May 18, 2004

Syukur Alhamdulliah! Dah selamat pergi dan selamat balik.

Masalah pun tak banyak. Nasib baik Allah tak uji dgn yg berat2. Dapatlah amd beribadat dgn tenang. Anyway pergi pun bukannya nak cari masalah.

Amd kata, pergi kesana pun macam jugak kita pergi 'kursus'. Bila dlm kursus semuanya ikut jadual. Suasana yg ada tu yang membolehkan/memotivasikan kita utk buat sesuatu dgn mudah.

Cabaran sebenarnya ialah bila dah habis 'kursus'. Samada kita boleh praktik kan apa yg kita belajar. Tak guna lah kalau bila dah balik takde perubahan langsung.

InsyaAllah amd tengah cuba untuk berubah. Berhijrah ke arah yg lebih baik dr sebelum nya.

April 23, 2004

hibernate

Lama tak update. amd mintak maaf. Amd mungkin akan 'bercuti' lebih lama.

* flying low...below the radar.

February 20, 2004

first cut is the deepest....

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1425 kawan2. jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun sebelum dan selepas maghrib esok pulak.



But say 'NO' to Mariah Carey concert...dia pakai baju terdedah dada, besar! amd tengok sampai terjojol bijik mata.

February 18, 2004

tangan amd gatal nak menyekeh orang...hahaha!

Orang2 atas tempat kerja memang suka buat janji. Kalau acheive the target nanti diorang promised nak bagi bonus. Siap bagi detail calculation macamana nak work out berapa banyak bonus nak dapat. individual performance, departmental performance, company performance semua masuk into consideration...ini cerita satu setengah tahun yang lepas.

Sekali bila result utk setahun nampak macam memberangsangkan mulalah cari excuse utk delay the promise....nak tengok pulak performance utk lagi 4 bulan, macam tak konfiden laa kengkonon. Next empat bulan lagi laa memberangsangkan[in total enam belas bulan kesemuanya] .....masih lagi tak boleh nak decide bagi bonus ke tak.

Berita terkini bulan ni pun tak ada jugak...hampeh tahap nirvana betul.

amd dah tak sabar dah ni...duit belum dapat tapi channel nak perginya semua dah siap kira, silap2 nanti dapat jer terus habis. Nak settle memana hutang yang patut laa, bukan joli katak.

kaki amd pun gatal jugak ..nak terajang orang.

February 17, 2004

......Suddenly amd's hand feel itchy..garuk..garuk..garuk!

Tulis blog ni ada pasang surut jugak. Bila tengah rajin hari2 boleh update, tangan rasa gatal semacam kalau tak mengetuk keyboard. Which explained why amd posted 2 entries[including this one] in a row, walaupun amd takde benda yg nak dituliskan..

amd memang selalu bangkrap idea tapi selalu perasan macam banyak idea.

sebut pasal garuk2 tangan nanti amd nak cerita bab ni pulak....later.

February 16, 2004

kalau org tanya kenapa amd dah lama tak update blog ni mesti jamban jawaban jawapan yg amd bagi sebab banyak kerja..typical of amd.

Sebab tu tak de org tanya. Amd rasa mesti org pun dah boring tengok benda yg tak 'baru baru', which is 'no big deal' pun!

****************

Syarikat tempat kerja amd tengah buah persiapan utk this coming G.election [GE]. amd yg tak berapa kena mengena pun terpalit sama. Nasib baik bukan tahi yg terpalit, kalau benda tuh satu kerja pulak amd nak kena samak...eeiii!

GE kali ni amd rasa mungkin tak sepanas tahun 99 dulu. Rentak lagu mungkin ala2 samba...bak kata org tu, semua rakyat tengah 'Feel Good' dgn kepimpinan baru. Harap2 kurang lah sikit fitnah memfitnah, caci maki hamun tu semua.

amd cuma tak mahu nanti org lain yg buat tahi, kita yg dapat bau...ya knaw wak amin!

******************

amd dah check kat mana nak mengundi, kat puchong perdana. Cuma risau jugak sebab alamat IC masih lagi melaka.
Silap2 nanti diorang ingat amd ni pengundi hantu pulak [amd memang hantu].

amd belum tukar my card sebab fobia, takut nanti org boleh manipulate personal data amd. Mungkin sebab banyak sangat tengok filem hollywood kut!

February 03, 2004

Ada org mintak tolong aku cari beberapa istilah elektronik dlm bahasa melayu. Aku search kat google, jumpa web kat bawah ni :

mnt.math.um.edu.my/BIBM/Istilah

aku buat link kat sini supaya senang aku nak cari kalau org tu tanya lagi.

January 30, 2004

Selamat Menyambut Hari Raya Korban kawan-kawan!

p/s-ada org kata raya haji tu kurang tepat sebab kita kat sini buat korban...so kena lah raya korban!

January 27, 2004

Aku rasa nama aku senang kena jual lah. Bila bos aku cuti jer, nama aku jer yang kena sebut. Yang takde kena mengena dengan aku pun aku jugak yang kena...ampeh!

January 26, 2004

Hari ini, buat kali ke tiga ratus ribu kali aku pergi klinik dengan hidung penuh selsema tak elok2 [please...bukan selsema burung yea].

Doktor kata aku ni memang sensitif dengan habuk2, tu yang tak baik2. Mesti kena ambik supplement utk kuatkan antibodi.

Dia bekalkan aku 10 biji pil pharmaton yang ada extract ginseng plus tongkat ali power root utk dimakan sebiji sehari. Dia kata jangan nak memandai2 makan lebih, takut malam2 aku jadi macam kuda liar...yeeehahhh!

Selalu jadi kuda jinak pun boring jugak.

*********************************

Selsema burung apa kena mengena dengan manusia?

Lately ni banyak betul penyakit binatang kena kat manusia. Mungkin sebab hari ini dah ramai manusia yang perangai tak ubah macam binatang, penyakit pun terkenan sama. Cuma yang aku rasa pelik sikit tu, kenapa penyakit2 ni asyik mula dr tempat puak2 sana tu jer. Apa lah yg mereka melampau sangat sampai Allah turunkan macam2 penyakit kat diorang ni agaknya?

Lepas ni entah apa pulak penyakit yg keluar. Jangan keluar selsema gajah sudah!

*************************

"po po, sai fan".................aku suka iklan satu ni.

Seronok pulak tengok iklan2 begini everytime ada festival celebration. Masing2 ada mesej serta keunikan tersendiri. Berbalik pada iklan kat atas tu, aku setuju dengan mesej yg cuba disampaikan. Generasi kini masyarakat cina [sepertimana masyarakat melayu kita juga] memang sudah kurang berminat utk mengekalkan tradisi mereka.

Aku tak mahu pergi jauh, jiran rumah aku contohnya, dah tak masa nak menghias rumah atau bakar mercun kehapa. Auntie sebelah rumah aku pun macam tak raya jer, senyap jer duduk dlm rumah. Menantu dia balik beraya kat kampung dia di Kedah pun aku tengok hari sabtu raya ketiga dah ada balik kat rumah. Ntah2 mak bapak dia yang halau dia balik KL. Yang sebelah lagi satu pulak asal dari Seremban lagi best, balik hari jer jumpa parents dia. Malam dah ada rumah balik. Lampu tanglung kelip2 dia pun dah berlapuk coz dari raya tahun lepas tak bukak2...jimat kos agaknya. Aku bet bila mak bapak diorang kat kampung sana dah takda memang tak raya lah diorang ni.

Teringat dulu kat kampung bila raya macam ni, cina kedai runcit tu buat kenduri sakan dengan makan besar siap babi panggang terbongkang atas meja, meriah betul diorang. Dua tiga hari jugak kedai diorang tak bukak. Yang susah nya orang melayu lah sebab nak beli barang susah, kena masuk lalu pintu belakang kalau terpaksa. Lagi satu, diorang ni pun bukannya kedekut, sapa pelanggan tetap dia mesti dapat kek [yg banyak icing kat atas] dalam kotak kaler merah, siap ikat dengan riben lagi. Dulu masa bebudak [infact orang tua pun sama] mana kira halal haram, dapat benda free macam tu balun aje ler. Limau pun dapat jugak lah. Kalau sekarang ni cina bagi aku kek macam tu, masuk tong sampah lah jawapnya..loya tekak.

Anyway itu cerita lama, dua puluh tahun dulu...mmm zaman cina beranak ramai. Sekarang ni cina berapa kerat jer yang ada anak lebih dari tiga. Jiran aku yang dua tu tadi nama jer dah kahwin tapi semua takde anak lagi. Infact couple yg duduk depan rumah and also yang selang tiga biji rumah pun takde anak jugak. Tak tahulah diorang tu semua mandul ker atau memang sengaja merancang. Aku kata, sebenarnya raya2 ni semua yang buat meriah tu sebab ada budak2 lah. Kalau takde anak mana ler nak rasa meriahnya.

January 19, 2004

Aku rasa cina nak raya pun tak sibuk macam aku seminggu dua ni. Bukan nya sibuk dengan kerja pun.

Si Ammar asyik batuk2 dua minggu lepas. Dah tiga kali aku bawak dia pergi klinik tapi still tak elok2. Malam Isnin lepas aku bawak dia pergi lagi sekali. This time doktor tu kata dlm paru2 dia dah banyak lendir so dia keluarkan referral letter utk jumpa specialist.

Next day pagi2 aku terus bawak ammar pergi SJMC. Doktor situ kata terpaksa bagi nebulizer every 3 jam plus suction 2 kali sehari utk keluarkan lendir dr paru2. So terpaksa warded. Wife aku ambik leave 4 hari jaga dia kat sana. Kesian betul aku tengok ammar masa nurse tu buat suction, dia sampai dah tak boleh nak melalak coz everytime dia melalak nurse tu jolok tekak dia dengan tiub nak bagi dia muntah. Kalau aku yang kena macam tu mahu nurse tu kena terajang.

Aku yang kat rumah pun macam tak cukup tangan nak meng'sure heboh'kan budak dua orang tu. Nak siapkan makan minum diorang, baju sekolah blablabla. Petang pulak kena ambik diorang pastu terus pergi hospital. Nasib baik hari Sabtu dapat discharged....alhamdulillah! Doktor pesan seminggu dua ni jangan bawak ammar keluar jalan2 kat tempat ramai org. Duduk rumah jer.

Aku rasa poket aku pun kempis semacam jer lately ni......yep! betul tu doktor, duduk rumah lagi bagus!

January 06, 2004

Saya sedang sibuk buat report!

...ni kira update jugak laa hahaha!

December 31, 2003

Hari hari dengar org mati kena bunuh..kena langgar...madness!

Kenapa diorang ni suddenly boleh jadi so violent...agaknya mereka termakan daging lembu gila import dari amerika kut!

aku suspect...McDonald.

December 26, 2003

Perangai lama aku dah datang balik...cut & paste yay!

Kisah si pencari kayu api

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang,hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari. "Bukan...", jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?", tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?, duga pari-pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab si pencari kayu jujur. Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh kedalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...". Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersam-samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?," tanya pari-pari menduga. "Yes..yes", jawab si pencari kayu. Pari-pari begitu marah, "Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham. Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA' tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak maintain semua tu... Sebab itulah hamba kata YA!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.

source : forwarded email

.....pari pari, dimana kau. Aku pun nak Siti jugak!

December 24, 2003

imagine ko jadi seekor ikan hidup dlm satu akuarium bersama 38 ekor ikan2 yg lain pelbagai species. Memula mungkin kau rasa macam seronok, ramai kawan2. Macam2 kau boleh belajar tentang mereka.

Tapi lelama baru kau tahu dunia akuarium tu macamana....bosan lagi membosankan. Baru kau tahu betapa kotornya air akuarium yg terkandung taik2 dan kencing2 ikan walaupun zahirnya nampak macam bersih. Perangai buruk ikan takpayah nak cakap lah, rupanya ramai jugak yg kaki kipas, yg tamak, yang pentingkan diri sendiri, gila pangkat..blablabla. Kau ingat kau jer meluat tengok ikan2 lain padahal mereka pun meluat juga tengok kau. Kau pun bukan bagus sangat

....aku memang dah mereng! Aku tulis ni aku sendiri yg gelak. Sikit masa lagi mungkin aku akan masuk tanjung rambutan.

-----------------

terimakasih banyak2 nectar sebab rajin dtg sini. Sorry tak rajin tulis apa2 kat sana. Aku rasa modblog tu macam danchan, nak add comment kena sign-up/register dulu...malas nyer aku! Nanti lah..

-----------------

bertuah betul org nama start huruf 'a' ni, nama selalu duduk dlm top list...hihihi!

December 23, 2003

Kau pernah tengok lanun dapat harta? Macam budak2. Silap2 ketua lanun pun boleh hilang authority woo..!

kadangkadang duduk diam lagi bagus....zipppp!

December 22, 2003

try test!

blogger pun gila juga, penat aku tulis tapi bila post kat draft terus lesap.

------------

Aku kata hari tu aku busy buat benda lain. Sebenarnya tempat kerja aku ada buat pertandingan dekorasi aidilfitri & tahun baru, sejak dr lepas raya lagi. Jumaat lepas baru announce result, jabatan aku dinobatkan pemenang tempat ke-3...yay!

Semua org tumpang gembira. Yang tak tolong apa pun bersorak sama. Pastu mula lah ungkit2 dia tolong sini sana. Yang jadi kuli batak tebal muka sebenarnya lima enam orang jer, diorang tu ramai tukang kondem, komplen sini sana...biasalah!

Kalau nak compare dengan jabatan lain rasa macam tak percaya pulak macamana boleh menang almaklumlah low budget, terpaksa guna kreativiti lebih utk memanfaatkan apa yg ada [recycle] apart from keluasan ruang utk dihias yang sempit. Mungkin konsep yg dipertengahkan kena dengan tajuk serta lain dr yg lain menjadi faktor utama kemenangan..agaknya lah. Kalau buat grand giler tapi tak kena tajuk pun tak guna juga. Tempat pertama dan kedua memang layak menang sebab duit dah banyak keluar, hire consultant pun ada, kalau tak menang mahu bakar panggung wayang....oppss!

Bunyi jer menang tempat ke-3 tapi hadiah tak banyak mana pun , RM1,000 jer. Lagi nak kena kongsi ramai2. Pikir2 balik pun tak adil juga, ada org keluar duit lebih nanti dapat sama dgn org lain mesti tak puas hati..susah betul. Kengkadang kalah pun lagi bagus, orang tak tamak! Tapi bila kalah, tukang buat pulak yg kena jadi 'punching bag'.

"Everybody loves a winner but when you lose, you lose alone" - soul asylum

December 18, 2003

tuk! tuk! tuk!

err...aloo...aloo..tuan rumah takda kaa?

Amd dia dah pencen!

------------

aku mungkin pemalas tapi aku belum lagi lupa yg aku ada blog....heh!

Isnin & selasa lepas aku pergi bawak anak2 aku bercuti kat Bukit Tinggi. Bukit tinggi memang sesuai dengan namanya.....memang tinggi. Kereta aku telan minyak macam minum air sambil menjerit meraung raung.

Aku pening lalat macam nak muntah bila sampai kat atas bukit tuh, jalan dia macam ular. Hmmm....rasa macam pergi oversea pulak. Bukan kat Peranchis tapi kat S'pore pulak, penuh dengan puak dia sesaja.

Aku pergi Rabbit Park. Puas aku cari 200 ekor arnab pelbagai species dr lebih 4 negara, yang nampak rasanya 50 ekor jer yg lari sini lari sana. Balance lagi 150 tu menyorok dlm tanah kot! Duduk dlm tanah lagi aman dr duduk atas tanah....rest in peace!

Japanese Tea Garden..cantik! Sakit pinggang aku naik bukit tinggi tinggi nih.

------------

aku mahu tulis pendek2 saja...sesuai dengan aku yg pemalas!

December 03, 2003

Satu Hari Di Hari Raya [ M.Nasir ]*

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kawan kawan...dah seminggu raya baru nak ucap kat engkorang [ aku memang takleh harap] . Mintak maaf kalau ada silap dan salah, terkasar bahasa dan sebagainya. Aku pun maaf kan engkorang jugak lah almaklumlah engkorang kan selalu kutuk aku hehehe!

* Lagu raya favourite aku sebab lirik dia in-line dengan tujuan sambutan Hari Raya tu sendiri. Hari raya aku rasa ialah hari kita melahirkan rasa kesyukuran kerana berjaya melaksanakan rukun Islam yg ke-3. So kena lah ceria sikit. lagu2 raya yg mendayu2 tangkap leleh cam dendang Perantau, Sepasang Kurung biru blablabla tu macam tak kena jer....kak G *wink**wink* hahaha!

November 14, 2003

huh...sedar tak sedar dah 19 Ramadhan rupanya hari ni, cepat sungguh masa berlalu. Rugi pula rasanya bila teringat berapa banyak peluang beribadat yang Allah janjikan pahala berlipat ganda aku tak manfaatkan sebaiknya. Asyik ingat dunia jer. Tahun depan entah sempat entah tidak nak jumpa bulan Ramadhan yg mulia ni lagi....hmmm!

Kawan2, kita ada kurang 11 hari lagi nak berpuasa...jom kita perbanyakkan amalan dan bertaubat diwaktu2 terakhir ni supaya kita beroleh keampunan dr Allah swt atas dosa2 yg kita pernah lakukan. Emm...kalau boleh jangan pulak kita terlepas nak buat sembahyang sunat terawih yg hanya ada dlm bulan Ramadhan ni jer dalam kita menyiapkan diri utk beraya...rugi! Kena pulak yang jatuhnya dimalam Lailatulqadar, malam yang Allah janjikan pahala yg sama dengan ibadat seribu bulan...masyaAllah. Sesungguhnya Allah juga yang mengetahui dan memilih sesiapa yg DIA kehendaki utk dianugerahkan keampunan serta pahala yg banyak...harap2 kita ni tergolong dlm org yg terpilih...aminn!

*************************************

Sebut pasal solat sunat terawih ni aku tengok surau kat tempat aku tu masih lagi ramai yg datang walaupun tak sepenuh masa awal2 ramadhan dulu. Teringat masa first day tu aku datang lambat sikit...bukan sikit pun, imam masih lagi rakaat pertama sembahyang Isyak tapi aku nak masuk kedalam pun tak boleh sebab kat pintu masuk tepi tangga tu pun ada org sembahyang, terpaksa pulak aku panjat pagar bahagian belakang utk masuk saf yg paling last. Tu pun baru kat bahagian luar masjid yg dgn lantai tikar plastik jer, bukan kat dlm masjid yg ada karpet tuh. Yang kelakarnya kat saf yg last tu penuh dengan bebudak so aku tarik sorang yg paling kecik suruh dia takyah semayang, bagi aku yang sembahyang......hahaha! *evil grins* Alah dia tu kecik lagi, belum akil baligh mana wajib sembahyang, aku lainlah....lagi sekali hahahaha! Aku memang jahat...aku terpaksa! Tapi sekarang ni kalau datang masa imam dah rakaat akhir nak bagi salam pun boleh masuk, kat karpet lagi.

Cuma yg tak best tu ramai yg buat 8 rakaat jer pastu balik. Dari 10 saf tetiba jer susut tinggal 3 saf. Semalam aku tengok lagi syahdu...tinggal satu suku saf jer. Rupanya lagi dekat nak akhir ramadhan lagi makin kurang pulak org datang....typical melayu?

Anyway aku rasa tahun ni mencabar sikit nak buat terawih almaklumlah tengah musim hujan, siang hujan malam pun hujan. Banyak kali jugak aku ter missed hehehe! wey...aku pun macam orang lain yg malas pergi masjid jugak...bukan macam korang lah! Musim2 hujan ni satu jer yang aku tak larat...nyamuk banyak, tak boleh nak concentrate betul...kekejap garu sini garu sana, anyway tu semua kan dugaaaan! Jangan sampai aku kena denggi lagi sudah. Oh ya..tahun lepas pun aku kena denggi time bulan puasa jugak...ishhhk!

*********************************

Memandangkan bulan ni aku tak banyak tulis entry so aku nak bagi panjang sikit. Sebenarnya aku rasa dugaan yg diterima dlm bulan puasa ni takdelah seberapa berbanding yg mrs.amd alami. Dia lagi teruk. Dia kena chicken pox berjangkit dr Haziq sampai habis satu badan gelembung2 besar2 keluar [org kata biasanya org yg berjangkit kena lagi teruk dr yg menjangkit...konpius?]. Dah seminggu lebih dia MC, duduk kat rumah jer. Minggu lepas mak aku datang bawak ubat dr kampung utk menantu dia. Kau tahulah ubat kampung, siap kena mandi kacang hijau dengan minum air yg org 'tawar' kehapa. Mak aku suruh aku cari daun bambu yg biasa org India guna utk buat ubat. Dulu aku pernah pergi ambik daun ni dengan abang aku kat Sg Way tapi itu lima enam tahun dulu, mana aku ingat lagik. Lagipun pokok ni tepi jalan rumah org jer pastu daun dia lebih kurang sama cam daun pokok lain. So dengan ingat2 lupa tu aku pun main redah jer Kat Sg Way tu cari daun ni. Tengok lebih kurang cam daun kari sikit aku pun ambik segenggam yg bahagian hujung pucuk. Malam tu abang aku dtg rumah dia gelakkan aku pasal pergi ambik salah daun hehehe! Dia kata kalau nak lagi bagus kena suruh sami kuil India ambikkan pastu tawar2 sikit, gerenti mujarab....aku kata itu 'manderam' mana boleh, kang tak pasal2 keluar cakap India pulak mrs.amd tu. Next day tu aku bawak mak aku sekali pergi cari, rupanya pokok dia punyalah besar..dulu aku pergi pokok tu kecik lagi, mana aku tahu dia dah besar giler.

Apa apa pun alhamdulillah chicken pox dia tu pun dah okay sikit. Sepatutnya minggu depan kena kerja balik tapi aku rasa macam dia kena ambik MC lagik. Bukannya pasal tak boleh nak kerja tapi tentu kesan bintik2 tu gatal, mesti dia tak selesa [apart from dah terbiasa bermalas2 kat rumah sambil mengadap TV tengok 'pangako sayo' hahaha!]. Cuma alhamdulillah jugak, dlm macam tu pun takde pulak dia tinggal puasa. Aku kata, bila kita puasa dlm keadaan kita diuji olah Allah tentu lebih besar pahala...wallahualam