kenapa tu kenapa ni, macam rumah aku pulak. Sampai opis balik pukul 3ptg, bos tak tanya apa2 pun…sighhhh!
Balik rumah sakit perut pasal subahat pergi tolong yahudi…McD???
Tuesday, Wednesday, Thursday 18-20.3.2003
Surau aku buat kursus Pengurusan Jenazah. Penceramahnya Ustaz Safuan Nayan, dia yg mandikan jenazah Allahyarham Sultan Selangor hari tu. Terpaksa buat 3 hari berturut2 pasal tak cukup masa, lunchbreak satu jam aje. Hari pertama teori. Hari kedua pun teori juga. Hari ketiga baru praktikal. Ramai orang kata aku sesuai utk jadi model mayat pasal badan aku ‘comel’, sedang2 elok kalau baring atas meja masa praktikal nanti. Aku kata "Hoi! Aku takut mati laa, mana tahu nanti mati betul2 hehehe". [Korang tak takut mati ke?]. Nasib baik Ustaz tu bawak anak dia utk jadi model....blueehhh!
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ramai staff yang hadir [sampai makan tengahari pun tak cukup..hmm macam pernah cakap ek?] dan feedback dari hadirin pun memberangsangkan. Ustaz pun seronok! Tu yang susah nya jadi ajk ni, kena make sure semua orang puashati, betul tak tuan ajk spyz dan tuan ajk tOKSIK *wink_wink*? Ahh..aku cuma ajk cabuk je, mana lah glamer macam diorang berdua tu hahaha!
Okeh, aku extract sikit Muqaddimah Programme ni utk korang!
"Manusia dilahirkan kedunia telah dikembarkan dengan Qarin. Ia merupakan makhluk ciptaan Allah dari kalangan jin. Nabi Muhammad saw juga telah dikembarkan dengan perkara yang sama. Namun demikian ketika pembedahan yang pertama dilakukan oleh malaikat Jibrail, Qarin tersebut telah dibuang/dipisahkan daripada tubuh baginda.
Bagi kita manusia biasa, Qarin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan cuba menyesatkan setiap manusia. Apabila manusia itu mati, Qarin tersebut bertukar menjadi hantu mayat. Ianya juga dikenali sebagai badi mayat dan berfungsi selama lebihkurang 40hari. Selepas itu seandainya ada gangguan2 atau jelmaan, ianya berkemungkinan ilmu hitam yang dituntun oleh simati ketika hayatnya"
p/s-bila Ustaz tu cerita tentang kerja siQarin ni semasa kita masih hidup, aku teringat lak watak smeagol dlm Lord Of The Rings-The Two Towers tu, macam serupa je. Lagi satu, kan orang selalu kata macam nampak bayangan simati bila malam lepas meninggal err kononya simati balik semula kerumah laa…hah Qarin la tuh! Ko jangan berani kacau2 aku yea, aku pun ada Qarin tau!
Nak tahu tak? Orang yang mati kerana aids/HIV , pengurusan nya paling rumit. Kena mandikan dengan KLOROX. Pasal kuman HIV tu cuma boleh dimatikan dengan klorox je, amazing! Oleh itu kawan2, kalau laa ada kawan2 sedara mara yg kena aids ni, suruh je dia telan klorox dua tiga botol, mesti SELAMAT. Ciss amd, ko ni benda serius pergi buat main2 pulak!
Friday, 21.3.2003
Hari ni surau ada tetamu, skuad
Hey aku pernah hilang kasut cara macam ni laa. Dulu masa aku sembahyang Jumaat kat masjid Al-Azim, Melaka kasut Diadora kesayangan aku kena rembat….uhuk..uhuk…aku sayang kasut aku!
A Tribute to Rachel Corrie


No comments:
Post a Comment