Orang kata kalau mengantuk masa memandu, berhenti laa ketepi utk berehat. Kalau kat highway tu ada banyak kawasan rehat, bolehlah pekena secawan kopi atau pergi toilet cuci muka atau tidur barang selelap atau apa2 yang patut untuk hilangkan ngantuk. Kalau kau bawak jugak kereta masa mengantuk jawapnya lepas tu kereta tu pulak lah bawak kau! Bukan apa, masa nak balik hari raya selasa lepas aku nampak satu accident, sebijik kereta wira dah landed dalam longkang betul2 kat exit Bangi, masa tu dlm pukul 2 ptg. Nampak pemandu kereta tu bukak pintu dan terus terbaring kat rumput dengan kesan darah kat baju, mungkin kepala dia luka. Pastu keluar makcik sorang dari pintu sebelah kiri kereta, macam okay je. Aku ingatkan nak berhenti TENGOK [biasanya yg dok kepoh ramai2 tu tukang tengok laa], tapi memandangkan dah ada lima bijik kereta berhenti kat tepi highway tu so aku pun jalan terus je laa. Bukannya tak prihatin tapi aku rasa bukannya boleh tolong apa pun, aku agak laa. Mungkin diorang tu hanya cedera ringan je. Aku berpendapat [pendapatan aku memang boleh tahan cukupnya] yg punca kemalangan tersebut mungkin kerana mengantuk sebab time2 camtuh esp baru lepas makan memanglah mengantuk giler. Aku juga berpendapat yg diorang tu sungguh bernasib baik sebab kereta dia baikhati sebab memilih longkang sebagai destinasi. Imagine kalau dia pilih tiang papan iklan yg gedabak atau bontot lori trailer tak ke naya. Hmm...peringatan dari Allah tu sebenarnya.
Yang aku nak cerita kat sini sebenarnya ialah pasal 'mengantuk', bukannya accident tu. Cuba korang apply kan 'mengantuk' dan 'akibatnya' kedalam suasana tempat kerja korang. Pendapat aku konsisten dengan situasi diatas tadi, apabila kita mengantuk maka kita perlulah berehat, jangan paksa diri kau tu utk menahan diri dari tidur atau turun minum atau keluar jalan2. Kang kalau bos kau nampak kau terhangguk depan PC tu tak pasal2 kena sembur, hujung tahun tak naik pangkat. Lagipun kebarangkalian utk melakukan kesilapan semasa bekerja adalah tinggi apabila seseorang itu mengantuk, tak caya tanya orang kerja kilang. Anggap lah 'kerja' yang bukan kerja tu sebagai sebahagian dari kerja. Jangan anggap gaji yg majikan kau bayar tu semata2 atas kerja2 yg kau buat sahaja tetapi juga merangkumi aktiviti2 sosial seperti bersembang, turun minum dll. Hey! nobody's perfect right? Trust me!
p/s-yang sebenarnya hari ni hari mengantuk aku!
Bersatu jadi penentu kalah menang BN - PH
14 hours ago


No comments:
Post a Comment