December 31, 2003

Hari hari dengar org mati kena bunuh..kena langgar...madness!

Kenapa diorang ni suddenly boleh jadi so violent...agaknya mereka termakan daging lembu gila import dari amerika kut!

aku suspect...McDonald.

December 26, 2003

Perangai lama aku dah datang balik...cut & paste yay!

Kisah si pencari kayu api

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang,hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari. "Bukan...", jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?", tanya pari-pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?, duga pari-pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab si pencari kayu jujur. Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh kedalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...". Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersam-samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?," tanya pari-pari menduga. "Yes..yes", jawab si pencari kayu. Pari-pari begitu marah, "Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham. Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA' tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak maintain semua tu... Sebab itulah hamba kata YA!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.

source : forwarded email

.....pari pari, dimana kau. Aku pun nak Siti jugak!

December 24, 2003

imagine ko jadi seekor ikan hidup dlm satu akuarium bersama 38 ekor ikan2 yg lain pelbagai species. Memula mungkin kau rasa macam seronok, ramai kawan2. Macam2 kau boleh belajar tentang mereka.

Tapi lelama baru kau tahu dunia akuarium tu macamana....bosan lagi membosankan. Baru kau tahu betapa kotornya air akuarium yg terkandung taik2 dan kencing2 ikan walaupun zahirnya nampak macam bersih. Perangai buruk ikan takpayah nak cakap lah, rupanya ramai jugak yg kaki kipas, yg tamak, yang pentingkan diri sendiri, gila pangkat..blablabla. Kau ingat kau jer meluat tengok ikan2 lain padahal mereka pun meluat juga tengok kau. Kau pun bukan bagus sangat

....aku memang dah mereng! Aku tulis ni aku sendiri yg gelak. Sikit masa lagi mungkin aku akan masuk tanjung rambutan.

-----------------

terimakasih banyak2 nectar sebab rajin dtg sini. Sorry tak rajin tulis apa2 kat sana. Aku rasa modblog tu macam danchan, nak add comment kena sign-up/register dulu...malas nyer aku! Nanti lah..

-----------------

bertuah betul org nama start huruf 'a' ni, nama selalu duduk dlm top list...hihihi!

December 23, 2003

Kau pernah tengok lanun dapat harta? Macam budak2. Silap2 ketua lanun pun boleh hilang authority woo..!

kadangkadang duduk diam lagi bagus....zipppp!

December 22, 2003

try test!

blogger pun gila juga, penat aku tulis tapi bila post kat draft terus lesap.

------------

Aku kata hari tu aku busy buat benda lain. Sebenarnya tempat kerja aku ada buat pertandingan dekorasi aidilfitri & tahun baru, sejak dr lepas raya lagi. Jumaat lepas baru announce result, jabatan aku dinobatkan pemenang tempat ke-3...yay!

Semua org tumpang gembira. Yang tak tolong apa pun bersorak sama. Pastu mula lah ungkit2 dia tolong sini sana. Yang jadi kuli batak tebal muka sebenarnya lima enam orang jer, diorang tu ramai tukang kondem, komplen sini sana...biasalah!

Kalau nak compare dengan jabatan lain rasa macam tak percaya pulak macamana boleh menang almaklumlah low budget, terpaksa guna kreativiti lebih utk memanfaatkan apa yg ada [recycle] apart from keluasan ruang utk dihias yang sempit. Mungkin konsep yg dipertengahkan kena dengan tajuk serta lain dr yg lain menjadi faktor utama kemenangan..agaknya lah. Kalau buat grand giler tapi tak kena tajuk pun tak guna juga. Tempat pertama dan kedua memang layak menang sebab duit dah banyak keluar, hire consultant pun ada, kalau tak menang mahu bakar panggung wayang....oppss!

Bunyi jer menang tempat ke-3 tapi hadiah tak banyak mana pun , RM1,000 jer. Lagi nak kena kongsi ramai2. Pikir2 balik pun tak adil juga, ada org keluar duit lebih nanti dapat sama dgn org lain mesti tak puas hati..susah betul. Kengkadang kalah pun lagi bagus, orang tak tamak! Tapi bila kalah, tukang buat pulak yg kena jadi 'punching bag'.

"Everybody loves a winner but when you lose, you lose alone" - soul asylum

December 18, 2003

tuk! tuk! tuk!

err...aloo...aloo..tuan rumah takda kaa?

Amd dia dah pencen!

------------

aku mungkin pemalas tapi aku belum lagi lupa yg aku ada blog....heh!

Isnin & selasa lepas aku pergi bawak anak2 aku bercuti kat Bukit Tinggi. Bukit tinggi memang sesuai dengan namanya.....memang tinggi. Kereta aku telan minyak macam minum air sambil menjerit meraung raung.

Aku pening lalat macam nak muntah bila sampai kat atas bukit tuh, jalan dia macam ular. Hmmm....rasa macam pergi oversea pulak. Bukan kat Peranchis tapi kat S'pore pulak, penuh dengan puak dia sesaja.

Aku pergi Rabbit Park. Puas aku cari 200 ekor arnab pelbagai species dr lebih 4 negara, yang nampak rasanya 50 ekor jer yg lari sini lari sana. Balance lagi 150 tu menyorok dlm tanah kot! Duduk dlm tanah lagi aman dr duduk atas tanah....rest in peace!

Japanese Tea Garden..cantik! Sakit pinggang aku naik bukit tinggi tinggi nih.

------------

aku mahu tulis pendek2 saja...sesuai dengan aku yg pemalas!

December 03, 2003

Satu Hari Di Hari Raya [ M.Nasir ]*

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kawan kawan...dah seminggu raya baru nak ucap kat engkorang [ aku memang takleh harap] . Mintak maaf kalau ada silap dan salah, terkasar bahasa dan sebagainya. Aku pun maaf kan engkorang jugak lah almaklumlah engkorang kan selalu kutuk aku hehehe!

* Lagu raya favourite aku sebab lirik dia in-line dengan tujuan sambutan Hari Raya tu sendiri. Hari raya aku rasa ialah hari kita melahirkan rasa kesyukuran kerana berjaya melaksanakan rukun Islam yg ke-3. So kena lah ceria sikit. lagu2 raya yg mendayu2 tangkap leleh cam dendang Perantau, Sepasang Kurung biru blablabla tu macam tak kena jer....kak G *wink**wink* hahaha!

November 14, 2003

huh...sedar tak sedar dah 19 Ramadhan rupanya hari ni, cepat sungguh masa berlalu. Rugi pula rasanya bila teringat berapa banyak peluang beribadat yang Allah janjikan pahala berlipat ganda aku tak manfaatkan sebaiknya. Asyik ingat dunia jer. Tahun depan entah sempat entah tidak nak jumpa bulan Ramadhan yg mulia ni lagi....hmmm!

Kawan2, kita ada kurang 11 hari lagi nak berpuasa...jom kita perbanyakkan amalan dan bertaubat diwaktu2 terakhir ni supaya kita beroleh keampunan dr Allah swt atas dosa2 yg kita pernah lakukan. Emm...kalau boleh jangan pulak kita terlepas nak buat sembahyang sunat terawih yg hanya ada dlm bulan Ramadhan ni jer dalam kita menyiapkan diri utk beraya...rugi! Kena pulak yang jatuhnya dimalam Lailatulqadar, malam yang Allah janjikan pahala yg sama dengan ibadat seribu bulan...masyaAllah. Sesungguhnya Allah juga yang mengetahui dan memilih sesiapa yg DIA kehendaki utk dianugerahkan keampunan serta pahala yg banyak...harap2 kita ni tergolong dlm org yg terpilih...aminn!

*************************************

Sebut pasal solat sunat terawih ni aku tengok surau kat tempat aku tu masih lagi ramai yg datang walaupun tak sepenuh masa awal2 ramadhan dulu. Teringat masa first day tu aku datang lambat sikit...bukan sikit pun, imam masih lagi rakaat pertama sembahyang Isyak tapi aku nak masuk kedalam pun tak boleh sebab kat pintu masuk tepi tangga tu pun ada org sembahyang, terpaksa pulak aku panjat pagar bahagian belakang utk masuk saf yg paling last. Tu pun baru kat bahagian luar masjid yg dgn lantai tikar plastik jer, bukan kat dlm masjid yg ada karpet tuh. Yang kelakarnya kat saf yg last tu penuh dengan bebudak so aku tarik sorang yg paling kecik suruh dia takyah semayang, bagi aku yang sembahyang......hahaha! *evil grins* Alah dia tu kecik lagi, belum akil baligh mana wajib sembahyang, aku lainlah....lagi sekali hahahaha! Aku memang jahat...aku terpaksa! Tapi sekarang ni kalau datang masa imam dah rakaat akhir nak bagi salam pun boleh masuk, kat karpet lagi.

Cuma yg tak best tu ramai yg buat 8 rakaat jer pastu balik. Dari 10 saf tetiba jer susut tinggal 3 saf. Semalam aku tengok lagi syahdu...tinggal satu suku saf jer. Rupanya lagi dekat nak akhir ramadhan lagi makin kurang pulak org datang....typical melayu?

Anyway aku rasa tahun ni mencabar sikit nak buat terawih almaklumlah tengah musim hujan, siang hujan malam pun hujan. Banyak kali jugak aku ter missed hehehe! wey...aku pun macam orang lain yg malas pergi masjid jugak...bukan macam korang lah! Musim2 hujan ni satu jer yang aku tak larat...nyamuk banyak, tak boleh nak concentrate betul...kekejap garu sini garu sana, anyway tu semua kan dugaaaan! Jangan sampai aku kena denggi lagi sudah. Oh ya..tahun lepas pun aku kena denggi time bulan puasa jugak...ishhhk!

*********************************

Memandangkan bulan ni aku tak banyak tulis entry so aku nak bagi panjang sikit. Sebenarnya aku rasa dugaan yg diterima dlm bulan puasa ni takdelah seberapa berbanding yg mrs.amd alami. Dia lagi teruk. Dia kena chicken pox berjangkit dr Haziq sampai habis satu badan gelembung2 besar2 keluar [org kata biasanya org yg berjangkit kena lagi teruk dr yg menjangkit...konpius?]. Dah seminggu lebih dia MC, duduk kat rumah jer. Minggu lepas mak aku datang bawak ubat dr kampung utk menantu dia. Kau tahulah ubat kampung, siap kena mandi kacang hijau dengan minum air yg org 'tawar' kehapa. Mak aku suruh aku cari daun bambu yg biasa org India guna utk buat ubat. Dulu aku pernah pergi ambik daun ni dengan abang aku kat Sg Way tapi itu lima enam tahun dulu, mana aku ingat lagik. Lagipun pokok ni tepi jalan rumah org jer pastu daun dia lebih kurang sama cam daun pokok lain. So dengan ingat2 lupa tu aku pun main redah jer Kat Sg Way tu cari daun ni. Tengok lebih kurang cam daun kari sikit aku pun ambik segenggam yg bahagian hujung pucuk. Malam tu abang aku dtg rumah dia gelakkan aku pasal pergi ambik salah daun hehehe! Dia kata kalau nak lagi bagus kena suruh sami kuil India ambikkan pastu tawar2 sikit, gerenti mujarab....aku kata itu 'manderam' mana boleh, kang tak pasal2 keluar cakap India pulak mrs.amd tu. Next day tu aku bawak mak aku sekali pergi cari, rupanya pokok dia punyalah besar..dulu aku pergi pokok tu kecik lagi, mana aku tahu dia dah besar giler.

Apa apa pun alhamdulillah chicken pox dia tu pun dah okay sikit. Sepatutnya minggu depan kena kerja balik tapi aku rasa macam dia kena ambik MC lagik. Bukannya pasal tak boleh nak kerja tapi tentu kesan bintik2 tu gatal, mesti dia tak selesa [apart from dah terbiasa bermalas2 kat rumah sambil mengadap TV tengok 'pangako sayo' hahaha!]. Cuma alhamdulillah jugak, dlm macam tu pun takde pulak dia tinggal puasa. Aku kata, bila kita puasa dlm keadaan kita diuji olah Allah tentu lebih besar pahala...wallahualam

October 31, 2003

Sakit mata minggu lepas lagi dah okay tapi dia punya side effect kemungkinan ada kena mengena dengan aku hilang momentum nak update blog...ihik! Minggu lepas aku pergi SJMC utk check mata. Opthamalogist [betul ke aku eja ni] on call hari tu mak aaii...mak datin seksi giler err ala2 Zalina Azman. Mata aku yg cemey jam2 tu terus jadi okay. Nasib baik laa hari tu belum puasa lagi, kalau tak mahu abis pahala dek tengok dia ajer. Dia kata sakit mata aku dah nak recover tapi dia bagi aku mc 3 hari utk bersantai2 kat rumah...ewah, pastu suruh datang utk follow up yang mana aku purposely buat2 lupa nak pergi. Anyway lega laa jugak bila mata dah tak sakit lagi, mintak2 lepas ni jangan lah kena lagik...letih dibuatnya.

Teringat pulak bulan puasa tahun lepas masa aku kena denggi sampai 8 hari tak puasa. Guess what? hari rabu lepas sepupu aku pulak kena denggi..admitted kat Hospital Tmn Desa. Aku lawat dia malam rabu lepas. Sampai hari ni belum lagi dapat puasa. Dengar macam best jer kalau tak puasa tapi kalau dah sakit takde yg best nyer, bukannya ada selera nak makan pun. Satu hal pulak nak kena ganti puasa lepas raya nanti. Sebab tu kadang2 kita kena bersyukur sebab boleh berpuasa....satu nikmat jugak tuh.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka kengkawan!

October 19, 2003

Macam macam penyakit

conjuctivitis Aku selalu kata yang penyakit tu pun rahmat Allah jugak. Cakap memang senang tapi bila terkena tu baru tahu azabnya bila nikmat yg Allah bagi selama ni DIA tarik sikit.

Dah seminggu aku sakit mata. Letih jugak nak ke klinik coz everytime pergi doktor bagi dua hari jer mc. So far dah tiga kali aku mengadap dia, macam takde kerja lain. Memula dia prescribe utk aku ubat yg biasa punya pastu takde perubahan so dia bagi pulak aku yg strong punya...humangai, cam nak terbakar mato den. Atlast dia suruh guna balik ubat yg biasa tu balik. Dia kata kalau tak okay jugak besok [Isnin] dia nak refer aku kat SJMC in which aku rasa memang kena pergi jugak laa coz merah kat mata ni macam tak kurang pun. Ntah berapa lama lagi lak aku nak ambik mc agaknya...which mean blog ni pun tak bila lah lagi nak ber update.

Macam kaK G kata, bila sorang satu rumah pun kena. Guess what...siAmmar yg kenit tu pun kena, nasib baik yg mild punya. Dia kena serentak dgn aku and 3 hari lepas tu dah okay, baba dia jer yg sampai sekarang ni tak okay2 jugak..uhuk! Paling latest mrs.amd pun kata mata dia dah mula merah....aku kata "baru fair, semua org kena hark!"

Wait..bukan sakit mata jer. Baik dari sakit mata si Haziq pulak kena demam campak. Start kena hari Khamis. Habis satu badan bintik2. Lepas aku paksa dia minum air kelapa muda dua bijik bukan main cepat pulak bintik2 tu timbul, sampai kat tapak2 tangan pun ada. Aku yg sakit mata ni kena pulak jaga dia kat rumah. Berpinau mata nak menyapu ubat kat semua bintik2 tuh. Alhamdulillah aku tengok hari ni semuanya dah kering, cuma nak tunggu tanggal jer. Anyway kena masa kecik2 ni lagi okay dr bila dah besar2 kena, cepat lah sikit bintik2 tu hilang. Aku dulu pun kena masa kecik2 jugak...yay!

Selidik punya selidik rupanya sakit mata ngan campak ni rupanya dr sekolah tadika bebudak tu. Ramai jugak bebudak sekolah tadika tu kena. Problemnya bila ada mak bapak yg dah tahu anak sakit tapi hantar jugak ke tadika. Memang boleh kuarantin tapi ko tahu laa budak2, mana suka kena kurung, atlast terpaksa biar jugak diorang campur...kata cikgu sekolah tu lah. Aku kata...sabar je lah!

Lepas ni ntah apa penyakit laa pulak.

Conjunctivitis / Red Eye

October 10, 2003

electric chair

Orang tu dulu masa dia berkuasa dia rasa macam dia kekal duduk kat kerusi empuk dia tu sampai bila2 tapi itu masa orang suka dia laa. Sekarang orang dah tahu pekung dia orang letak dia pulak kat kerusi cam gambar kat atas tu. Cuma aku takut dia jer yang tak perasan kerusi tu utk apa.

Dia lah orang yang suka lalu lalang kat belakang aku masa aku tengah bukak internet...padan muka kau hahahaha! Lepas ni takdelah org nak kacau aku lagik...harap2 laa.

Appraisal? Aku kan kepala batu, mesti nak betul jer. Anyway yg dia kata betul aku angguk2 jer lah. Lepas bertekak itu ini hampir dua jam setengah naik ler sikit point aku..ihik! Mesti dia menyesal dapat anak buah macam aku. Apa apa pun out of 5 diorang bagi aku 3, kira okay laa sebab pada pendapat aku hanya org yg workaholic atau kaki bodek atau mereka2 yang berkepentingan jer yang ada chance dapat 4 dan hanya 'superman' jer boleh dapat 5. Aku cuma kuli yang perasan macam bagus jer. Lagi pun dapat bebanyak pun bukan buleh naik pangkat sebab tahun lepas dah naik pangkat takkan tahun ni pun boleh naik lagi...nahh! Bagi chance lah pulak kat orang lain.

p/s-dulu masa naik pangkat takde lah pulak workaholic kehapa..ntah2 thn lepas aku pun kaki bodek jugak kahkahkah.

October 09, 2003

Arnold jadi gabenor. Macam filem hollywood pulak. Tinggi sungguh impian orang2 amerika ni ek! Mungkin banyak sangat buat filem fantasi sampai realiti mereka pun jadi fantasi jugak.

Aku cuma rasa yang election diorang ni pun bukannya apa, tak lebih dari gimik politik semata2. Macam jugak buat filem, kalau kau nak filem kau laku, watak utama mesti kena bagi kat orang yang semua orang suka..yang popular. Tak kira lah jalan ceritanya macam mana. Kalau skrip bagus boleh lah pulak ko buat sequence. Kalau tak okay..sekali tu je lah. Ko pikir si Arnold ni pandai ke nak berpolitik...nahh!

Aku pun nak berfantasi jugak. Aku tengah bayangkan orang itu tetiba kata "Ishhkk...saya takjadi nak letak jawatan, saya belum bersedia". Dalam politik takde satu pun yang mustahil.

October 06, 2003

Mrs.amd tanya kat aku kenapa aku tak update, aku kata yang aku dah gantung keyboard....hahahha!

Mintak mahap laa kawan2, aku memang hampeh! Aku lagi rela ketuk ketampi banyak kali [err...max 10 kali paling banyak laa, lebih2 nanti org kata aku gila pulak] dari update blog kalau aku takde mood. Thanks again to those yg sudi dtg sini.

Bukan sibuk dengan kerja pun. Infact banyak kerja yang dah settled sampai aku terpaksa mintak org tolak kerja diorang kat aku sikit utk cover tray aku yang menyerlah kekosongan. Tapi still aku tak rasa macam nak update blog. Rasa macam blur jer everytime nak start tulis entry.

Mungkin lately ni aku rasa fokus aku banyak bertumpu pada anak2. Balik kerja jer mesti nak kena main2 dengan diorang. Ammar dah makin pandai main2 dengan aku, bila tengok dia senyum jer aku rasa cam selesai semua masalah. Dah pandai meniarap dan golek2. Dua tiga kali gak kepala terantuk kat lantai sebab terlebih golek..hark! Mesti melalak kalau acah2 dia pastu tak angkat bawak jalan.

Si Haziq pulak kena sakit mata, aku rasa yg ni dapat kat sekolah tadika. Habis merah mata kiri dia. Khamis malam aku bawak pergi klinik. Doktor kata "Adik ni tak boleh pergi sekolah, Dr kena bagi MC". Rasa cam kelakar pulak bila dengar "MC" tu, ingatkan org tua jer dapat MC..ihik! Korang mesti tergelak kalau tengok masa first time aku titik ubat kat mata siHaziq, macam orang bergusti..penakut betul budak sorang ni. Terpaksa lah hari Jumaat aku ambik EL utk jaga diorang...off course si Asyraf pun nak cuti jugak, bertuah lah kalau dia nak pergi sekolah kalau abang dia cuti. Pagi tu balik dr hantar mrs.amd pergi kerja aku bagi diorang melantak roti canai pastu tengahari aku masak utk diorang maggi 2 bungkus...senang jer. Aku memang 'bapak mentali'....yay!

Malam jumaat balik Alor Gajah. Rutin biasa, pagi2 kena kerah tulang empat kerat tolak mesin rumput keliling dua rumah [sekali ngan rumah atuk lah]. Nak jadi cerita masa nak mesin last spot aku dengar bunyi berdentum kat bawah mesin. Matikan enjin aku pun angkat sikit bawah dia. Amik kau, bukan mata mesin tu jer tercabut, dengan tempat pemegang mata tu sekali...siap tercampak jauh lagi. Pikir2 balik kalau lah terkena kaki aku jawapnya berjahit laa, mahu dapat MC sebulan. Atuk siap garuk kepala lagi bila aku tunjuk besi yg patah tu. Anyway benda pun dah lama, about time pun nak patah. Masa nak balik aku hulur sikit duit suruh dia ganti baru pemegang yg patah tu...kesian atuk, tak pasal2 satu kerja dia nak bawak mesin tu pergi kedai.

Balik senawang, siAsyraf pulak kena sakit mata. Satu kerja nak bawak dia pulak ke klinik, sampai2 pulak punyalah ramai org menunggu. Ramai betul org yg sakit kat Senawang tu ek! Petang Ahad macam biasa...basuh kereta time! Lepas maghrib, makan malam dulul pastu terus balik. Sampai puchong, tak lama lepas tu...hujan! Kereta aku yg berkilat2 tadi terus kotor balik....argghhhh!

Hari ni budak duorang tu still sakit mata, turn mrs.amd pulak ambik EL jaga diorang hehehe!

Aku bukannya peminat Anuar Zain, infact tak suka giler. Tapi aku rasa lately aku asyik kemaruk dengar lagu mamat ni...best! Lagu Mungkin dah ada and tengah cari lagu Sesuci Cintamu, ada sesapa tahu camna nak dapat lagu ni?

Gambar tok guru yg orang forward kat aku, siap paste besar2 lagik...caya lah :

Tok Guru Nik Aziz

September 18, 2003

lagu Merpati Putih,OAG versi aku :

aku umpama merpati putih
patah sayapnya di udara

aku umpama merpati putih
patah sayapnya di udara

...kelepap...kelepap...kelepap...adehhhh!

September 12, 2003

cerita ntah hapa2 ntah!

Seekor kura² kecil sedang memanjat pohon dengan sangat perlahan. Setelah ber-jam² akhirnya dia sampai juga di puncak pohon. Kemudian dari puncak pohon dia melompat ke udara dan melambai lambaikan kedua kaki depannya,
lalu jatuh gedebuk ketanah dengan kuat. Lalu pengsan...

Setelah sedar dari pengsannya, dia mulai lagi memanjat pohon tadi, kemudian melompat lagi keudara dan jatuh gedebuk lagi ketanah. kemudian dia melakukannya berkali kali , sementara sepasang burung yang hinggap di dahan
pohon itu terus mengawasi kura² kecil yang sudah teruk benar menahan kesakitan tu akibat jatuh berkali kali.

Tiba tiba burung betina berkata kepada burung jantannya, "abang....saya rasa dah tiba masanya kita berterus terang dan beritau boboi yang dia tu anak angkat kita jer" sambil memandang simpati kepada kura kura kecil tersebut.

moral : cermin2 lah diri anda..erk releven ke ni?

* Click kat sini utk gambar2 masa Lawatan ilmiyyah diSelatan Thailand bulan lepas, tak habis buat lagi plus tak boleh nak load semua coz a/c webshot aku dah penuh hehehe!

September 09, 2003

Aku tertarik dengan kolum 'rencana dan pendapat' dlm Berita Minggu ahad lepas [7.9.2003], artikel berkenaan dgn hukum hudud especially bab liwat yg tengah panas diperkatakan sekarang ni. Aku paste kat bawah ni utk korang baca, of course aku pun sekali laa :

Bicara: Hukum hudud Kelantan, Terengganu mengelirukan
Oleh Ziauddin Sharuddin

SEKSYEN 16 dan 14 dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Terengganu dan Kelantan, menimbulkan kontroversi apabila dikatakan membenarkan suami melakukan perbuatan liwat terhadap isteri. Kedua-dua seksyen itu berbunyi: Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii, iaitu melalui dubur. Tiga patah perkataan yang membawa kepada kontroversi itu ialah `selain daripada isterinya’. Wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN menemu bual pakar undang-undang jenayah Islam, Dr Nasimah Hussin, yang juga Penolong Profesor di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), untuk mengupas latar belakang dan huraian mengenai kontroversi itu.

APAKAH fakta sebenar mengenai Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang dikatakan membenarkan suami meliwat isteri?

Saya rasa berlaku salah faham berhubung perkara ini. Kedua-dua seksyen itu sebenarnya membincangkan mengenai hudud, bukan takzir. Yang dimaksudkan dalam seksyen itu ialah mengenai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hudud, bukan mengikut hukuman takzir.

Antara kesalahan yang dikenakan hudud ialah perbuatan liwat, tetapi hanya mereka yang melakukan persetubuhan melalui dubur `selain daripada isterinya’ dikenakan hukuman hudud, iaitu hukuman maksimum. Ada satu hukuman lagi, iaitu mengikut takzir. Kalau dia buat (suami terhadap isteri), hukuman dijatuhkan mengikut takzir. Ini tidak bermaksud benda ini (liwat) tidak haram. Ia tetap haram tetapi suami yang meliwat isteri tidak dihukum mengikut hudud, tetapi mengikut takzir. Maksudnya perbuatan suami itu tidak terlepas, cuma tidak dikenakan hukuman maksimum kerana di sini ada doubt (keraguan), tidak kena hukuman maksimum mengikut hudud tidak bermakna terlepas dari hukuman takzir.

Mengikut enakmen ini, hukuman mengikut hudud ialah jika muhsan atau yang telah berkahwin, rejam hingga mati dan jika belum berkahwin, 100 kali sebatan. Hukuman mengikut takzir pula tertakluk kepada budi bicara hakim.

Orang biasa mungkin tidak faham mengenai perkara ini, tetapi mereka yang terbabit secara langsung dalam undang-undang jenayah Islam dapat memahami apabila membaca seksyen itu. Ia tidak bermaksud terlepas. Tidak bermakna `selain daripada isterinya’ liwat boleh dilakukan.

Adakah kedua-dua seksyen itu sendiri yang menimbulkan salah faham?

Memang akan berlaku salah faham kerana undang-undang hudud Kelantan dan Terengganu adalah untuk mereka yang tahu dan pakar dalam bidang itu. Pada masa sama, sepatutnya mereka (pihak yang menyediakan enakmen) sepatutnya explain (menerangkan) atau ada bahagian explanation (huraian, kekecualian dan misalan) yang biasa ada dalam Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen tertentu dalam Kanun Keseksaan mempunyai huraian yang menerangkan lebih lanjut mengenai seksyen itu dan menjadikannya tidak tergantung. Inilah yang menyebabkan berlaku salah faham. Ia perlu diperjelaskan sikit. Kanun Keseksaan pun macam itu juga, tetapi di bawah itu, setiap seksyen yang menimbulkan pertanyaan, ada contoh. Huraian menerangkan apa yang dimaksudkan dalam seksyen itu. Undang-undang hudud sepatutnya ada unsur itu. Maksudnya `selain daripada isterinya’ kena ada huraian.

Adakah ini bermakna enakmen itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa?

Saya berpendapat okay saja, cuma enakmen itu tidak memenuhi standard. Sepatutnya enakmen itu perlu rujuk kepada Kanun Keseksaan. Undang-undang ini (enakmen) masih bersifat klasik dan tidak moden. Ia tidak menggunakan pembaharuan dan sepatutnya dimodenkan sikit. Jangan guna cara yang dulu-dulu lagi supaya lebih ramai orang boleh faham yang sekarang ini kebanyakan merujuk kepada Kanun Keseksaan atau akta lain. Jadi perlu memenuhi standard.

Bagaimana kedua-dua enakmen itu boleh mencapai standard seperti Kanun Keseksaan?

Ini memerlukan lebih banyak penyelidikan dan pemerhatian kepada pelbagai akta yang ada. Begitu juga dengan melihat negara Islam lain yang telah melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti Nigeria, Sudan dan Pakistan. Undang-undang di Nigeria adalah lebih kurang sama seperti Kanun Keseksaan di negara kita. Maksudnya cara undang-undang itu dipersembahkan dalam bentuk moden.

Berdasarkan kajian terhadap kedua-dua enakmen itu, mungkin ada peruntukan yang menimbulkan kekeliruan

Banyak yang menimbulkan kekeliruan. Saya sudah tahu dan menjangka enakmen itu akan menimbulkan kontroversi. Sebagai contoh Seksyen 9 (Qazaf) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Trengganu, iaitu seorang perempuan yang mendakwa dirogol oleh seorang lelaki tanpa mempunyai saksi atau keterangan yang diperlukan oleh syarak untuk menyokong dakwaan itu akan dikenakan hukuman Qazaf.

Seksyen ini memang sejak awal lagi dijangka menimbulkan kontroversi walaupun orang yang pakar undang-undang jenayah Islam memahaminya. Yang dimaksudkan oleh seksyen ini bukan mesti ada empat orang saksi. Yang mangsa perlukan ialah hanya sedikit bukti bahawa dia dirogol. Apa saja bukti yang boleh menyokong.

Saya pergi sebagai pemerhati ketika rang enakmen itu dicadangkan di Terengganu tahun lalu. Kita sudah mengkaji seksyen ini dan membincangkannya dengan mereka, bahawa perkara ini sepatutnya dibatalkan dan tidak dimasukkan kerana ia akan menimbulkan kontroversi. Orang yang pakar memang faham, tetapi ia akan menimbulkan kontroversi dan ini membawa kepada lebih keburukan. Lebih baik kita buang terus dan apabila timbul kes, maksudnya kita boleh rujuk balik. Tetapi tiada sambutan dan seksyen itu dikekalkan.

Apa peruntukan lain yang menimbulkan kontroversi?

Antaranya ialah Seksyen 21 mengenai Sariqah (curi), iaitu ada hukuman yang tidak dikenakan bagi kesalahan mencuri. Contohnya jika nilai barangan yang dicuri kurang daripada nisab, maka tidak dikenakan hukuman hudud. Jadi orang mungkin kata, ini bermakna boleh mencuri kalau sikit. Semua ini menimbulkan kontroversi dan kekeliruan.

Adakah ini bermakna bahawa kedua-dua enakmen itu perlu diperkemaskan?

Memang benar ia perlu diperkemaskan supaya lebih sesuai dengan zaman sekarang dan keadaan negara kita. Kesalahan tetap kesalahan, cuma dari segi persembahan perlu dibuat mengikut perkembangan semasa.

Di Nigeria, undang-undang hudud menghadapi masalah kerana dibuat secara tergesa-gesa?

Pastikan undang-undang itu dibuat dengan kemas. Maksudnya, undang-undang yang tidak kemas apabila dilaksanakan, baru tahu ada lubang sana-sini. Apabila dilaksanakan, baru tahu ada yang tidak selesai, macam mana hendak buat. Apabila kes lain sampai, yang ini macam mana hendak buat, maksudnya tidak selesai dengan enakmen itu, banyak lagi kena ubah. Maksudnya enakmen itu bergantung kepada perubahan, asyik berubah, tetapi sekurang-kurangnya ada pendekatan hendak melakukan perubahan.

Apalah pendekatan terbaik melaksanakan undang-undang jenayah Islam?

Undang-undang itu perlu dilaksanakan dalam keadaan yang dapat diterima oleh Perlembagaan. Contohnya, Islamkan mana-mana yang ada dalam Kanun Keseksaan, cuma tukarkan hukuman saja. Kita perlu pinda Kanun Keseksaan seperti hukuman mencuri yang kini boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda, manakala kesalahan berikut boleh dikenakan sebatan. Kita boleh tukar hukumannya dengan menulis seperti hukumannya penjara dan orang yang mengulangi kesalahan sama boleh dikenakan hukuman potong tangan.

Kita Islamkan Kanun Keseksaan dan akta lain. Ini lebih baik dan diterima kerana undang-undangnya sudah ada. Ia juga tidak bertentangan dengan undang-undang hudud sebab hudud adalah hukuman maksimum. Kita letakkan hukuman maksimum dan tidak perlu ada undang-undang hudud khusus.

Bagaimanapun hukuman maksimum seperti potong tangan tidak semesti dapat dilaksanakan. Maknanya hukuman yang biasa dijatuhkan mengikut undang-undang jenayah Islam ialah penjara dan hanya jika dibuat berulang-ulang serta memenuhi syarat, barulah dikenakan hukuman potong tangan.

Dalam kes pembunuhan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan menyatakan hukumannya ialah mandatori hukum mati, tetapi dalam Islam ia tidak mandatori, lebih ringan. Kalau hendak Islamkan, aspek Qisas turut dimasukkan, iaitu tertakluk kepada budi bicara keluarga mangsa. Kalau keluarga mangsa hendak kurangkan, tiadalah hukuman mati. Ini bermakna hukum Islam lebih lembut. Yang keras hanya hudud, manakala qisas dan takzir lebih ringan berbanding hukuman sivil.

MengIslamkan undang-undang sedia ada lebih mudah berbanding hendak membuat yang baru. Ini adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Saya rasa cara ini lebih diterima dengan mudah oleh masyarakat sebab undang-undang itu sudah ada dan orang sudah biasa. Cuma hukumannya perlu diubah dari segi had maksimum.

Apa pandangan Dr bahawa sebenarnya banyak aspek undang-undang negara ini memenuhi tuntutan Islam?

Ia adalah proses yang sedang berlaku, bertambah baik dari dulu hingga sekarang. Cuma undang-undang jenayah Islam yang masih tertinggal. Selain itu, memang boleh diterima. Kita berbilang kaum masalahnya, malah orang Islam sendiri menyalah tafsir bahawa undang-undang jenayah Islam tidak sesuai dilaksanakan sebab lebih keras.

Sebenarnya tidak keras. Yang nampak keras cuma hukuman zina, itupun yang membabitkan hukuman mati. Hukuman sebat bagi kesalahan zina lebih ringan sebab tidak akan sampai begini (menunjukkan muka depan Metro Ahad keluaran 10 Ogos lalu - gambar punggung disebat). Ini salah (merujuk gambar itu), dalam undang-undang jenayah Islam, memang tidak boleh sampai berdarah, tertarik kulit, angkat tangan tidak boleh melebihi kepala, saiz rotan sederhana. Hukuman sebatan tidak menyebabkan cedera parah.

Cuma yang ditakutkan ialah hukuman mati untuk perbuatan zina dan hukuman potong tangan bagi mencuri. Kesalahan rompakan tidak hingga dikenakan hukuman mati. Cuma dua kesalahan itu dikenakan hukuman berat, tetapi syarat untuk menjatuhkan hukuman berat bagi zina dan curi sangat ketat, Kalau mencuri, macam-macam syarat ada seperti syarat harta dan syarat orang untuk sampai kepada hukuman maksimum. Kalau tidak cukup di mana-mana suarat, turun kepada takzir. Nampak keras tetapi sebenarnya itu adalah hukuman maksimum.


****************************************************

+ Aku berpendapat yang artikel kat atas ni bagus cuma tak cukup penerangan serta publisiti tentang perbezaan hukum hudud dan takzir. Cuma soalan2 yang diutarakan tu lebih cenderung utk menghentam dari mencari penyelesaian tentang isu ini.

+ Enakmen tidak memenuhi standard? Masih bersifat klasik dan tidak moden? Mungkin Dr ni cuba nak samakan dengan huraian sebagaimana dlm undang2 konvensional. Aku bersetuju tentang adanya huraian tapi tak semestinya bersifat klasik dan tidak moden itu boleh mencacatkan undang2 tersebut. Aku rasa semua orang yang terlibat dalam penggubalan hukum hudud ni semua faham tentang enakmen tersebut. Dan semestinya orang yang hendak melaksanakannya juga dah faham. Tapi untuk buat orang ramai faham tu aku musykil sikit almaklumlah kita ni selalu guna logik akal, tersalah tafsir boleh sesat woo! Kena juga berguru dlm mencari ilmu. Lagipun Dr ni pun sendiri kata, "Orang biasa mungkin tidak faham mengenai perkara ini, tetapi mereka yang terbabit secara langsung dalam undang-undang jenayah Islam dapat memahami apabila membaca seksyen itu". Aku kata, jangankan hudud, baca buku law biasa2 tu pun kita dah terjojol mata susah nak faham.

+ Anyway benda yg dah lama ditinggalkan dan baru nak dilaksanakan semula mestilah banyak kelemahan especially bila yang nak laksanakan tu kita manusia yang banyak kelemahan.Manusia memang fobia bila dengar sesuatu yg baru, cepat melatah. Tapi tak bermakna kita tak boleh nak laksanakan langsung. Cuma kita kena cuba yang terbaik. Lagipun yg gubal undang2 ni pun bukan calang2 orang, antaranya Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim, Tun Salleh Abbas, Prof Dr Mahmood Saedon Awang Othman, Dr Abdullah Abu Bakar, penasihat Undang-Undang Negeri, Mufti Kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan dll. Tu tak campur lagi dengan pemerhati2 bebas cam Dr ni. Kalau tak yakin lagi tak tahulah nak kata apa.

+ Lagi satu, masalah media kat m'sia ni kalau nak perbesarkan isu yang berkaitan dengan agama mesti ambik pendapat orang tepi jalan yang tak faham. Dah lah tak faham pastu memandai2 jer nak keluar fatwa cakap tu tak betul ni tak betul, tak pasal2 dorang tu dapat dosa. Lebih sudu dari kuah. Lebih politik dari agama. Utk yang perangai seperti 'ayam jantan berkokok tapi ekor bergelumang najis' tu aku cadangkan supaya tutup mulut, jangan cakap benda yang dia sendiri pun jahil. Nanti ada pulak orang salah faham ingat Islam benarkan lelaki liwat isteri sudahlah, tak pasal2 kau kena tanggung dosa orang lain sekali.

+ Sebenarnya sabtu lepas aku balik melaka coz makcik aku buat kenduri aqiqah utk anak dia. Kebetulan sebelum kenduri masa tengah tunggu tok imam ada pulak sorang pakcik ni bukak topik pasal liwat kat atas tu. Cakap dia berapi2 mengalahkan tok guru agama almaklumlah dia ni kira berpengaruh serta menyerlah 'biru pekat'. Cuma aku kesian kat dia sebab dahlah dia ni tak faham isu sebenar serta perbezaan hukum hudud dan takzir pastu buat orang lain yg tukang angguk lagi confuse. Dalil yang dia guna pun tak releven, tangkap muat ajer. Mungkin dia banyak sangat tengok fitnah berita perdana kat RT* kut. Harap2 lepas baca artikel kat atas tu dia tarik balik kata2 dia tu, itupun kalau dia ada baca lah. Tapi nak tahan diri dari menyampuk tu kira mencabar jugak, nasib baik telinga aku ni tebal, kalau laa aku balas balik cakap dia mau aku kena 'buang kampung' hehehe!

+ artikel tambahan :

Hudud benar-benar bela golongan wanita - penggubal
Syaitan bisu: PM tidak faham ucapan saya - Abdul Hadi
Liwat: PAS sedia beri penjelasan

August 28, 2003

I Have a Dream
By Martin Luther King

I am happy to join with you today in what will go down in history as the greatest demonstration for freedom in the history of our nation.

Five score years ago, a great American, in whose symbolic shadow we stand today, signed the Emancipation Proclamation.
This momentous decree came as a great beacon of hope to millions of slaves, who had been seared in the flames of whithering injustice.

It came as a joyous daybreak to end the long night of their captivity.

But one hundred years later, the colored America is still not free.

One hundred years later, the life of the colored American is still sadly crippled by the manacle of segregation and the chains of discrimination.

One hundred years later, the colored American lives on a lonely island of poverty in the midst of a vast ocean of material prosperity.

One hundred years later, the colored American is still languishing in the corners of American society and finds himself an exile in his own land

So we have come here today to dramatize a shameful condition.

In a sense we have come to our nation's capital to cash a check. When the architects of our great republic wrote the magnificent words of the Constitution and the Declaration of Independence, they were signing a promissory note to which every American was to fall heir.

This note was a promise that all men, yes, black men as well as white men, would be guaranteed to the inalienable rights of life liberty and the pursuit of happiness.

It is obvious today that America has defaulted on this promissory note insofar as her citizens of color are concerned.

Instead of honoring this sacred obligation, America has given its colored people a bad check, a check that has come back marked "insufficient funds."

But we refuse to believe that the bank of justice is bankrupt. We refuse to believe that there are insufficient funds in the great vaults of opportunity of this nation.

So we have come to cash this check, a check that will give us upon demand the riches of freedom and security of justice.

We have also come to his hallowed spot to remind America of the fierce urgency of Now.

This is not time to engage in the luxury of cooling off or to take the tranquilizing drug of gradualism.

Now is the time to make real the promise of democracy.

Now it the time to rise from the dark and desolate valley of segregation to the sunlit path of racial justice.

Now it the time to lift our nation from the quicksands of racial injustice to the solid rock of brotherhood.

Now is the time to make justice a reality to all of God's children.

It would be fatal for the nation to overlook the urgency of the moment and to underestimate the determination of it's colored citizens.

This sweltering summer of the colored people's legitimate discontent will not pass until there is an invigorating autumn of freedom and equality.

Nineteen sixty-three is not an end but a beginning.

Those who hope that the colored Americans needed to blow off steam and will now be content will have a rude awakening if the nation returns to business as usual.

There will be neither rest nor tranquility in America until the colored citizen is granted his citizenship rights.

The whirlwinds of revolt will continue to shake the foundations of our nation until the bright day of justice emerges.

We can never be satisfied as long as our bodies, heavy with the fatigue of travel, cannot gain lodging in the motels of the highways and the hotels of the cities.

We cannot be satisfied as long as the colored person's basic mobility is from a smaller ghetto to a larger one.

We can never be satisfied as long as our children are stripped of their selfhood and robbed of their dignity by signs stating "for white only."

We cannot be satisfied as long as a colored person in Mississippi cannot vote and a colored person in New York believes he has nothing for which to vote.

No, no we are not satisfied and we will not be satisfied until justice rolls down like waters and righteousness like a mighty stream.

I am not unmindful that some of you have come here out of your trials and tribulations.

Some of you have come from areas where your quest for freedom left you battered by storms of persecutions and staggered by the winds of police brutality.

You have been the veterans of creative suffering.

Continue to work with the faith that unearned suffering is redemptive.

Go back to Mississippi, go back to Alabama, go back to South Carolina go back to Georgia, go back to Louisiana, go back to the slums and ghettos of our modern cities, knowing that somehow this situation can and will be changed.

Let us not wallow in the valley of despair.

I say to you, my friends, we have the difficulties of today and tomorrow.

I still have a dream.

It is a dream deeply rooted in the American dream.

I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed.

We hold these truths to be self-evident that all men are created equal.

I have a dream that one day out in the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of former slaveowners will be able to sit down together at the table of brotherhood.

I have a dream that one day even the state of Mississippi, a state sweltering with the heat of oppression, will be transformed into an oasis of freedom and justice.

I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin but by their character.

I have a dream today.

I have a dream that one day down in Alabama, with its vicious racists, with its governor having his lips dripping with the words of interposition and nullification; that one day right down in Alabama little black boys and black girls will be able to join hands with little white boys and white girls as sisters and brothers.

I have a dream today.

I have a dream that one day every valley shall be engulfed, every hill shall be exalted and every mountain shall be made low, the rough places will be made plains and the crooked places will be made straight and the glory of the Lord shall be revealed and all flesh shall see it together.

This is our hope.

This is the faith that I will go back to the South with.

With this faith we will be able to hew out of the mountain of despair a stone of hope.

With this faith we will be able to transform the jangling discords of our nation into a beautiful symphony of brotherhood.

With this faith we will be able to work together, to pray together, to struggle together, to go to jail together, to climb up for freedom together, knowing that we will be free one day.

This will be the day when all of God's children will be able to sing with new meaning "My country 'tis of thee, sweet land of liberty, of thee I sing.

Land where my father's died, land of the Pilgrim's pride, from every mountainside, let freedom ring!"

And if America is to be a great nation, this must become true. So let freedom ring from the hilltops of New Hampshire.

Let freedom ring from the mighty mountains of New York.

Let freedom ring from the heightening Alleghenies of Pennsylvania.

Let freedom ring from the snow-capped Rockies of Colorado.

Let freedom ring from the curvacious slopes of California.

But not only that, let freedom, ring from Stone Mountain of Georgia.

Let freedom ring from every hill and molehill of Mississippi and every mountainside.

When we let freedom ring, when we let it ring from every tenement and every hamlet, from every state and every city, we will be able to speed up that day when all of God's children, black men and white men, Jews and Gentiles, Protestants and Catholics, will be able to join hands and sing in the words of the old spiritual, "Free at last, free at last. Thank God Almighty, we are free at last."

(Address to civil rights marchers in Washington, D.C. on Aug 28, 1963)

p/s - aku copy dari harakahdaily.net

August 25, 2003

Swadee Kap

Aku memang bergurau bila aku kata aku nak menikah kat Siam TAPI aku memang tak bergurau bila aku kata aku nak pergi Siam. Surau aku akan anjurkan satu lawatan ilmiyyah 3 hari 1 malam ke Yala, Pattani dan Hadnyai hujung minggu ni. Subsidi 40% keatas tambang diberi utk staff yang berminat. Dah 2 minggu tangan aku tak cukup utk buat kerja collect duit [menyerlah bakat utk jadi along].

Aku bukan pergi solo. Aku bawa mrs.amd sekali. Dia ikut bukan pasal dia takut aku menggatal kat sana tapi memang aku yang mahu dia ikut. Sebab kalau aku pergi sorang alamatnya aku tak beli apa2 pun. Aku memang jenis orang yang tak pandai shopping. Kang kalau aku beli benda bodoh2 dia jugak yang marah.

Mrs.amd tanya aku berapa banyak duit nak bawak. Aku kata "bawaklah dua ribu". Seribu utk dia shopping, seribu lagi utk aku menikah lagi satu hahahaha!

Sebenarnya aku tak berapa setuju bila tengok agenda lawatan ni yang berat kepada membeli belah. Bukan apa, nama pun lawatan ilmiyah tentulah kena pentingkan pengisian. Kalau nak bersuka2 jer tak payah lah panggil lawatan ilmiyyah.
Aku malas nak cakap banyak bila aku cakap sekali orang taknak dengar.

Apa apa pun antara yang bakal dilawati ialah makam Sheikh Daud Pattani penulis kitab fekah 'Matlaul Badrain' dan juga sekolah pondok moden Haji Harun.

Harap2 semuanya berjalan lancar...insyaAllah!


Formula One - Amd's review

Bosan giler Michael Schumacher asik kalah ajer! GP Hungaroring semalam dapat satu mata jer...hampeh betul! [utk sapa yg belum tahu lagik, aku memang peminat mati keras dia]. Aku rasa macam dah hilang passion pulak tengok Formula One lately ni. Aku tak kisah kalau dia tak menang tapi kalau dah memanjang jer tak naik podium memang masalah besar nih. Meh aku list down apa yang ada kat kepala aku tentang masalah dia.

Kereta? Mungkin ada something wrong dengan lauching system kereta dia coz boleh nampak bila start jer race habis semua orang potong dia...kesian ko michael, dah lah qualifying pun slow giler. F2003 ni memang lack of reliability, unlike kereta sebelum ni. Aerodinamik package diorang pun tak sebagus renault yang tahun ni yang begitu menyerlah. Straight line speed pula memang William punya advantage, tahun ni enjin diorang memang reliable berbanding musim lalu. So dari segi performance kereta Ferrari memang ketinggalan.

Tayar? Bridgestone sekarang memang jauh ketinggalan berbanding Michelin. Almost semua front runners adalah pengguna michelin except Ferrari. Maybe its about time Ferrari switch the tyres. Seingat aku dulu pun Ferrari ada masalah yang sama dengan Goodyear, susah nak menang. Bila diorang switched to Bridgestone macam team lain baru lah menyerlah dan competitive. Tayar memang memainkan peranan.

Faktor umor? Mungkin kut. Kata orang makin tua makin 'cool', mmm...patutlah. Kalau dikaji balik pelumba2 yang seangkatan dengan Michael rasanya semua dah out except for David Coulthard [anyway dia pun dah tak menyerlah macam dulu, overshadowed by Raikkonen]. Mika Hakkinen yang kata nak make a comeback pun terus tenggelam. Mungkin its about time pelumba2 muda cam Montoya, Raikkonen, Alonso & Mark Webber pulak ambik alih tempat diorang.

Bad luck? Macam teori domino, one after another. Last GP boleh dapat no.2 tetiba last lap tayar pulak pancit. Semalam sepatutnya dia dah boleh pintas Jarno trulli kereta pulak boleh mati enjin. Aku nak cadangkan dia mandi bunga laa macam ni. Anyway this happens to anybody.

Tengah fikir kalau Michael Schumacher bersara aku nak sokong sapa pulak ek?



August 20, 2003

"Demi Allah, Allah tidak menetapkan suatu qada' bagi orang mukmin melainkan itu merupakan kebaikan baginya. Jika mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya dan jika ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu merupakan kebaikan baginya." [Muslim]

Hadis kat atas aku copy dr jernel tOKSIK. Cukup releven dgn situasi yg aku tengah hadapi sekarang ni.

Sepanjang hidup aku ada benda yang aku cuba nak capai tapi tak dapat2 walaupun aku dah berusaha sebaik mungkin. Sebab kalau dah ditakdirkan bukan rezeki aku buat macamana pun memang takkan dapat , terpaksalah terima dengan sabar. Mungkin ada kebaikan dari apa yang berlaku, mungkin rezeki aku kat tempat lain cuma aku jer yang tak perasan. Allah tu kan maha adil.

Result dah dapat....aku fail lagik, hampehhh big time. Aku ingat dah boleh pass or atleast marginally pass, sebab masa jawab hari tuh cam okay jer tapi apa nak buat, paper yang aku rasa boleh makan tu yang kantoi and yang aku rasa mungkin marginally fail lagi worst argghhhhh! Aku rasa diorang ni purposely tak bagi aku pass kut! Aku tengah sedih ni...uhuk2!

Kalau nak ikut memang lah aku nak pass sesangat exam ni sebab atleast ada laa chance untuk aku err naik pangkat ker and most important naik gaji ker, senang lah sikit. Tapi nak buat camana, belum rezeki aku. Bukannya berfikiran negative tapi pikir2 balik aku rasa dengan rezeki yang aku dapat sekarang ni dah alhamdulillah mencukupi, kalau rezeki dah setakat ni aku redha saja lah, aku pun bukan muda lagi [aku memang sedar].

Siapa pula yang tak mahu rezeki lebih. Lebih2 lagi cam aku ni yang lagi cerah masa depan kalau dapat habiskan exam nih.
Cuma aku rasa kalau tak habis acca pun aku rasa aku takkan mati kebulor. Tengah fikir lagi nak give another try or not...hmmmm, duit lagik!

Pikir2 balik kengkadang takut juga kalau tuhan uji kita dengan rezeki melimpah2, mana tahu aku akan jadi lalai, sibuk kerja cari duit siang malam sampai nak pergi surau sembahyang berjemaah pun tak sempat [macam sesetengah bos kat opis aku ni] . Aku tak mahu jadi Sa'labah, time dia susah sembahyang berjemaah kat masjid pun tak missed tapi bila Allah uji dia dengan kekayaan dia lalai sampai nak keluar zakat pun tak nak, nauzubillah.

Teringat pula ada seorang pemain bola senior yang baru sahaja kembali kerahmatullah. Orang mungkin kata dia ni tu bagus sebab terlalu devoted pada bola sampai mati pun atas padang. Aku cuma kata, kesian dia. Betullah kata orang, kalau kau kat dunia ni kau leka dengan sesuatu pekerjaan nescaya masa mati kau pun dengan cara yang demikian juga.
Kan bagus kalau dia mati masa tengah beribadat atau atleast pun kat rumah dengan ditemani anak isteri, barulah elok sikit penyudahnya. Aku memang mulut celupar.

Yang aku heran tu, kengkadang kita tengok seseorang tu punyalah cergas bersukan alih2 meninggal kena sakit jantung, macam tak percaya jer kan? Masalahnya kita ni selalu ikut logik akal. Aku kata kalau dah ditakdirkan dia mati sakit jantung bukan boleh kira berapa tinggi kolesterol dia. In another word kalau orang yang cergas yang tak mungkin ada masalah high kolesterol pun boleh mati sakit jantung inikan pulak orang yang ada high kolesterol ek? Alamak terkena kat aku balik laa.

Pendek kata panjang pendek umur kita bukannya boleh diukur dengan berapa sihat tubuh badan kita pun. Orang sihat pun mati jugak. Yang penting kena selalu ingat mati...aku cakap ni untuk aku sendiri laa.

Ammar the botakhead